Monday, September 17, 2007

Puasa ke 5

Hari ke 5 puasa......25 hari lagi raya.

Tengok tu...Auntie dah mula buat countdown..patut ke tak patut???

Anyway, alhamdulillah! puasa kita dah masuk hari ke 5. Ada sapa-sapa yang dah tertinggal puasa?.Tinggal bersebab tak pe..jangan tinggal saja-saja. Isyyy...budak darjah satu pun boleh tamat puasa, kita yang dah akil baligh ni apa pulak masalahnya??...gastrik?...gastrik bermusim kot!... pi jumpa doktor cepat kalau betul ada masalah.

Puasa tahun ni memang le agak kurang meriah kat rumah Auntie, maklum kami hanya bertiga.
Pada hari pertama dan kedua, Auntie cuma masak nasi dan masak air saja. Yang lain, beli saja.Rasa macam tak berbalaoi langsung nak masak. Kebetulan pulak Auntie memang menjaga diet Cik Din yang memang dah tak boleh nak makan masakan yang banyak minyak, banyak lemak, yang berkolestrol tinggi, jadi tak banyak pilihan masakan yang boleh Auntie masak pun. Asam pedas...out!, kari...out!..masak lemak out!...so, nak masak apa???...rebus dan bakar saja nampak gayanya.

Dua hari duduk kat rumah, kebetulan En.Amir dan juga Anja balik...so, korum kami cukup semula...sakan jugak Auntie memasak...dah tukang makan ada. Budak muda tiga orang tu favourite diaorang tentulah ayam masak merah. Dua hari berturut-turut Auntie masak ayam masak merah. Untuk Auntie dan Cik Din, kami makan ikan bakar dan sayur saja.

Semalam, selesai kerja kat rumah Auntie pergi shopping komplek...nampaknya dah ramai yang dah mula membuat persiapan hari raya. Ramai yang dah mula cari baju, cari songkok, cari kasut untuk anak-anak. Sejak anak-anak dah besar ni, keseronokkan membeli persiapan mereka pun dah kureng sangat, depa dah tak excited nak beli baju baru atau kasut baru, bila ditanya, jawapannaya 'tak payah le'..baju dah banyak! . Yang penting...duit raya mesti ada!

14 comments:

Anonymous said...

Yeahh.. siapkan duit raya untuk Alangz sekali... jangan lupa ek AY... nak gi gak umah AY.. this time raya.. AY takleh nak tutup rumah.. wakakkakakakaa....

Anonymous said...

Kak Yan :

Selamat berpuasa... buatkan Cik Din ikan siakap masak stim...best. Nanti saya bagi resepi.

Saya pun dok masak rebus2 dan stim saja. Konon nak tipiskan mana yang terlebih lebar tu...:-)

AuntieYan said...

Alangz : orang yang ada pendapatan sendiri TIDAK layak diberi duit Raya! :-)

*.psssttt...mana aku nak klari nih!*

------------------
Andeh, siakap masak stim?....ha!...menarik tu...boleh cuba nanti bila dapat resepinya. :-)
------------------

Arena said...

Selamat berpuasa aunty.

Jo Kontan said...

Ada sapa2 disini nak chaleng Jo menipiskan mender2 yang dah (ter)lebar tuu ?

BMI nak tuwon dari 27 ker 24 ?

Hopefully by the end of Ramadhan bertambahlah kesihatan badan kita kesemuanya. !

Ameeeeen

Anonymous said...

kak yan
kami pun 3 beranak jer berbuka tapi tetap masak cuma zar masih berpantang, seafood tak leh, telur tak leh so asikler ayam.. ayam.. ayam.. ikan memang tak jalan ler

Anonymous said...

Assalamualaikum Pn Yan atau saya boleh panggil KakYan saja? selamat berkenalan, selalu masuk baca tapi lum pernah tinggal komen. hari ni ternampak ayam masak merah tu terus nak bertanya sbb anak2 saya tersgtlah suka masakan tu, tapi malangnya saya masak tak best sgt, jadi kalau pn dont mind nak tanya cara/resepi pn pulak, mesti sedap ni. itupun kalau pn dont mind, kalau taknak bgtau pun tak apa, tima kasih.

Eddie Putera said...

kami pun nak gak duit raya. Tahun lepas punya pun kak yan belum kasik ...

AuntieYan said...

Arena: :-) baju raya dah siap?
------------

Jo: macam tak caya je...Jo mana ada "lebih" sana sini?...AY tengok ok je!

Kalau dapat turunkan dBMI dari 27 ke 24 tu memang hebat le..dapat ke?
-------------

Zareda:...anak dara pun dah mula puasa eh??...beso dah dia...:-)

Ya, makan ayak selalu pun jemu jugak...tapi kalau ayam bakar cich asam ok le...selera you!
--------------

Dizz: salam perkenalan dari Auntie juga. Anak-anak Auntie memang makan ayam saja.Yang sulong tu, sejak dia bekerja baru belajar makan ikan...ti pun pilih-pilih jenis ikannya.
Laaaa...pasal ayam masak merah tu...hah! resepi biasa je. Idak le sedap mana...Auntie masak je tapi tak makan.
Cara Auntie rasanya macam cara masakan orang lain juga.

-Cili kering blender dengan bawang besar dan bawang putih.
-Ayam digoreng separuh masak.
- Tumis cili yang diblender tu...masukkan gula, air asam dan garam..kalau suka boh sos tiram sikit.
-Potong bawang besar.
-Masukkan ayam dan bawang besar ke dalam cili yang ditumis tadi...balik-balikka ayam tuh....siap!

Macam masakkan orang lain jugak kan??..selamat mencuba.
--------------

AuntieYan said...

Jin:.....isyyyyy..dia ni! buat-buat lupa pulak!!!! kan Akak dah bagi...tak ingat?? Tahun ni jin kena bagi kat Akak pulak!
--------------

AuntyN said...

Kak Yan, countdown jangan tak countdown hehehe. Baju raya tahun ni pun rasanya melepas lah kut. Kesian nak mintak kat UZ sbb dia nakkena sedia semua. So rasanya pakai yang lama2 je lah.

Anonymous said...

boleh kot dizz panggil KakYan je sbb dizz sendiri pun dah auntie hehe.. mungkin KakYan sedikit je seniour drp dizz. seronoknya kakyan respond, siap bg resepi lagi, terima kasihlah banyak2, sebenornya kakyan, dizz kalau pertama kali bertegur tuan rumh agak suspend takut tak mendpt balasan, maklumlah kebanyakan bloggers dah saling kenal mengenali, cam dizz ni outsider je, but somehow I feel like knowing all of you better sbb kadang2 org yg dah makcik macam kita2 ni mempunyai pandangan yg sama.
samalah anak2 dizz pun jenis nak makan ayam je, dan resepi kakyan tu lebihkurang dizz punya rupanya cuma beza dizz blend tomato sekali mungkin ganti air asam kot. jadi ayam masak merah stail tu universal lah kot hehe... ok lah tu. sori kakyan tertulis banyak lak kat sini, thank you so much for yr warm response and again looking fwd to getting to know you better. (senornya dah lama dok baca blog kakyan tapi lum pernah bersuara).

AuntieYan said...
This comment has been removed by the author.
AuntieYan said...

N...dok buat count-down ngalahkan budak kecik noooo...he!...he!

Bab baju raya K.Yan tak kisah sangat...apa lagi tahun ni...

Dugaan!dugaan!
Lepas raya ni K.Yan kena buat operation...tu yang dok ketaq ni...mood pun hilang nak beraya...:-(
------------------

Dizz, Kak Yan ni memang dah makcik-makcik...insyaallah ada beberapa tahun lagi nak kerja sebelum pencen. Jangan malu-malu ziarah ke sini. Ramai yang datang sini pun bukan pernah jumpa pun...tapi dek kerana rajin berieraksi kat blog ni dah jadi mesra.