Thursday, June 11, 2009

Pengantin

Hampir seminggu berlalu. Blog tak juga berup-date. Makcik tengah sibuk.Macam-macam nak kena bereskan. Minggu lepas bos-bos ramai tak ada. Ada yang bercuti ada yang pergi seminar. Ada yang dua-dua sekali.
Auntie tetap macam Auntie dok kat ofis, siapkan kerja. Ingatkan bila bos tak ada, kita boleh relax sikit, tapi, relax apakebendanya...kerja menimbun.

Ramai yang bercuti sempena cuti sekolah. Auntie cuti jugak last week pada hari Kamis.. Cuti sehari saja sempena Cik Din nak service kereta. Dia malas nak nganto Auntie, so, terpaksalah cuti. Kebetulan Auntie ada urusan jugak dengan bank, so, lepas settled service kereta, terus je ke bank kat Putrajaya. Kejap je urusannya dah selesai. Dah tak tahu nak kemana, so off we went to Alamanda..he!..he!..the one and only shopping mall kat PUJ.

Tak tahu jugak apa nak buat kat Alamanda tuh...Cik Din jumpa barber shop terus masuk. Auntie jenjalan sorang-sorang sementara dia gondolkan kepalanya. Masuk keluar tiap kedai, tak tahu apa nak beli. Last-last, satu apa pun tak beli. Perut dah lapar. Ingat nak makan je kat situ..tapi, rasanya lebih baik makan kat satu restoren Pak Cik Kelantan di Bangi just opposite the post office, lagi sedap. 2 orang makan tak sampai pun RM 20.

Memang betul, dah selesai makan Cik Din bayar RM15.50 sahaja. Kami makan ikan kembong bakar (yg. besar) sekor, sup tulang semangkok (boleh makan 2 orang) kuah kari yang tersangatlah sedapnya, sayur-sayur dan juga kerabu perut. Kami minum air sirap limau..Alhamdulillah...kenyang yang amat. Kenyang sampai malam. Syyyy...jangan gelak...weekend Auntie boleh balun apa saja yang rasa nak makan, hari lain...makan sikit saja dan nasi is a no, no,.... :-) untuk dua orang bujang yang kat rumah tu, Auntie tapau saja. Lauk dia orang, apa lagi kalau bukan lauk ayam percik kegemaran kalau makanan dari kedai Pak cik Kelantan ni.

Week end (hari Sabtu) kami ke Pekan Pahang. Kenduri kawin sepupu Cik Din. Sesambil tu dapatlah jenguk-jenguk mak mertua dan lain-lain kaum kerabat Cik Din. Malam sebelum pergi tu, adalah acara memaksa anak-anak untuk ikut sekali...yang berjaya dipaksa cuma En. Amir dan Jim...Si Anja gagal di paksa! puas le Cik Din memberi kata dua...haram diendahkan...katanya dia kena siapkan report sebelum hari Isnin, dia nak ke ofis hari Sabtu tu...Cik Din gave-up akhirnya. Anja dah jadi buluh, bukan senang nak dikelentongkan.

Dua beradik yang berjaya dipujuk untuk ikut macam happy saja. Sampai Petrol station Auntie belikan berbagai jajan untuk depa buat exercise mulut dalam perjalanan yang memboringkan tu.
Auntie pulak asyik terlena saja, mengantuk sungguh, mungkin sebab malam sebelum tu tidur lambat sebab dok bereskan hal r/tangga dulu. Mesin kain, gosok baju, kemas dapur, mop lantai dan segala bendanya.
Hemmm...orang lelaki apa tahu???...hemmm tak pe lah...dia bawak kereta kan ?...Auntie relax pulak. :-)

Kami berhenti sekali saja. Cuma ke toilet. Kami ambil jalan melalui Paluh Inai. Jalan kampung yang agak lenggang berbanding jalan besar menuju Kuantan.
Dalam pukul 12 thg. kami pun sampai. Lenggang je. Ingatkan silap hari..he!...he!...nampak kemah je, kami pun happy. Memang orang belum ramai yang datang. Sempat le gebang dengan tuan rumah dulu. 12.30, tetamu dah mula ramai. Nasib baik cuaca tak le panas sangat. Kebetulan pulak ada pokok-pokok yang meredupkan lagi kemah-kemah tu.

Makan time...! Auntie pun ambik pinggan..wah!!! bestnya....menu lain sikit kali ni...nasi puteh, tak de nasi merah atau kuning. Kerabu perut dengan taugeh. Ikan masin, sambal kuini & sambal belacan yang super pedas menyengat...ulam timun, ulam raja, kacang botol, pucuk pegaga. Kari daging dan opor daging......kurrrrr...semangat...ramai yang berbisik..."..hemmmm sedapppnyaa..." Auntie makan tak pandang kiri kanan dah, apa lagi perut tengah lapar. Rasa macam nak tambah, tapi, sabo je lah..... Rasa macam berkelah le pulak...... :-)

Selesai makan pengantin pun keluar, serba hijau. Pengantin lelaki sampai tepat pukul satu, terus saja ke meja pengantin. Adalah dua tiga orang kerabat di Raja Pahang yang datang.

Penganti berseri tidak terperi*
Cantik lawa Raja Sehari

Dalam hati berbunga-bunga *
Bagai pinang dibelah dua

Impian sudah menjadi nyata *
Semoga pengantin sentiasa sejahtera

Melayari hidup bersama-sama*
Insyaalah kekal bahgia.

Lepas makan kami berehat di rumah Mak Cik Din, sembang lebih kurang solat dan pejam-pejam mata barang sekejap.
Dah hilang penat, kami bergerak ke Kuantan pulak...lebih tepatnya kami ke Gerai Pak Soh di Sg Lembing untuk makan satar. Dah agak lama kami tak pekena satar ni. Memang kat sinilah satar yang terrrrsedap. Gerai ni di buka dalam pukul dua membawa ke malam. Tak terkatalah kami makan satar, penuh satu meja. Tapau pulak kat Si Anja yang tinggal. Auntie beli juga keropok leko untuk bawak balik.

Lebih kurang maghrib, alhamdulillah kami selamat sampai rumah.
Psst...rupanya, Pakcik Cik Din (tuan kenduri) ada tapaukan kari daging dan opor...he!...he!...Auntie tak tahu pun...apa lagi, Auntie tinggal masak nasi sajalah. Patut le Cik Din beria-ia takmo singgah makan dikedai. Lepas makan, kami tido jelah...badan letih.

Esoknya Auntie pergi kenduri ke BBST pulak. Kawan baik Auntie kawinkan anak dia. Dua orang sekali di kawinkan. Anak dia lelaki. Tak sempat pun tengok pengantin. Lepas makan terus je balik, tak tahan panas. Peluh turun dari pala terus ke kaki rasanya!. Menu dia ada sikit ke lainan.. Nasi jangung sambal sotong kering....memang sedap....ayam goreng berempah, rendang daging dan acar buah.

Dua hari berturut-turut makan kenduri. Timbangan yang dah mula nampak menurun, naik semulalah gayanya.

Hari Sabtu malam, insyaallah mak sedara Auntie pulak mengawinkan anak dia. Dia buat kat satu budget hotel kat Chow Kit.

Kita tunggu apa kisahnya nanti.

Wasallam adanya.

11 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Heeeee, sedapnya makan kenduri kahwin, pelbagai menu pulak tu. Tak kisah berat badan naik, AY, rezeki jangan ditolak, lepas ni sambung semula cicah biskut dengan air.

MrsNordin said...

Ramainya orang kawin! Jangan makan banyak2 nasi minyak tu... hee.. hee...

p/s baca auntie punya menu makanan, dah berangan malam ni nak buat kerabu perut. Tapi mana nak cari perut??

Sya said...

Kak Yan.. sya baca aje menu makanan tu sume kecur air lior ni..

oren said...

sib baik mak saya dh buatkan kerabu perut last week..dan masih simpan skit lagi dlm fridge :)

jarang nk jumpa lauk yag lain skit time kenduri..selalunya, mesti samaaaaaaa jek...

tapi, walaupun lauk yg sama, saya mmg tak segan2 nak menambah kalo lapar :) hihihihi...

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

He!...he! sebab kenangkan rezeki jangan ditolak tu lah yang membuatkan AY....suappppp jeeee... :-)

----------

Mrs. N,

Pi cari perut lembu kat pasar malam...ada, selalunya kat tempat orang jual daging le.. he!...he!
Nanti jangan terlebih makan pulak!
-----------

Salam Sya,

Tu baru baca menu saja, kalau tengok makanannya, tidak syak lagi.......terussss terlupa segala program diet! :-)
---------------

Salam Oren,

Ayoooo!...nasib baik mak Oren dah buat kerabu tu, kalau tidak, jenuh le Oren mencari kerabu perut...kang melileh air lior baby dalam perut tu... :-)
------------

Lee said...

Hello Auntie Ya, just dropped by to say hello.
Hope this finds you well.
Best regards, Lee.

AuntieYan said...

Hello Uncle,

Thanks for dropping by. Oh yeah...I'm kicking well ..he!..he!... :-)

Cynthia said...

Hi, ni kali pertama I drop by.. blog hopping from Uncle Lee.. ;)

AuntieYan said...

Hi Cythia,

Thanks for coming, I'll visit your blog soon, already in my favourite list. :-)

aNIe said...

Kak Yan...sedapnya lauk pauk di majlis2 kenduri tu...mesti sedap sebab lain dari yang lain...

Kak...anak2 bila dah besar bukan senang nak diajak berjalan2 sama kita...

AuntieYan said...

Salam Anie,

Memang betul, siap boleh gaduh-gaduh lagi kalau nak ngajak makan kenduri. Anyway, Akak cuma ajak kalau ke kenduri sedara mara saja, kalau kenduri kenkawan, kami pergi berduaan sajalah....tak kan nak di angkut habis satu rumah kan...:-)