Semalam Auntie tidak terus ke pejabat, sebaliknya kami terus saja ke Klinik Kesihatan. Ada appoinment dengan doktor. Sepatutnya dah lama Auntie kena pergi, tapi asyik ngelak-ngelak dan tangguh-tangguh.
Sejak hampir 2 tahun kebelakangn ini Auntie dah mula ada hyper tension, Melayu kata darah tinggi. Ianya mula di kesan semasa Auntie nak menjalani pembedahan kali pertama pada penghujung November 2007. Sebelum tu tak pernah le BP naik mencanak macam tu, malah kerap kali doktor kata Auntie punya pressure sangat rendah. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah, dah dapat tahu, boleh lah dikawal dengan mengambil ubat dan menjaga diet.
Paling tinggi dia naik sampai 170/100. Mahu tak mahu, Auntie kenalah buat pemeriksaan berkala pulak. Setakat ini, doktor hanya prescribed sejenis ubat saja untuk ditelan setiap malam, dan jaga makan katanya.
Alhamdulillah, bacaan semalam adalah 130/80. Kalau boleh nak bagi dia turun sikit lagi, dan maintain.
Kami ke klinik agak awal juga walau pun appointmentnya pukul 9.00 pagi. Sampai je, dah ramai orang, semua tempat duduk dah hampir penuh.Maklum lah klinik Kerajaan, bayar cuma RM1, untuk orang awam, manakala k/tangan Kerajaan tak payah bayar kalau bawak GL. Kerani kat kaunter ada 3 orang, misi ada dua orang. Nampak sibuk bukan main, tapi tak tahu mana silapnya, proses panggil nama slow lebih daripada siput...ramai yang dah merungut. Yang darah tinggi, semakin tinggi lah darahnya.
Dah hampir sejam menunggu barulah giliran Auntie. Sabo jelah...rawatan percuma gitulah kekdahnya. Rasa nak marah hilang, bila bertemu doktor yamg manis dan berbudi bahasa. Tulah gamaknya darah pun turun dengan segera.
Selain Auntie, Jim pun ikut juga jumpa doktor. Matanya tiba-tiba merah menyala bila bangun pagi. Lepas pemeriksaan, dia diberi 3 hari MC. Senyum je dia.....
Pemeriksaan seterusnya insyaallah pada bulan September nanti. Kena pergilah...usia dah semakin lanjut, kena berbnaik sangkalah dengan klinik dan spital. :-)
8 comments:
hmm..gitulah AY..
sejak duk kampung nih, p klinik desa jek..cepat gak siap..sbb takde patient...
Salam AY,
Saya cadangkan Ay dapatkan alat pereksa bp,(ada jual di pharmacy) supaya dapat check bp sendiri di rumah. Satu famili boleh guna.Good investment.
Salam Oren,
Duduk di desa lebih santaikan?...pergerakkan pun agak perlahan..ada baiknya, tu pasai, orang, kalau dah biasa dok kat kampung takutttt sangat kalau kena tukar ke KL... :-)
-----------------
Salam Kak Nora,
Ya, rasanya memang AY patut beli alat tu...boleh check selalu...anyway 3 atau 4 bulan sekali kena jugak jumpa doktor untuk pemeriksaan. :-)
Kak Yan, bukan kat klinik kesihatan aje lama tunggu, kat klinik swasta pun sama gak.. kalau pegi lepas maghrib tu berderet orang, doktor lak sorang aje.. tapi bayau kan main mahal lagik
Salam Yan,
I hope you punya BP semakin terkawal.Kena banyak2 blogging and lepaskan tension you! hehe
Salam Sya,
Memang betul Sya, baru ni anak Kak Yan (Si Anja) demam, pergi klinik panel dia...1 jam tunggu katanya baru dapat jumpa doktor.....
Fee klinik swasta pun bukan main lagi...takat demam biasa je dah 4, 5 puluh... hemmmmm! :-(
-----------
Salam Datin Mama,
Ha,....harap-harap gitulah. La ni, memang dah tak makan malam....takat makan ringan-ringan saja, dan cuba avoid makanan yang berkalori tinggi. :-)
Salam Kak Yan
Mak pB selalu makan batang saleri. Insyaallah , memang benda tu dpt mengurangkan tekanan darah.
Btg saleri tu , akak potong haluih haluih. Lepas tu , buay ulammmm
Salam pb,
Akak ada jugak makan batang celery tu....tapi....kejap makan, kejap idak.... ;-) gitulah gayanya makcik ni.
Actually, ianya jugak baik untuk menghilangkan sakit-sakit sendi, katanya.
Isyyy...petang ni nak kena cari batang celerylah pulak. Tq. :-)
Post a Comment