Hari ni Auntie kena menghadiri kursus. Tahun ni, memang satu kursus pun Auntie tak pergi. Nak diikutkan dalam satu tahun setiap pegawai gomen ni wajib mengahdiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari, lebih tak pe.
Memang sejak dari dulu lagi, Auntie malas betul nak berkursus ni. Bukan apa boring yang amat dok dalam kelas dan fokus kat penceramah...ramai yang memboringkan tersengguk-sengguk kami yang terpaksa dengar apa yang dia ceramahkan. Ada tu langsung tak de skill sebagai penceramah...main baca nota je atau dok pasang slide...oooo boring sungguh. Itu dulu...jaman 8o an, 90 an. Masuk tahun 2000, ramai penceramah dipanggil dari syarikat-syarikat yang offer service berbagai topik kursus eg. pengurusan dan motivasi.
Bagi Auntie yang dah esok lusa saja nak pencen, lebih suka kursus-kursus yang bukan berkaitan dengan tugas...he!..he!....(errr...tugas2 sumua dah terrer!!)
Ha, hari ni Auntie nak pergi kursus yang bertajuk " Practical English For Frontliner"...walaupun Auntie ni bukanlah bertugas di frontdesk atau seangkatan dengan nya... he!...he! saja nak tengok apa yang yang depa ajar...yang penting, dapat le 3 hari kursus. Kena cari 4 hari lagi untuk cukupkan 7 hari.
Wokeh, Auntie nak pergi dah ni, kursus start pukul 8.00 pagi...Tempatnya kat bangunan sebelah je.
Pssstttt....makan minum disediakan ......tu yang bestnya!!!!
17 comments:
What happened at the course, auntieyan?
Salam Alang, hari ini baru masuk hari ke 2, ada satu hari lagi.
*psst..baru introduction..."my name is...., I am......years old"....keh!..keh...keh...macam budak darjah satu! :-)
AY, saya tak pernah tahu pun yg staf gomen kena attend kursus atleast 7 hari setahun. Selama ni saya aplly based on yg saya suka n related
royce
Salam Royce...Auntie rasalahkan....lately ni distresskan (diwajibkan)..dulu, Antie pun tak tahu jugak, la ni bos dok bising remind sesapa yang belum cukup 7 hari make sure cukupkan... :-)
selamat berkursus. kontrol makan auntie nnt time kursus tu ngantuk plak. hihi..
p/s: dah lama kite x singgah sini.ke'bz'an dulu2 x igt plak penah mengomen ke idak tp yg pasti mmg tetiap hari baca blog auntie. sgt suka mcm bc mak2 mengomellah katakan ;)
Salam Mrs.Apple...hari ni last day kursus. Ni time rehat tengahari Auntie lari naik ofis kejap untuk rehat, intai blog dan solat.
Memang makanan best-best...sabo je lah kan?...tengahari memang mengantuk sesangat...boring jugak lah...sib baik hari dah last day...insyaallah Auntie akan cerita pasal kursus ni dalam entry akan datnag. Terima kasih selalu datang sini. :-)
Practical English for Frontliner? Apa tu? Frontliner tu kan ke nama bas express? So maknanya Practical English untuk drebar bas ke? **mati la skipping english macam Pak Uda dalam citer Pi Mai Pi Mai Tang Tu..wakakakaka..
Kah!...kah!...kah!...(sah le Alang ni pun kena gi kursus bahasa English)
Frontliner tu macam those yang kerja kat kaunter lah...(Auntie ni kerja kat belah belakang-belang )
pendek kata bila orang mai ofis...depa dulu yang kena attend to visitors....eleh...takat nak kata "good morning Sir?madam...may help you...?".....he!...he!...
Dah balik kursus lom akak oi ? Selamat pagi ek..Omputih kata, good morning
Salam Jin....dah balik dek oiii!...tarak mood nak memblog...
Terima kasih...omputih kata...thank you...:-)
psttt...nak cuti la esok...nak relax kat umah.
Kak Yann !
Kelmarin pun baru hantar Maam berkhusus.
Semua tanggung seniri.. :-(
Maam berkhusus, kami lima beranak (yang kecikkecik tuu laa berendam dalam pool.)
Sampei kecot apa bala semua..He he.
KAk Yan... bestnya gidpt gi kursus.. kat opis ni .. satu kursus pun tak dapek nak hadir
Assalamualaikum AY.
Lama sungguh saya tak menziarah kesini.Sihat no la ni..buleh dok pi kursus lagi..
Semoga sihat selalu..
Hello Auntie Yan, I couldn't help smiling read how you spell, 'wokeh'. ha ha. Is there really such a word or spelling in Bahasa?
You stay easy and have a great week, Lee.
Salam Jo... :-)
Nampak gayanya semasa ketiadaan Ma'am, perpeluh le nok jaga anok-anok tu.... :-), tapi tak pe...si Pipa kan ke dah nak jadi anak dara, tentunya sedikit sebanyak membantu.
--------------------------
Sya : KakYan ni, kalau di ikutkan malas nak gi, tapi dek kerana "ku terpaksa"....gi jugak le...
--------------------------
Salam En.Ari.....amboi!...amboi!...amboi!
memang lama sungguh tak nampak kelibat kat sini. Alhamdulillah, saya ni boleh dikatakan dah 90% oknya. Saya dah jalan jauh pun.
Kursus ni dibuat kat ofis saja.
--------------------------
Dear U.Lee,
He!...he!...itu spelling bahasa pasar saja! You know lah...(again bahasa pasar!)since this blog is not official...such thing is allowed....:-)....keh!..keh! anyway,no cikgu to say that I'm wrong.... :-)
Have a nice day Uncle!
Salam untie yan,..best gak tgk foto klasik tu.. tie pun ada gak..tapi masa budak2 je..
Salam tie, Auntie ni orang lama, so, sudah semestinya ada banyak gambar-gambar klasik itam putih tu. :-)
Post a Comment