Musim kenduri kawin dah bermula. Setakat ini Auintie dah terima hampir 6 keping kad undangan perkahwinan. Mingkin akan terima lagi rasanya. Undangan dari jiran yang berdekatan pun dah ada 3…tuan rumahnya pun Auntie tak kenal, jadi, sekiranya Auntie hadir kendurinya dapatlah Auntie berkenalan…selalunya kalau orang undang tu Auntie pergi sajalah…bukan buat kerja pun, pi tolong makan saja.
Sabtu lepas Auntie, Cik Din dan Jim bertolak ke Rembau N. Sembilan. Kawan Auntie, jugak Kawan Cik Din mengawinkan anak. Depa ni kerja kat KL, rumah pun kat KL…tapi bila buat kenduri kendara, akan buat kat rumah kampong. Mungkin lebih selesa. Boleh buat secara gotong-royong, saudara mara semua senang nak datang…dan yang penting lebih menjimatkan kos.
Sebenarnya pada hari yang sama, kami juga mendapat undangan kenduri kawin di Setapak Jaya. Cik Din lebih berminat nak ke Rembau, katanya boleh tengok cara orang Negeri buat kerja kawin. Kat KL sama saja caranya.
Pagi tu lepas b/fast kami bertolak kesana. Tak jauh mana rupanya Rembau dari Bangi…patutla orang NS yang kerja kat KL kerap balik kampong,….err…katanya kalau kambing depa beranak pun depa balik jugak…betul ke????...orang katalah…:-)
Seronok juga jalan-jalan tengok tempat/kampong orang ni.Masuk saja Tol Senawang , lepas traffic light, Cik Din pi konar kanan…dalam plan sepatutnya gi terus saja…biasa le Cik Din tu…dia main ikut sedap hati dia saja lepas tu dia galabah pulak. Auntie relax saja…takkan nak sesat kemana nya…tentu ada sign board menghala ke Rembau…dapat le Auntie tengok kawasan taman perumahan kat Senawang tuh…teringat le jugak kat Si Angah @ Ain…gamaknya rumah parents dia kat situlah….kalau dia nak kawin dengan Wan nanti dan jemput Auntie…dah tak susah nak mencari rumah.:-)
Banyak nama tempat yang agak pelik (sebab tak pernah dengar le…) yang Auntie temui…ada nama Cengkau, Cembong, Pedas,Padang Lekok…..Bongek…dan akhirnya kami sampai ke Kota. 3km dari Kota, sampailah rumah kawan Cik Din tu…dia turun sorang dulu…tinjau-tinjau dulu tuan rumahnya, takut tersilap rumah pulak nanti.
Ya, betul rumah yang dicari…
Kendurinya stail kampong, serba sederhana…kami makan bawah kemah yang didirikan bawah pokok….selesa dan nyaman saja. Lauknya???...ha pertama kali Auntie makan gulai lemak cili padi dimajlis kenduri kawen….Gulai rebong dengan perut dimasak lemak cili padi…..sedap yang amat!!!....satu lagi, gulai lemak cili padi daging kambing!!!!...berpoloh den makan tak hinngat dunia!!!...selamba saja Auntie bangun menambah lauk yang sedap dan tak pernah jumpa tuh!!! Dah kenyang dan sembang lebih kurang dengan kawan Cik Din kami pun nak berangkat balik. Sebelum balik dapat pulak buah tangan…bunga telur yang lawa, sekotak wajik, sekotak tapai pulut dan sebijik kuah bahulu semua nya diisi dalam satu bag kecik yang comel.
Dah kebetulan Kota tu dekat sangat dengan Tampin, kami pun terus pergi ke Tampin pulak…saja nak tengok Bandar Tampin yang dulunya femes sebab ada dalam lagu pop yeh yeh yang dinyanyikan oleh J.Sham…(budak muda sekarang mana tahu…)
Tampin ni dulu-dulu zaman persekolahan,memang Auntie sampai dah…tapi tak pernah pijik tanahnya…sebab keretapi berhenti diTampin dai JB. Tiap kali cuti sekolah, memang kami akan lalu stesyen keretapi Tampin. Kenangan mengusik jiwa.
Adalah dalam ½ jam kami dok pusing-pusing Bandar Tampin dan akhirnya terus menuju lebuh raya. Sampai Nilai singgah kejap. Cik Din nak cari kain pulak. Auntie pun nak cari kain jugak… hari raya hari tu tak buat baju, ni dah lepas raya baru nak buat….
Penat juga dok melilau kat Nilai tu. Dah dapat apa yang dicari kami pun balik le.
Penat rasa badan, tapi seronok….
Minggu depan ada lagi kenduri kawin....:-)
15 comments:
oh yes, bongek. everytime we pass by there, my Lil'N selalu kata'sib baik kita tak duduk bongek, nanti bila orang tanya sekolah dulu kat mana...tak glamer nak jawap'
botuah anak den sorang ni ha!
AuntieYan, kat N9 ni banyak lagi nama pelik-pelik, tu auntie tak pergi lagi ke Rantau, Kuala Pilah dan Jelebu lagi banyak nama pelik2 tapi yang selalu jadi tanda tanya kat saya ialah kat sana orang-orang tuanya panjang umur betul, selalu nampak dah bongkok 3 tapi masih boleh jalan-jalan pusing kampung, agajnya udara tak tercemar dan makanan segar-segar.
Mama :..apa nak buatkan...dah nama tempat tu cam tu, patutnya diushakan untuk tukarkan kepada nama yang lebih sedap di dengar...
Tapikan Mama...seronok jugakkan kita dapat tahu nama yang pelik-pelik ni ujud...ada satu nama tempat kat Perak tu..."Mambang DiAwan"..pelikkan?...
------------------
Hani: Agaknya orang tua-tua tu mengamal hidup sihat & sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah tanpa pencemaran udara dan fikiran, sebab tu depa panjang umur...:-)
Mama :..apa nak buatkan...dah nama tempat tu cam tu, patutnya diushakan untuk tukarkan kepada nama yang lebih sedap di dengar...
Tapikan Mama...seronok jugakkan kita dapat tahu nama yang pelik-pelik ni ujud...ada satu nama tempat kat Perak tu..."Mambang DiAwan"..pelikkan?...
------------------
Hani: Agaknya orang tua-tua tu mengamal hidup sihat & sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah tanpa pencemaran udara dan fikiran, sebab tu depa panjang umur...:-)
Mama :..apa nak buatkan...dah nama tempat tu cam tu, patutnya diushakan untuk tukarkan kepada nama yang lebih sedap di dengar...
Tapikan Mama...seronok jugakkan kita dapat tahu nama yang pelik-pelik ni ujud...ada satu nama tempat kat Perak tu..."Mambang DiAwan"..pelikkan?...
------------------
Hani: Agaknya orang tua-tua tu mengamal hidup sihat & sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah tanpa pencemaran udara dan fikiran, sebab tu depa panjang umur...:-)
Oppps...sampai 3 x komen makcik!!! ...:-)
meti syiok jer round2 ngan cik din berdua... mengimbau kenangan maa berdating dulu tak auntie yea? hehe...
Auntie,
Uish memang bukan makanan biasa tu.. Arena dulu masa pergi terengganu, dekat kenduri kahwin makan ikan singgang dengan timun air kan main sedap lagi.. Siap tambah lagi..hahhaha..tak malu sunggoh..
Masak lemak cili padi N9 mmg best!
Isk, rindu nak p sana.
Dulu pernah p kenduri kt Pasir Mas, dijamunya sup. Pun sedap jgk...sampai 3 kali bertambah.
Nonie:...memang pun, la ni kalau berjalan tu, selalunya berduaan saja...anak dah takmo ikut.Sekarang naik kete...jaman dating dulu, naik bas turun bas je....:-(
---------------
Arena: Gitulah...lain tempat lain caranya. Auntie pernah jugak pi kenduri depa hidang ikan masin, walaupun rendang dan nasi minyak pun ada. Hari Ahad, Cik Din gi kenduri kat Melaka (AY tak pergi)....dia kata ada gulai lemak nenas dengan ikan masin!! adoi!!! tu yang buat sedap tak hinngat donia!!!
--------------------
nadya :...Masak lemak orang N9 memang special...podeh ooo!...katanya depa tak boh bawang pun.... cili ditumbuk dengan garam dan sedikit serbuk kunyit dan taruk santan.....taruk danging salai adui!!! terangkat!!!
-------------------
En.BTB : Akak tambah lauk jo....tak pe kalau kita pi kenduri bersama nanti, kita duduk jauh-jauh....idak le kamu malu kalau Akak menambakh nasi berkali-kali!!!....psst! makan freee...laa...;-)
--------------------
Kak Yan.. orang sebelah rumah sya org nogori, memang weekend tak pernah ada rumah, balik kampung aje kejanya, maklum le kampung pun kat Rombau dr ST lagi dekat
Apa kabo k.yan. Lama dah tak meninggalkan jejak di sini.
Saya masih peminat setia k.yan!
Liza
PJ
Sya, jiran sebelah rumah KY pun gitu juga...boleh kata setiap weekends dia balik kampung...Kampung dia Seromban...:-)
-----------------
Liza :...memang lama sungguh tak dengo kabo berita...Terima kasih kerana masih mengikuti cite KY ni....
wah..berjalan sakan..kat ofis kite ni ada gak yang duk n.9. ulang alik gi keje. kalau den, tak sanggup, bangun pagi pun liat! i know j.sham la kak yan...sekarang dah jadi penanung persatuan kucing pulak...tapi dia tu maintain jek..nampak muda.
adeq: AY ada tengok J.Sham Nyanyi minggu lepas kat TV...memang betul...dia tu maintain macam dulu...zaman kegemilangan dia, AY kat sekolah rendah lagi...la ni, dia dok macam tu jugak....awet muda sungguh!!...:-)
Post a Comment