Monday, October 29, 2007

Menghitung Hari.

Auntie dah rasa macam excited pulak nak menjalani pembedahan ni. Dah bersiap sedia ni...dah banyak info yang Auntie kutip samada dari internet mau pun dari bahan-bahan bacaan. Beg nak ke spital pun dah Auntie sediakan, dah siap packing lagi.

Pagi tadi, sekali lagi Auntie ke kelinik untuk check BP yang tetiba naik mendadak beberapa minggu yang lalu. Sebelum ni memang BP Auntie ok saja, malah, kerap juga BP tu agak "low" tak tahu le jugak naik kerana tension atau naik sebab memang dah nak kena darah tinggi. Minggu lepas, (hari Isnin)BP naik mencanak ke 170/100, terus doktor prescribed ubat darah tinggi in order to maintain the BP...kalau tinggi, operation tak mungkin boleh di buat. Hari Jumaat, bacaannya turun sikit ke 150/80.
Pagi tadi pulak bacaannya 140/90 pulak....kata doktor masih 'border' kena turunkan lagi sikit. Tetiba, doktor dari hospital telepon Auntie bagi tahu operation dipinda ke 9/11 pulak!!!...laaaa...Auntie dah tak sabo menunggu nih...tapi, tak pe le...insyaallah Auntie boleh kawal lagi BP tu...mungkin doktor nak bagi Auntie peluang berdepavali dulu gamaknya...:-)

Aisehmen!...kena tunggu lagi le gayanya.

18 comments:

Zareda Norman said...

kak yan

take care dan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Makan spirulina dan IG6 berbanyak, cepat recovery nanti. Ni pengalaman zar sendiri

Queen Of The House said...

All the best for the operation nanti & semoga cepat kembali sembuh, Kak Yan.

Sya said...

Wah dah bersungguh-sungguh tetiba tangguh lak ek.. kak yan jgn fikir2 banyak tu sbb BP tu naik. Semuga kak yan cepat sembuh lepas operation

meandbaby said...

Auntie Yan..jgn risau..saya doakan semoga semuanya berjalan lancar.lepas operation nanti kena berpantang pulak.jangan banayk berpikir,rehat kena cukup nanti naik BP lagi.

Anonymous said...

Relax, turunkan BP tu bagi stabil dulu. Insyaallah AY akan dapat lalui cubaan ini dengan cemerlang!

AuntyN said...

InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Selain dari surah Yassin, kak Yan cuba baca surah Al-Waqiah jugak. Banyak manafaat surah tu, salah satunya untuk nak kaya, hehehe, nak ringankan siksaan kubur untuk org2 yg tersayang, dan lain2 termasukkan untuk meringan kesusahan kita yang lain2. InsyaAllah, kita semua doakan kak yan.

Anonymous said...

doktor nak bagi AY rehat betui2 sblm operation..nak suh bp tu normal balik..

all the best ek?

Anonymous said...

err..o tu saya le AY..

AuntieYan said...

Zar: Terima kasih, insyaallah KY ikut nasihat Zar tu.
------------

Queen: Terima kasih :-)
------------

Sya: memang dah excited sangat...dah kena pospon pulak...tak pe lah....cuba kawal BP lagi.
------------

Suri: terima kasih. Yang kena pantang tu berat sikit...tapi kena ikut le kan kalau nak cepat sembuh.
-----------

En.Ari : Terima kasih.
-----------

N:...insyaalllah. Dua-dua surah tu memang dah jadi amalan K.Yan...:-)
-----------

Oren: Terima kasih..AY pun sentiasa doakan Oren dan anak-anak.

Eddie Putera said...

Kakak,

make sure bawak surah yassin..Yerlah kalau boring boring boleh baca yassin..

Semuga semua selamat Insyallah.

AuntieYan said...

Jin: itu sudah semestinya....and the buku pantang too...:-)

aNIe said...

Kak Yan...kalau darah tu masih tinggi orang kata cuba makan atau ulam daun saderi...atau pun pagi2 blender air timun minum...ntahlah tu cakap orang...

Takpelah kalau ditangguhkan...untuk kebaikan kak yan jugak...

Jaga diri kak yan....semoga segalanya baik2 aje...

Unknown said...

Moga selamat semuanya...

AuntieYan said...

Kak Lady: K.Yan pun ada dengar jugak mengenai daun sup tu cuma belum amalkan lagi.Air timun?..ha ...yg. ni baru tahu...nanti boleh cuba. :-)
--------------

jiwa rasa..terima kasih :-)

Leyla Shuri said...

salam kak yan,

suka tengok kak yan dah siap bersemangat lagi menunggu hari besar itu.
Go...girl, go...you can do it, insyaAllah.

AuntieYan said...

Jahrera:....hidup musti berani...:-)

Anonymous said...

Semoga cepat sihat auntie...

zure

Sri Diah said...

Sis Yan;
Hidup mesti dengan jiwa kental. Mesti bersemangat. Angggap ini dugaan kecil, ada banyak lagi dugaan lain yang akan ditempuh, jangan cepat mengalah...