Lama tak update. Malas!!
--------------------------------
Kursus Bahasa Inggeris dah berlalu hampir 2 minggu. Kalau nak di ikutkan belajar bahasa ni mau makan masa berbulan untuk fasih. Yang Auntie hadir kursus ni adalah untuk mencukupkan qota kursus. Tapi, ok jugak kan?...Kursus ni sebenarnya untuk peserta yang memang langsung tak pandai berbahasa Inggeris. Lebih kepada mereka yang bekerja di frontdesk.
Mulanya bos Auntie tergelak bila Auntie bagi tau Auntie nak pergi kursus tu. " Buat apa you nak pergi...tu untuk mereka yang tak tahu BI"....." tak pe lah...sekarang I tengah free, lagi pun cuma 3 hari saja" kata Auntie. Dia kata OK.
He!...he! hari pertama introduction diri memasing....adui! sakit perut menahan supaya tak tergelak....rupanya ramai bebudak ofis ni bukan saja depa tak boleh bercakap Inggeris, membaca pun kereng....depa main baca ikut bunyi macam baca Bahasa Melayu...sungguh le menggelikan hati.Tapi tak pe le...bebudak ni semuanya bersemangat nak belajar. Lepas 3 hari selesai le kursusnya dan dapat lah sijilnya. :-).
Penceramahnya sorang saja. Dari pagi sampai petang tengok muka dia (boring yang amat).
Cara dia ajar, bagi Auntie...ok ok sajalah. TAPI, dia ni rupanya jenis yang perkauman...yang membuatkan Auntie rasa resah...tak tahu le bebudak tu faham ke tidak..rasanya depa faham juga, sebab dia ni kejap cakap Melayu kejap cakap omputih.
Dia ni keturunan Pakistan* tapi dia kata bukan, dia mengaku dia keturunan Partan...keturunan Jenghis* Khan*, keturunan dia tiada yang berkulit gelap, semua putih bersih lawa dan segak, hidung mancung, mata berbagai warna...dia saja tak hensem (dia mengaku). Orang Melayu tak lawa katanya, dia tak suka orang yang berkulit gelap....dan "I hate Benggali* Singh* " Laaaaa...apa kes le dia ni. Nasib baik le dalam kumpulan kami tu tak de India atau pun Benggali* yang ada , selain Melayu , sorang Cina Sabah dan sorang Siam Kedah.
Yang nak tergelak tu, nota yang dia bagi kat kami langsung tak de suasana Malaysia. Contoh nama, tak de pun nama Ahmad ke, Guna ke, Chong Wei ke,....yang ada semua nama kaum kerabat dia yang pada Auntie agak melucukan, contohnya Oma*r S*wati, Baybar A*li, A*khbar K*han, Siti Marbala, Hasena, Banazer. Kalau nama tempat pulak, Kabul, Kandahar, Lahore dan seangkatan dengannya. Yang nak tergelak tu, satu ditanya berjela-jela dijawabnya habis segala sejarah Khub*lai Khan pun timbul....Aduh!
Di penghujung kursus tu, pandai pulak dia merayu kat kami supaya bagi kat dia komen yang membina, kalau tidak susah dia nak cari makan...he!...he!...tau pun takut.
----------------------------------------
Cerita minggu lepas.
Hari Isnin datang ofis macam biasa. Tah kenapa lutut kiri buat hal.Sakit pulak.
Auntie ambil cuti saja dari hari Selasa sampai Jumaat, rehat kat rumah.Best pulak dok kat rumah, apa lagi ada Sukan Olimpik....tak gerak le makcik dari depan TV tu...he!...he!
Ni dah start keje semula. Tak sibuk mana, ramai yang ka MAHA bertugas. Sapa belum pergi lagi boleh le pergi...dah dekat nak habis dah kang nyesal.
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts
Tuesday, August 19, 2008
Friday, June 22, 2007
Kursus
Setiap kakitangan kerajaan digalakkan menghadiri kursus selama 7 hari dalam setahun sekurang-kurangnya.
Tahun ni, dah nak habis bulan Jun, satu kursus pun Auntie belum pergi lagi. Sejak dari dulu lagi Auntie memang tak suka menghadiri kursus-kursus ni. Selalunya kursus dianjurkan oleh bahagian Latihan dan Kerjaya. Di awal tahun program kursus diedarkan
dan kami kena buat pilihan kursus apa nak attend.
Ada tiga pusat kursus yang khas untuk kami pergi, Ipoh, Kota Bharu dan KL. Ada juga kursus-kursus yang dibuat di lain-lain tempat seperti di hotel-hotel atau resort-resort yang terdapat di serata Malaysia.
Kursus pulak macam-macam lah. Yang berkaitan dengan kerja secara langsung atau tak langsung.
Yang berkaitan dengan kerja, kalau untuk Auntie ada berbagai topic le antaranya, Basic Course For Flood Mitigations, Geographical Information System(GIS), Erosion and Sediment Control Plan, Integrated Water Resources Management, Hydraulic & Catchment Modelling, Integrated Shoreline Management…..…dan banyak lagi.
Selain dari itu ada jugak kursus -kursus seperti..Basic Landscaping, Public Speaking, Kecergasan dan Gaya Hidup Sihat.. Pembentukan Modal Insan, Keutuhan Nilai dan Etika, Fotografi.
Kursus IT memang banyak le…PC Assembling And Trouble Shooting, Basic LAN & Wieless Networking, Auto Cad, Adobe Photoshop, Laman Web…..banyakkan?
Tahun ni rasanya Auntie nak ambil kursus yang dibuat di Kota Bharu Auntie nak pilih kursus yang tak memeningkan kepala, mungkin saja kursus motivasi. Dah tua-tua ni kena kasi sikit semangat untuk terus berkhidmat untuk Negara. Cewah!!!
Memang dah lama benar Auntie tak pergi kursus kat Kota Bharu…yelah, sejak sakit lutut ni . Nak pergi kena cari geng, boleh jugak minta tolong heret beg. Masa pergi tak pe le boleh heret sendiri, time balik, kot beg dah beranak pinak sapa pulak nak tolong?
Kota Bharu adalah tempat kursus yang menjadi pilihan ramai terutama orang pompuan lah kan, banyak agenda kami bila sampai ke sana tuh. Kursus tetap kursus. Lepas jam 5.00, acara bebas…hak ni le yang kami suka. Satu bandar kami pi sukat. Pasar Siti Khadijah lah menjadi tumpuan utama di samping lain-lain tempat untuk menjamu mata dan perabih duit! Bukan saja Kota Bharu, tentunya kami takkan lepas peluang ke Rantau Panjang juga.
Insya Alla, kalau tida aralmelintang, Auntie akan ke sana awal bulan nanti….yeszerrrr!
(tak padan dengan sakit lutut)
----------------------------------------------------------

Subscribe to:
Posts (Atom)