Lama sunguh Auntie tinggalkan blog ni. Maaf kepada sesiapa yang berkunjung tapi masih dengan cerita lama.
Hari ni Auntie datang ke ofis untuk membereskan beberapa urusan pejabat dan juga nak collect surat-surat. Tak ketinggagalan mengambil kesempatan menjengok blog-blog yang sangat dirindui....mungkin tak de sapa yang rindu kat blog Auntie, tapi Auntie ada banyak blog yang Auntie rindu sangat........
Yang dah kenal Auntie (blog Auntie) tentu nak tahu perkembangan diri Auntie setelah selesai pembedahan lutut kan??..Alhamdulillah, berkat doa sanak saudara sahabat handai, Auntie masih lagi bernafas...macam biasa..Auntie masih lagi dalam cuti sakit (MC) . Insyaallah, Auntie akan mula bertugas pada14/4 nanti. Lama kan??...memang lama sungguh..kalau dikira dari cuti sakit pembedahan pertama dulu, dah hampir 5 bulan Auntie berehat di rumah. Pendek kata hampir lupa hal-hal ofis ni.
Auntie dah boleh berjalan tanpa walking-frame atau pun tongkat, tidaklah terbongkok-bongkok macam sebelum pembedahan dulu. Walau bagaimana pun doktor dah nasihatkan agar tidak "ganas-ganas" sangat. Nak beronggeng sakan belum le boleh lagi....takat nak menari ala-ala Jefri Din, insyaallah le.. :-)
Auntie sebenarnya nak cerita juga pengelaman menjalani pembedahan tu..tapi dah lama rasanya peristiwa berlalu, jadi mungkin jalan cerita dah kurang menarik.. jadi Auntie hantam sajalah takat mana yang Auntie ingat.
Bermula 14 Januari 2008 jam 11.00 pagi Auntie dimasukkan ke wad orthopedik hospital PUJ. Maka bermula segala pemeriksaan kesihatan, ambil BP, ambil darah, air kencing, ECG, X-ray dada, X-ray lutut dll..16 Januari pepagi lagi dah bersiap sedia. Lepas sembahyang subuh dah ready pakai gown bedah...tunggu punya tunggu, jam 11.00 barulah disorong ke biliik bedah. Sempat Auntie bertembung dengan Azean Irdawathy yang nak buat apa tah kat bilik bedah juga...sempat juga berkenalan dengan dia, Auntie dah terbaring atas trolley, dia atas wheel chair.
Jam 11.oo Auntie mula dibius..kejap saja dah rasa kebas bahagian pinggang ke bawah. Sebelum tu Auntie dah pun diberi ubat tido...jadi dah mula rasa ngantuk. Dalam OT tu, ya Allah! punya le sejuk entah berapa helai selimut yang menutup tubuh Auntie. Terbaringlah Auntie hampir 5 jam..penuh seksa, bukan sakit. Rasa lenguh yang amat, tapi tak boleh bergerak. Auntie dengar semua apa yang pakar bedah cakap dan dengar semua segala bunyi macam orang nak tebang pokok je...ada masa macam bertukang ....bergoyang-goyang badan Auntie....alhamdulillah tak rasa sakit sikit pun...doktor-doktor siap pasang CD lagu rancak sambil sama-sama menyanyi...happy je dia orang mengerjakan lutut Auntie. Kejap-kejap dia check samaada Auntie sedar atau tidak, sakit atau tidak. Selesai pembedahan Auntie dibawa balik ke wad. Hampir 1/2 jam barulah kaki Auntie rasa hilang kebas dan barulah boleh digerakkan.
Masa tu....isyyy..kalau sapa tengok tentulah ngeri....wire sana wire sini...tapi, alhamdulillah, Auntie langsung tak rasa sakit. Anyway banyak darah yang hilang doktor terpaksa masukkan 3 pint darah.
17/1, Auntie terbaring saja atas katil tak boleh bangun. Esoknya, bila doktor buat pemeriksaan, dia dah bawak walking-frame untuk Auntie mula bangun dan mula melangkah. Pada mulanya rasa macam takut dan tak confident boleh berjalan...alhamdulillah...dengan tunjuk ajar fisioterapis Auntie dah boleh melangkah dengan bergaya....ke.....toilet yang hanya beberapa steps dari katil.....keh!!..keh!!...keh!!!
Adalah sepuluh malam Auntie berumah tangga kat wad tu. He..he..memalam pun tiada siapa yang teman Auntie. Sungguh pun begitu Auntie rasa sangat selesa...jururawat yang amat mesra alam...begitu juga doktor-doktornya. Terima kasih le buat mereka hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik mereka.
Ramai yang melawat Auntie semasa di wad...terharu rasanya. Paling terharu, ada seorang rakan blogger yang tak sabar-sabar nak melawat Auntie sampai dia tak berkesempatan bertemu...sebab apa???...dia terdatang awal sangat, masa tu Auntie masih lagi dalam OT...bila balik ke bilik Auntie nampak satu hamper cute atas cabinet tepi katil...ada kad ucapan.....yang kelakar tu dia turunkan t.tangan dia saja....OMG!!!...mana le Auntie kenal tulisan dan signature dia kan? selama ni dok baca blog, dok meronggeng dengan dia sana sini, tulisan tak pernah tengok.....Auntie hanya dapat mengagak dari ayat yang ditulisnya saja....he...he..Terima kasih Mak Andeh!!!
OK lah takat ini dulu...kalau masuk sini belum berupdate juga...harap maklum Auntie masih berMC sampai 11/4...wasallam dan salam ceria dai Auntie.
12 comments:
Hahaha Kak Yan - sebenarnya, saya sudah kelentong guard kat bawah tu. Dia tak kasi masuk sebab belum waktu melawat. Tapi since saya dah ada kat sana kan, saya pun cakap la nak hantar "barang" kat atas, ( trick dia, pakai power suit sambil kepit file dan buat muka confident he he he...).
Mula-mula dia teragak-agak nak bagi, tapi saya kelepet lagi - saya suruh dia kira sampai 100, sebelum habis 100, saya akan turun balik.
Sampai kat ward, saya tgk bilik Kak Yan kosong, tanya nurse - dia tgk kat board kata KY masih dlm OT dan dia pun tak pasti bila keluar.
So I turun balik, lambai kat guard, senyum cakap terima kasih (rasanya kalau dia mengira tu - baru sampai 35 kot). Masuk gift shop - suruh depa hantarkan hamper.
Sorry tak sempat nak melawat kembali sebab masa tu agak sibuk dgn macam2 hal.
Agak2 bila boleh ronggeng agak ganas sikit tu, sound la. Nak gak tengok KY berlutut bionik.
:-)
syukurlahh..saya yg cuti maternity 2 bulan pun, bleh mengong bila balik ke opis semula..mcm AY yg cuti 5 bulan, mmg lupa habis laa..sib baik jln ke opis tu tak lupa, noo...
semoga kembali sihat dan boleh beronggeng dgn jayanya :) take care
kak yan
selamat bertugas kembali dengan lutu baru.. hehhehe
teringat plak masa zar pun operate dulu, memang bilik operation tus ejuk giler.. cuma zar memang mintak bius habis.. sedar sedar aje dah nak balik wad dah..
apapun, kak yan jaga diri ok..
Alhamdulillah anda telah sihat semula..kalau dah elok betul nanti, ronggeng boleh, bergenchok pun boleh..genchok tu macam ronggeng gak la..Ceria selalu!
Kak YANNNNNNNNNNNNNN...heheh dah boleh guling guling kat taman bunga depan mesjid putrajaya... YAAAYYYYY ..
Kak Yan.. Alhamdullilah dah sihat, ari tu dengo sore pun ceria je. InsyaAllah kalau cik kak sorang tu dpt permit leh kami lawat kak yan nanti.
Kak Yannn,
Alhamdulillah semuanya sudah wookeeeeh.
Kalau ada ingat nak berronggeng tuu, bagi laa isyarat sikit2 kat sini.
Takyoh ganaz pun tok mender.
:-)
salam, kak teh selalu juga dapat berita perkembangan tentang pembedahan ni. Alhamdulillah dah selesai dan dah dapat berblog kembali.
auntie yan,
syukur dah selamat semua..take care..jgn ganas2..boleh tau ofis kat mana..?kalau free boleh saya visit. kita kat parcel C je..
dulu pernah masuk OT hosp pjaya..memang sejuk, sampai nangis minta selimut, dan nurse yg baik hati siap bg warmer...:-)
berita GEGAR 2008 sila ke -> http://my-ramblings-la.blogspot.com/
bertugas katanya...
-jijo-
Lama dah datang blog auntie ni. Best gak baca entry pasal operate lutut ni. Banyak menda yang saya dah tau.
Salam
Post a Comment