Hari ini dah masuk 21 Shawal. Masih raya lagi kah kita???....bulan raya masih ada, suasananya pun masih ada lagi. Macam biasa kita di kota metropolitan ini masih lagi sibuk dengan open house sana sini.
Tahun ini tak banyak open house yang dapat Auntie hadir. Setakat ini hanya open house yang di anjurkan oleh Kementerian saja yang Auntie pegi. Meriah juga jamuannya...ada berbagai juadah yang menjadi menu utama. Yang paling istimewanya ialah menu kambing bakar dan juga rusa bakar...almaklum kamu bernaung di bawah Kememterian Pertanian.
Auntie terlepas dua open house yang patut sangat Auntie hadiri. Jamuan GEGAR RAYA di rumah Lord Budak & Lady Arc dan juga di rumah PN. P-Nut & Tokey Pajak Gadai....ini semua gara-gara Auntie diserang sakit perut yang hebat...frust sangat rasanya....apa lagi dengar ceritanya ada dapat duit raya lagi....apa nak buat itulah kalau dah bukan rezeki namanya.
Pagi ni Auntie sampai ofis dengan semangat yang berkobar-k0bar. Kerja melambak atas meja..harap hari ini tak ada apa-apa gangguan, harap dapat bereskan dengan segera.Pening kepala memikirkannya. Tak patutkan? orang kecik macam Auntie memikirkan kerja sampai pening-pening.
Wah!...tadi, bila melangkah masuk ke bahagian Auntie, terperanjatlah pulak...ofis dah dihias cantik lawa....macam rumah nak terima pengantin......rupanya hari ada jamuan raya bahagian kami pulak...bermula jam 12 tgh hari nanti..harap Auntie tak di serang sakit perut lagi nanti.
Takat ni dulu...esok lusa insyaallah Auntie akan buat laporan tentang jamuan raya ni.
Sekian.
12 comments:
bahagian opis kita pun dah buat jamuan raya, x hias ape pun, takat guna catering jerk...tinggal jabatan jer belum buat lagi, tunggu 21hb ni...
Kak Yan, kalau rasa nak sakit perut tu..." ... jangan lupa pakai lampin tauuuu....!
Kak Yan, makan dulu sakit kemudian tanggung hehehe.
kak yan di jabatan pertanian eh? ade tak terlibat ngan kempen bumi hijau kat alamanda weekend lepas?
best..best..jamuan..bleh makan banyak2..
auntie yan ni kena stomache post-raya disorder ni ...setahun sekali je sakit ni selalu datang :) take care.
Refelsia :...amboi!...dah nak habis Shawal gayanya baru nak buat jamuan...?..tapi tak pe lah, janji ada kan?....:-)
--------------
Mak Andeh:he!!...he!!..la ni nak kena sedia lampin siap-siap...in case of emergency..:-)
---------------
N:....serikkk tau! kena sakit perut tuh..tak leh nak buat apa, dok layan pi keluar masuk toilet je....:-(...perut KY terkrjut kot nooooo?....:-)
---------------
Anon:....AY bukan kat Jabatan, tapi kat Kementerian. Kami ni bahagian teknikal, so tak terlibat le dengan kempen tu....errr...tak tahu pun ada kempen...(makcik blurrr!!!)
----------------
Mimi:...ada jamuan memang best...tapi, oleh kerana baru lepas kena skit perut, AY berhati-hati pilih makanan....kalau tidak, habis AY balun!!!
----------------
Mama:...memang dah lammmmaaa AY tak kena serangan sakit perut tuh...macam dah lupa pulak macam mana rasanya. Nahhh...sekali kena flat habis!!

Kak Yan
Tang rusa bakar tu menggoda kelbu tu..
Amboi kak yan makan daging rusa bakar senyap-senyap aje...hehehe..tu sebab sakit perut..
Dah baik ke perut tu kak yan...harap2 dah okay...lady kat sini pun perut tak berapa okay...maklumlah makan macam2...
Sya:...rusa memang agak susah nak dapat.Daging dia sedap ooo...:-)
--------------
Kak_Lady :...KY makan rusa bakar tu setelah baik dari sakit perut..harap tak sakit lagi...he!..he!...
Di hias macam nak terima pengantin baru.
Post ler gambor ser keping dua boleh ler buat sample.
Post a Comment