Showing posts with label Rindu. Show all posts
Showing posts with label Rindu. Show all posts

Thursday, March 13, 2008

Rindu weh!!

Lama sunguh Auntie tinggalkan blog ni. Maaf kepada sesiapa yang berkunjung tapi masih dengan cerita lama.

Hari ni Auntie datang ke ofis untuk membereskan beberapa urusan pejabat dan juga nak collect surat-surat. Tak ketinggagalan mengambil kesempatan menjengok blog-blog yang sangat dirindui....mungkin tak de sapa yang rindu kat blog Auntie, tapi Auntie ada banyak blog yang Auntie rindu sangat........

Yang dah kenal Auntie (blog Auntie) tentu nak tahu perkembangan diri Auntie setelah selesai pembedahan lutut kan??..Alhamdulillah, berkat doa sanak saudara sahabat handai, Auntie masih lagi bernafas...macam biasa..Auntie masih lagi dalam cuti sakit (MC) . Insyaallah, Auntie akan mula bertugas pada14/4 nanti. Lama kan??...memang lama sungguh..kalau dikira dari cuti sakit pembedahan pertama dulu, dah hampir 5 bulan Auntie berehat di rumah. Pendek kata hampir lupa hal-hal ofis ni.

Auntie dah boleh berjalan tanpa walking-frame atau pun tongkat, tidaklah terbongkok-bongkok macam sebelum pembedahan dulu. Walau bagaimana pun doktor dah nasihatkan agar tidak "ganas-ganas" sangat. Nak beronggeng sakan belum le boleh lagi....takat nak menari ala-ala Jefri Din, insyaallah le.. :-)

Auntie sebenarnya nak cerita juga pengelaman menjalani pembedahan tu..tapi dah lama rasanya peristiwa berlalu, jadi mungkin jalan cerita dah kurang menarik.. jadi Auntie hantam sajalah takat mana yang Auntie ingat.

Bermula 14 Januari 2008 jam 11.00 pagi Auntie dimasukkan ke wad orthopedik hospital PUJ. Maka bermula segala pemeriksaan kesihatan, ambil BP, ambil darah, air kencing, ECG, X-ray dada, X-ray lutut dll..16 Januari pepagi lagi dah bersiap sedia. Lepas sembahyang subuh dah ready pakai gown bedah...tunggu punya tunggu, jam 11.00 barulah disorong ke biliik bedah. Sempat Auntie bertembung dengan Azean Irdawathy yang nak buat apa tah kat bilik bedah juga...sempat juga berkenalan dengan dia, Auntie dah terbaring atas trolley, dia atas wheel chair.

Jam 11.oo Auntie mula dibius..kejap saja dah rasa kebas bahagian pinggang ke bawah. Sebelum tu Auntie dah pun diberi ubat tido...jadi dah mula rasa ngantuk. Dalam OT tu, ya Allah! punya le sejuk entah berapa helai selimut yang menutup tubuh Auntie. Terbaringlah Auntie hampir 5 jam..penuh seksa, bukan sakit. Rasa lenguh yang amat, tapi tak boleh bergerak. Auntie dengar semua apa yang pakar bedah cakap dan dengar semua segala bunyi macam orang nak tebang pokok je...ada masa macam bertukang ....bergoyang-goyang badan Auntie....alhamdulillah tak rasa sakit sikit pun...doktor-doktor siap pasang CD lagu rancak sambil sama-sama menyanyi...happy je dia orang mengerjakan lutut Auntie. Kejap-kejap dia check samaada Auntie sedar atau tidak, sakit atau tidak. Selesai pembedahan Auntie dibawa balik ke wad. Hampir 1/2 jam barulah kaki Auntie rasa hilang kebas dan barulah boleh digerakkan.
Masa tu....isyyy..kalau sapa tengok tentulah ngeri....wire sana wire sini...tapi, alhamdulillah, Auntie langsung tak rasa sakit. Anyway banyak darah yang hilang doktor terpaksa masukkan 3 pint darah.

17/1, Auntie terbaring saja atas katil tak boleh bangun. Esoknya, bila doktor buat pemeriksaan, dia dah bawak walking-frame untuk Auntie mula bangun dan mula melangkah. Pada mulanya rasa macam takut dan tak confident boleh berjalan...alhamdulillah...dengan tunjuk ajar fisioterapis Auntie dah boleh melangkah dengan bergaya....ke.....toilet yang hanya beberapa steps dari katil.....keh!!..keh!!...keh!!!

Adalah sepuluh malam Auntie berumah tangga kat wad tu. He..he..memalam pun tiada siapa yang teman Auntie. Sungguh pun begitu Auntie rasa sangat selesa...jururawat yang amat mesra alam...begitu juga doktor-doktornya. Terima kasih le buat mereka hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik mereka.

Ramai yang melawat Auntie semasa di wad...terharu rasanya. Paling terharu, ada seorang rakan blogger yang tak sabar-sabar nak melawat Auntie sampai dia tak berkesempatan bertemu...sebab apa???...dia terdatang awal sangat, masa tu Auntie masih lagi dalam OT...bila balik ke bilik Auntie nampak satu hamper cute atas cabinet tepi katil...ada kad ucapan.....yang kelakar tu dia turunkan t.tangan dia saja....OMG!!!...mana le Auntie kenal tulisan dan signature dia kan? selama ni dok baca blog, dok meronggeng dengan dia sana sini, tulisan tak pernah tengok.....Auntie hanya dapat mengagak dari ayat yang ditulisnya saja....he...he..Terima kasih Mak Andeh!!!

OK lah takat ini dulu...kalau masuk sini belum berupdate juga...harap maklum Auntie masih berMC sampai 11/4...wasallam dan salam ceria dai Auntie.