Friday, May 30, 2008

Dalam Dilemma....

56 ke?....58 ke? 58 ke? ...56 ke?...adui! pening memikirkan nya..ada baik ada tak baik nya.

Baru-baru ni kerajaan telah meluluskan permintaan CUEPE*C untuk melanjutkan lagi usia persaraan kakitangan kerajaan daripada 56 tahun ke 58 tahun. Ramai yang suka, ramai juga yang tak berapa happy. Banyak faktor-faktor yang boleh di debatkan. Auntie sendiri sampai sekarang masih dalam dilemma...nak pencen masa usia 56 atau usia 58. Kami masih belum terima option untuk ditanda tangan. Bila Auntie tanya Cik Din, dia kata suka hatilah nak pilih yang mana.

Kalau Auntie pencen pada usia 56 maka :

1. Tak payah dah nak sibuk2 bangun seawal jam 5.00 pagi, memasak bebagai. At times berpeluh2 Auntie kat dapur sebelum nak bersiap ke ofis.

2. Ada banyak masa kat rumah. Boleh le nak buat sesuatu yang tak sempat nak buat ..umpamanya hobi menanam dan berkebun. Menghias rumah dll.

3. Tak payah nak sibuk-sibuk nak pikir nak pakai baju apa nak ke ofis.

4. Tak payah nak beli baju baru selalu.Setahun sekali dah ok.

5. Boleh memasak untuk keluarga dengan sempurna. Tak le main bantai suka hati je nak masak apa. Boleh tanya ahli keluarga depa nak makan apa. (kalau tak, tak berani nak tanya,..kang berbagai menu pulak yang keluar)

6. Boleh le beramas mesra dengan jiran-jiran.

7. Boleh le join aktiviti wanita....macam join kumpulan marhaban, kumpulan nasyid, masuk kelas tajuwid.... kelas Tai-chi dll.

8. Rasa seronok kalau ada kenkawan nak datang rumah...kalau tidak, risau je...bukan apa, bila kawan datang tetiba. rumah tunggang-langgang.....kain tak lipat bertimbun atas sofa, rumah bersawang sana sini...bilik air tak sempat cuci....adui!

9. Boleh le selalu jenguk orang kampung. Tak payah nak pikir cuti tinggal berapa hari.

10. Yang penting sekali....adalah masa untuk buat lebih amal ibadat...idak le , salam mualaikum kanan, salam mualaikum kiri, terus je bangun...malaikat pun terkejut " ai?? tak de doa-doa dulu ke?" katanya.

11. Yang tak bestnya....duit dah berkurangan....

---------------------------------------------------

Mai kita tengok kalau Auntie pencen pada usia 58.

1. Pada usia 58, rasanya kudrat dah kurang, permikiran pun dah lemah, cepat lupa, cepat letih, cepat boring...mood selalu hilang (Auntielah ni...) Kat ofis pun pegawai muda-muda dah ramai, yang senior tiggal beberapa kerat. Ada gap le pulak antara yang senior dengan yg. junior. Tak dinafikan masih ramai lagi yang bersemangat.

2. Tahap kesihatan semakin membimbangkan...darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dll....dok bersiap sedia nak attack. Dengan Auntie yang mempunyai besi dalam lutut, aduhai, banyak benda yang terbatas.

3. Yang harunya....kedut-kedut dah penuh muka...bebudak muda dah serba salah..."kakak" ke "Makcik". Nak panggil Kakak...nampak macam dah sebaya mak depa,....nak panggil Makcik...macam tak sesuai pulak...dah orang muda pulak didalam dilemma.

4. Yang bestnya...duit masuk..masa tu hutang -hutang dengan gomen pun dah langsai...dah boleh dapat gaji penuh plus segala elaun...anak-anak dah besar..dah takde nak tanggung sapa lagi.
boleh gi melancong. Insyaallah.

Apa-apa pun semuanya bergantung dengan ketentuanNya, kita hanya merancang. Mudah-mudahan Auntie diberi kesihatan yang baik dan panjang usia...Amin.
----------------------------

20 comments:

OOD said...

56 dan 58 tak jauh bezanya auntie yan. Che Det umoq 80 pon mental sharp lagi... tu orang jaga senegara tu.

Setakat kita jaga satu ofis (auntie lah, saya jaga satu dua fail je, keciiiik je calit di bahu), tentulah lebih2 sharp lagi, insya-Allah.

AuntieYan said...

Wahai Odd, Auntie ni bukannya jaga satu ofis...he!...he!... jaga apa yang ada di atas meja sendiri je..

Kenkadang pandang kiri kanan semua orang muda..dah rasa terasing dahh
Tak pe depa belum lagi suruh sign option ..ada masa lagi nak pikir nih! :-)

Anonymous said...

hmm..kalo ikutkan apa yg AY senaraikan nih, baik le takat 56 jek kut..so, AY ada masa beronggeng2..kalo lepas 58 esok, takut tak larat dah...hihihi...

MA said...

Kiranya umur 58 tu muda lagi Kak Yan, kat obersi (tak ingat mana) sampai 65 tahun.

Kalau saya, saya prefer kerja lagi sebab nak keep mentally sharp bab kata Ood. Tapi itu pun kalau ikut kederat/kesihatan yang mengizinkan.

AuntieYan said...

Oren, yang dah Auntie senarai tu....kan ke lebih mirip kepada nak pencen 56...:-) memang dah rasa malas dah nak kerja...he!he!

---------------

Salam Mak Andeh!

Tak dinafikan umur 58 tu kiranya masuh ok lagi. Baru ni KY jumpa satu pesara kat spital, usia dah 60lebih...he!..he!...masih steady.
(Putri Hang Li Poh dah Sekilau 1 juga telah berusia 60 an) )

He!..he!....nak kena pikir satu aktiviti baru supaya otak tak berkarat....apa kata KY masuk politik??.....ceh!!

Anonymous said...

kak yan
pencen usia 58 kena app;y, kena ada medical check up samada capable atau tak nak kerja lagi, kena ada laporan pretasi 3 tahun berturut dan kena da rekemended dari immediate boss..

hehehheh

Kalau zar, usia 45 zar dah pencen dah..

Sya said...

kalau sya.. amik umur 56.. malas dah rasa nak drive jejauh pi keja

AuntieYan said...

Salam Za...oh...gitu ke?...he!..he!..lagi baik...confirm le Kak Yan pencen umur 56...:-)
--------------

Sya...ha..bagus tu boleh consentrate dengan bisnis tu tanpa gangguan.

Hjh Noralenna Abbas said...

Auntieyan, Saya bersara 55 sebab nak relaks, no stress (sebab kerja saya dulu banyak decision making, salah-salah goncang dunia oi). Now rihat-rihat,make new friends, buat taici, melancong, blogging. Tapi semua bergantung kepada priority anda...

Hjh Nazli Abbas said...

PHLP lak ambil optional umuk 50 thn. actually before that ambik cuti tanpa gaji 1 tahun nak jaga arwah emak yang bed-ridden. 8 bulan jaga, emak ninggal, syiok lak dok rumah, langsung opt out. Sekarang ni lebih sibuk dari masa korja - macam-macam ada! Dekatkan diri ngan agama dan kebajikan dek...Life is so short, u don't know when you'l be called.

Ma'a salaamah, ya ukhti!

AuntieYan said...

Salam Alang,saya pun ingat nak besara awal (56) nak relax juga. Baru-baru ni saya berMC hampir 6 bulan setelah menjalani 2 operation..tu yang terasa benar seronok dok kat rumah..boleh berdendang sayang! :-)
-----------------

Tuan Putri, :-)
Wah! dah lama Putri pencen. Saya memang teruja dengan aktiviti yang Putri lakukan ...insyaallah saya harap saya juga tidak semata-mata berehat dirumah (RTM = Rehat Tunggu Mati)..biarlah sisa-sisa hidup kita kita penuhkan dengan perkara yang memberi manafaat.

i lal li qa, ya ukhti!

Anonymous said...

Wahhh banyak benda rupenya kena fikir ek, tapi saya setuju lah apa-apa yang positif dan Aunty Yan fikir bersara awal lagi baik maka bersaralah umur 56 ek. Emmm banyak gak benda baru juga yang menanti ek

AuntieYan said...

Salam Ojij.

Memang banyak yang nak difikirkan, kalau tanya pendapat kawan-kawan pulak ada berbagai jawapannya...nampaknya kena tepuk dada tanya selera!

aNIe said...

Kak Yan...panggilan lady pada kak yan tetap kakak...sebab nanti kita sama2 kedut...hahahaha

Bukan main lagi nak beramas mesra ye...lady yg kat umah ni tak sempat nak beramas-ramas dah...hihihi...

Rumah akak memang cantik dah...kemas...bersih...cuma kalau pencen nanti bolehlah tanam pokok lebih2...tapi...tak lama lagik nanti kalau pencen sibuk ngan cucu pulak...

AuntieYan said...

Salam Lady...macam dah lama tak masuk sini...tentu sibuk melayan Cik Abang. :-)

Niat di hati tu macam-macam nak buat tau..syyy..mana tahu, bila pencen nanti Akak tetiba je sampai rumah Lady.

Rumah Akak...ahhh..yang Lady nampak saja tuh...yang tak nampak wadui!!! pening tau...banyak lagi barang yang belum di unpacked sejak pindah dulu.

Jo Kontan said...

Kak Yan,

Kalau saya laa kan (buat masa dan ketika ini) saya akan ke 58 !

Jawabannya memang sudah ada, dan amat terang sekali, pada paragraph terakhir tuu.

Satu soklan..

Bagaimana rasanya nikmat berjalan dengan LBB (Lutut Besi Baru) ?

:-)

AuntieYan said...

Salam Jo,

Memang orang lelaki lebih sesuai sambung je sampai 58,termasuk Jo le.


Alhamdulillah LBB! tersangat ok..dah tak sakit macam dulu, tak terasa pun ada besi kat dalam lutut tu.

Tengok lah, kemungkinan besar, insyaallah tahun depan Kak Yan nak operate yang sebelah lagi (left knee) :-)

Hjh Noralenna Abbas said...

So, macam mana makchik blogger? Dah buat decision? Dah sign borang? To me kalau ada commitment yang tak dapat dielakkan, sambung je dengan syarat kesihatan elok. Takut pula nanti performance kurang.Kalau dah okey semuanya,sign awal lah. TQ

nonie said...

lama tak menjenguk ke rumah auntie ni... kat opis nonie ni pun org dah sibuk2 soh isi borang opsyen tu... nonie je tak pi amik2 borang tu lagi... hmmm majority org pompuan cam kita ni cam obvious je opsyen mana yg kita nak pilih rasanya... yea ke?

AuntieYan said...

Salam Alang, Makcik baik-baik saja alhamdulillah.
Kalau nak di ikutkan commitment dah tak banyak dah....(perihal duniawilah)...insyaallah anak-anak dah boleh berdikari.
Perfomece??...he!...he!...memang dah banyak kurang...Tapi, nampaknya bos masih beri kepercayaan.
Dah finalise pun....insyaallah panjang umur khidmat Auntie pada Kerajaan akan berakhir bila sampai umur 56. :-)
----------------

Nonie...salam *hug-hug*

Kat ofis Auntie option telah di buat pada minggu lepas. Bagi sapa yang nak sambung sampai 58, sign sajalah, yang tak sign, dikira akan pileh pencen 56.
Insyaallah Auntie pilih yang 56 tu...