Friday, September 21, 2007

Gundah gulana

Tak tahu nak cakap apa. Tiba-tiba saja kehidupan Auntie jadi tak menentu...risau, takut...dan macam-macam lagi.Tiba-tiba datang dugaan. Takut tak tertanggung...namun harus bertawakkal menerimaa kenyataan.

Hari Isnin lalu, sebaik saja selesai buat entry Auntie mengalami sakit perut...walau pun rasa dah seram sejuk, Auntie bertahan juga sehingga lebih kurang pukul 10.30 pagi baru Auntie call Cik Din minta dia jemput untuk ke kelinik. Dalam kepala nak ke kelinik belakang rumah je, dapat MC, makan ubat dah boleh rehat/tido kat rumah. Sambil menahan sakit, berubah pulak fikiran ni, lalu terus saja ke kelinik kesihatan (kelinik Gomen).

Biasalah kan...kelinik gomen...memang ramai yang dok menunggu. Lepas mendaftar, Auntie terus cakap nak jumpa doktor segera sebab tak tertanggung dah sakitnya. Alhamdulillah, dengan tak banyak kerenah...terus dibawakan ke bhg emergensi. Masuk je, ada le sorang lelaki, bukan doktor...dia ni Pembantu Perubatan, kalau orang dedulu panggil 'dresser'.

"Sakit gapo Kak" dia tanya Auntie. "sakit perut" Auntie jawap. " Tunggu kat lua arr. nanti kita pangge ikut nombo" kata dia. Dalam menahan kesakitan Auntie cakap "Dik...kalau tunggu nombo...kot Akak mati kat sini sapa nak jawap??...Akak nak jumpa doktor sekarang juga...ini sakit lain macam la dik" " Gastrik gamoknyo"..kata dia lagi.

Alhamdulillah doktor datang terus suruh baring dan rasa perut Auntie sambil memacam soalan le yang ditanya. " Keras perut Puan ni...Akak ngandung ni.." Sabo je le doktor ni, ada ke Auntie dikatanya ngandung...ciss!!...dalam kesakitan tu...rasa nak tergelak pulak. :-)

" Takkkk le doktor, Akak dah pencen ngandung dah tua daaaa..." Kata Auntie. "Berapa umur Akak?" dia tanya lagi ...."dah '25' " kata Auntie. " Ohh..kalau gitu kita buat scan le.."

Nak buat Scan tu terpaksa le tunggu dalam 15 minit sementara doktor tu melayan pesakit lain.
Sambil tunggu tu Auntie baca le apa -apa ayat yang Auntie hafal tak henti-henti.
Alhamdulillah, sakit semakin berkurangan dan bila doktor datang, sakit dah hilang.
Macam biasa le buat scan ni gel putih yang sejuk tu disapu di perut. Dengan menggunakan alatnya nampak le image kat monitor tu.

Jeng, jeng, jeng!......Ya Allah!, ada ketumbuhan di ovary bersize 9.5cm x. 7.5cm!!!
Bayangkan selama ni Auntie langsung tak sedar kehadirannya, cuma Auntie perasan yang perut Auntie agak besar, tapi ingatkan sebab berat badan naik maka tentunya perut pun naik kan..Sebelum ni langsung tak pernah rasa sakit. Doktor mengesahkan Auntie ada Ovarian Cysts dan perlu di buang segera...ya tuhan!...menggigil rasanya ..Auntie bukan takut menghadapi operation, tapi takut lagi nak tahu resultnya...Auntie di referkan ke hospital. Sampai hospital buat temujanji, terus saja dapat temujanji pada 19/9

Malamnya, tidur pun tak lena, mandi pun macam tak basah!!

-----------------------------------

19/9

Pukul 11.00 pagi Auntie dah pun berada di klinik pakar sakit puan.
Jam 12.00 baru dapat jumpa doktor. Sekali lagi buat scan...check sana, check sini, teropong situ, teropong sini. Ambil sample darah (6 sample...botol kecik macam ambil darah masa ngandung)

So, 1/10 Auntie akan menjalani CT scan. 10/10 jumpa doktor untuk tetapkan tarikh operation yang insyaallah akan dibuat lepas raya.

Dapat kah Auntie berhari raya dalam keadaan begini?

Dah dua malam, bantal Auntie basah dengan air mata, Auntie takmo menangis...air mata itu mengalir sendiri...Auntie takmo Cik Din tahu Auntie nangis...apa lagi kalau Jim tahu...

Siksanya nak menunggu...

22 comments:

Anonymous said...

Kak Yan,

Insya Allah all will be well. Pegang janji Allah yang Dia tidak akan menduga kita dengan dugaan yang tidak dapat kita tanggung.


Apa yang ditetapkan itulah dia.

Think positive, okay. I am here if you need me. Just ask, anything at all.

AuntieYan said...

Andeh, thanks....tak tahu nak cakap...nak tido le dulu...

Kak Teh said...

Yan, kak teh juga turut berdoa. Insyaallah semuanya akan selamat. Dalam lingkungan umur kita yang semakin mahgrib ni, macam-macam lah dugaan. Insyaallah, Kak Teh doakan.

Eddie Putera said...

cyst adalah kumpulan sel sel mati yg kering yang tergumpal sebab tidak dapat keluar melalui jalan jalan asal seperti peluh dan buang air. Tak merbahaya. Insyallah.

Walau apa pun akak, jgn nangis nangis k. Ujian Allah hanya untuk mereka yang cekal dan cukup iman untuk melaluinya. Dan Allah uji mereka mereka yang Dia sayang.

Doa kami untuk akak...

KLMari said...

Dear Auntie....Lama saya tak jenguk rumah Auntie..tetiba terbaca latest entry ni...Mudahan Allah pelihara Auntie...Banyak banyak sabar yer...Saya doakan Auntie cepat sembuh.....Love your writings/stories....Take care yer...

meandbaby said...

Jgn risau..menurut kata pakar gynae, iaitu auntie saya cyst ni perkara biasa cuma nak tentukan besar mana and takat mana nak buang tu je. tak de apa-apa.Auntie saya pun mengalami perkara yg sama dah selamat buang dah pun and dah ok dah macam biasa.so auntie Yan jgn risau.
sebelum operation kalau boleh makan le apa-apa supplement yg patut supaya cepat cergas lepas operation nanti.

Anything boleh call saya 012-3160758,kalau malu nak ckp sms pun boleh...take care.doa saya utk auntie Yan.

Leyla Shuri said...

salam kak yan,
cyst begini tak merbahaya, saya pun ada tapi saya tak pedulikan.
Cyst kak yan tu boleh juga operate, cyst saya tak boleh sebab masih kecil, kena tunggu besar. Tak besar2 pun.
Jadi bagus lah kak yan dapat keluarkan cyst itu, insyaAllah.

nonie said...

mak nonie pun dah beberapa kali buang cyst... alhamdulillah stakat ni takde apa masalah sgt... so, auntie yan jgnla risau ye... nonie doakan semuanya selamat & auntie cepat sembuh...

Anonymous said...

Jangan gundah gulana sesangat. Jangan sedih sesangat. Insya-Allah, everything will be well. And it's a blessing that you get to know it now rather than later or too late.

My sister pun ada buat operation buang cyst dulu - alhamdulillah.. takde apa2 lepas tu. Don't worry too much, okay!

pB said...

Salam Auntie Yan ...

Jangan risau yer ..
Insyaallah tak der apa apa tu ..

Mak pB pernah jalani operasi cyst ini.
Alhamdulillah , tak der apa apa pun.

So ..
Antie jangan nangis nangis lagi yer ...

Anonymous said...

Auntie Yan, InsyaAllah takde apa-apa, cm pun dulu dpt scare ada growth radius 4.5cm... siap buat test segala... alhamdulillah growth tu mengecil dan takde apa-apa pun... katanya cyst ni biasa jadi kpd kita perempuan. Byk sabar dan doa.. berkat ramadhan ini.

TJ said...

saya doakan auntie yan cepat sembuh dah segera ceria kembali ok !!

AuntyN said...

Kak Yan, anggaplah apa-apa dugaan yang Allah berikan kepada kita adlah sebagai penghapus dosa kita. Jadinya nanti kita kembali mengadapnya dalam keaddan bersih dan suci.

InsyaAllah things will be alright. Saya doakan Kak yan selamat nanti menjalankan operasi tu.

Sya said...

Salam Kak Yan,

Baru tau dr kaklady. Apa pun Allah dah tetapkan ini dugaan dari Allah utk kak yan. Semuga kak Yan cepat sembuh nanti lepas operation tak mo le sedih2 dan risau2. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Ramai yg mendoakan kak yan..

Take care ok and doa saya kak yan tenang menghadapi apa jua dugaan Allah.

ainizakri said...

Salam Aunty Yan..

InsyaAllah ALLAH Maha Tahu..saya akan doakan yang terbaik buat Aunty, insyaAllah Aunty akan sihat dan ceria seperti Aunty sebelumnya...

Jgn sedih sedih Aunty...tiap yang hadir ada hikmahNya... jgn nangis ye Aunty..

Zareda Norman said...

kak yan
Zar pun ada masalah cyst. tahun ni ajer dah 3 kali operate tapi kita doa usaha dan tawakal. kena set positif kat dalam minda tu. Cyst is not kind of cancer so jangan risau. Ia hanya perlu dikeluarkan dari tubuh kita aje. Lepas operation jaga diri baik baik yer kak yan.

aNIe said...

Kak Yan...lady dpt rasakan camaner perasaan kak yan...dalam kepala kita diterjah beberapa persoalan...kita terpaksa menyembunyikan perasaan kita demi orang2 tersayang...

Tapi kak Yan....Insyaallah segala-galanya akan okay....doktor kata ketumbuhan kan? So kak yan jgn terlalu memikirkan yang bukan2...berfikiran positif...dan berdoa agar segalanya berjalan dengan baik...dan lady akan mendoakan kak yan...Insyaallah...Take care kk yan

K i a H R o N g G e n G said...

Salam AY,

Tabah nya AY menghadapi dugaan Allah s.w.t.We were here to support you.Semoga Allah mempermudahkan segalanya dan AY lekas sembuh.Amin YarobalAlamin.

Anonymous said...

Assalamualaikum Auntie Yan,

Setiap penyakit ada ubatnya..X nak try ubat alternatif?

Based on my mother experience, dah operate.lepas tu ada lagi. Normally cyst kalau buang, boleh tumbuh lagi.

So, I suggest guna ubat Homoepati. Alhamdulillah lepas guna ubat homoepati, second cyst tu terus kecut dan x tumbuh lagi.. Tapi guna ubat homoepati kena banyak sabar dan pantang larangnya.

Please cari Klinik Homoepati yg terkenal dengan pakar doktornya. Sebab ubat Homoepati x silap saya diberi berdasarkan habit seseorang dan fizikal seseorang.

Mama Rock said...

Auntieyan, mama doa kan auntieyan selamat ya. hang in there and kuat kan semangat - insyaAllah semua selamat. mesti lah auntieyan boleh beraya - cuma makan berpantang je lah, so take care. our prayers are with you.

AuntieYan said...

Kepada semua yang memberi komen-komen di atas Auntie ucapkan jutaan terima kasih. Sedikit sebanyak dapat juga melegakan Auntie yang rasa teramat 'down'.
Insyaallah kini Auntie perlahan-lahan dapat menenangkan perasaan gundah gulana itu. Tak sangka ramai yang memberi kata perangsang yang menguatkan semangat Auntie.

Harap-harap hanya kebaikan akan berpihak kepada Auntie.

Anonymous said...

Salam KYan, baru tau berita ni. KYan sabo bebanyak, insyallah everything will be o.k..
Saya dah 3 kali buat removal of ovarian cyst ni....they called mine chocolate cyst. 2 x kat Mesia, 1 x kat U.K masa study. Doktor kata it's o.k. the last surgery tawun 1995 kat U.K, ke tiga2 under GA. Alhamdulillah, I'm o.k 'till now.