Thursday, May 07, 2009

Al-Fatihah

Balik dari kelinik, Auntie dapat call dari sorang kawan, Kak, Ropiah dah nazak, ada kat HKL.

Kurrrr, semangat. Ropiah ni jauh lebih muda dari Auntie, manis, soft spoken orangnya. Auntie taklah begitu rapat dengannya, tapi kerap juga bertegur sapa bila bertemu kat surau atau pun kat koridor ofis (masa ofis kat KL dulu).

Dia bertugas sebagai kerani kat salah satu unit kat ofis kami. Sebelum tu, dia jadi pembantu kepada seorang Jurutera yang ditugaskan sebagai Pegawai Perhubungan Awam Jabatan kami. Jurutera ni pulak, kebetulan pernah jadi pensyarah Auntie masa Auntie belajar dulu.Usia beliau tak panjang, meninggal setelah hampir 3 tahun bertarung dengan kanser payudara.[ Al-Fatihah untuk Hjh. Arpiah]

Dah 3 tahun dia pergi, dan hari Isnin lalu jam 4.30ptg, Ropiah yang pernah bekerja dengannya pulak menjejaki beliau setelah menderita sakit yang sama sejak setahun lalu.[ Al-Fatihah untuk Ropiah ]
Apa yang sangat dikesali, arwah Ropiah tidak mendapatkan rawatan dihospital, kecuali hingga hampir ke saat akhirnya. Dia lebih bergantung kepada rawatan alternatif.

Termenunglah sejenak Auntie, mengenangkan kenkawan yang pergi, apa lagi mereka yang lebih muda dari Auntie sendiri...singkatnya hidup kita di dunia ini.

10 comments:

mamasita said...

Al-Fatihah untuk kawan you arwah Ropiah.Semoga rohnya digolongkan bersama kumpulan yang beriman.

Sedih kita dengar ye Yan?
Especially you sebab you kenal dia.
Anak2 dia brapa orang?

AuntieYan said...

Salam Datin Mama,

Gitulah Datin...sorang, sorang, kawan kita pergi...giliran kita juga akan sampai.

Ropiah ada 4 orang anak, 3 pompuan, 1 lelaki. 2 pompuan dah kerja sorang masih di IPTA, yang boy tu masih sekolah.Alhamdulillah!..dua pompuan dah besar, at least boleh uruskan adik-adik.....

meandbaby said...

Aunty Yan...keciknya dunia ni...arwah ialah ibu saudara teman sepejabat kami...masa diberitakan dia meninggal kami tengah meeting diofis..alhamdullillah kawan saya tu sempat ziarah dia diHKL pagi tu sebelum ke pejabat...

AuntieYan said...

Salam Suri...

Lama tak nampak kelibat!...harap sihat walafiat dan ceria selalu.

Betullah...pi mai, pi mai, tang tu jugak kata orang Utara.
Ya, Aunty masih lagi terkenang dan ternampak-nampak bayangan wajah manis arwah ni...memang soft spoken sangat orangnya, tak sangka singkat hidupnya, Allah Maha Mengetahui. Al-Fatihah untuknya.

Jo Kontan said...

Al Fathihah.

Bagus juga kita sama ingat mengingatii nii Kak Yan..

Dunia yang sementara nii.

AuntyN said...

Al-Fatihah.

Kak Yan, kita ni tak tau bila lagi kan dan dah bersedia kah kita? Rasanya belum lagi cukup bekalan ni.

AuntieYan said...

Salam Jo,

Harap semua dah ok, sihat walafiat.
Salam untuk Maam. :-)
--------------

Salam N,

What a surprise???...he!..he!..sukanya!!!!

dah lama tak masuk your blog...bila masuk, tarak up-date...buat letih je...ha, dari hari ni kena jengok lah....

Kak Yan pun lately dah malas dahhh...tapi hati tu rasa sayang pulak...cerita banyak...tapi mood dah kureng...insyaallah, dah ada geng ni kena rajin semulalah


All the best to you. :-)

aNIe said...

Kak...al-fatihah buat yang pergi...ajal sampai tak mengira usia...

Semoga roh ropiah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang2 yang beriman....ameen...

Unknown said...

al fatihah..seronok baca cerita ceriti akak ni..

AuntieYan said...

Salam Anie,

Betul tu, kita ni pun tunggu giliran juga... :-(
---------

Salam Kak Ina kl,

Pertama kali singgah sini?...selamat datang & selamat berkenalan.