Monday, July 27, 2009

No Komen lah!

Assalamualaikum,

Minggu lalu terkejut kita dengan kematian Allahyarham Yasmin Ahmad. Tak sangka cepat dia pergi. Jika kita renungkan betapa pendeknya penghidupan kita di dunia ini. Tengah segar-segar, tengah idea berkobar semangat membara, tiba saja masa, tak boleh ditahan, tak boleh dihalang lagi bernoktahlah satu kehidupan. Yang sakit menderita dah lama, masih diberi peluang untuk hidup, semua ini adalah rahsia Allah. Tak tercapai dek akal kita.

Al-Fatihah untuk mereka yang pergi semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

---------------------------------

Kawan Auntie telefon nak datang ofis, nak bagi kad kawin. Jam 12.30, dia dah ada kat bawah, takmo naik, tak tahu mana satu entrance dan parking pun dia tak jumpa. Auntie turun jumpa dia. Kami sembang dalam kereta je. Tengok le kad saya tu, tengok le gambo bakal menantu saya tu..hemmm ada gambo pengantin kat kad tu. Anak dia pompuan....errr.. tapi, maplenya nampak macam sikit berusia...memang le, dalam 40an...anak saya 20an...orang luar negara...asal dari Latin !Amerika, cakap Spanish ...wow!!....jodoh adalah juga ketentuan Allah.

No komen lah!
----------------------------------

Kat ofis pulak, kawan Auntie bercerita, mak dia pergi makan kenduri dengan berat hati, sebabnya......kenduri pada hari Ahad, tapi

.
.
.
.
.
.
.
.
.
pengantin pompuan
.
.
.
.
.
.
.
terbersalin pada hari Jumaat malam atas katil pengantin, dua hari sebelum majlis!
Sian keluarga pengantin....

Nak kena komen ke??

Tak payah le kot....sama-samalah kita pikir. Donia hari ini!

20 comments:

~adeQ~ said...

kakyan...i miss u....huhuhuhu....

AuntieYan said...

Salam Adeq...

Tu laaa...lain kali jangan larikkk...:-)

I miss uou tooo....

MA said...

Itu lah kisahnya ye Kak Yan - ketentuan Tuhan tak ada sapa-sapa pun dapat sangkal, dapat menidakkannya.

Kita yang masih bernyawa ni ler yang kena renung-renungkan nasib kita.Ambil segala iktibar dari apa yang berlaku...


*Ustazah Andeh*

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak Yan...
betul tu..no komen ...ada mata pandang, ada telinga dengar ada otak lu fikir sendri laa....

Kak Yan...I miss you too laa and that Ustazah tooo

AuntieYan said...

Salam Andeh,

Sekali-sekali kita pun boleh gak jadi uztazah.... :-)

-------------

Salam Ezza,

I miss you too...sib baik Ezza rajin up-date blog, terubat jugak rindu tuh. :-)

Hjh Noralenna Abbas said...

Zip mulut.....senyap

Desert Rose said...

Tak tak saya pun tamo komen...

ibundo said...

yan, yela.. tak payahlah komen. sama-sama pahaam dah lah.

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

:-)
------------

Salam Rose,

:-)

------------

Salam Kak Pah,

Alhamdulillah, semua faham :-)

Hjh Noralenna Abbas said...

Sunyi senyap rumah ni, shssssssssh

AuntieYan said...

Salam kak Nora,

Tuan rumah tengah sibuk...sempat melawat blog je, nak update tak sempat. :-)

Lee said...

Hello Auntie Yan apa khabar? I regret I am not familiar with Yasmin Ahmad, but judging from the many blogs posting about her, I guess she was a great lady.
Pity she passing away in her prime.

Her name should be carved in granite and put in the hall of fame, if any.
You keep well Auntie Ya, best regards, Lee.

AuntieYan said...

Hello Uncle,

Indeed Yasmin was such a great lady in her field. She was a popular film maker. If you have time, just go to her blog and youll discover more about her.

Have a nice day Uncle. :-)

kak ja said...

Salam AY@MB,

Jodoh, pertemuan, ajal, maut bkn hak kita nak tentukan, kan? Kja sdiri pun baru kematian sorang kenalan yg selama ni tak pernah kja sangka penyakitnya bermcm2 jenis dan agak kronik gak.. Slalu berjumpa di jln, tetiba dpt berita koma mlm tu dan meninggal besoknya..

Part last tu, hmm.. kita doakan Allah swt mengampunkan dan menerima taubat hambaNya tu..

MrsNordin said...

Macam2 ya cerita sekarang. No komen.

Zareda Norman said...

salam kak yan

lama betul zar tak singgah ek...

macam macam cerita ada...

AuntieYan said...

Salam kak Ja,Mrs.N & Za,

Sorry lambat reply...dah terlupa nak buka blog sendiri....ha!...ha!..

Insyaallah, ada masa Auntie sambung cerita lagi.

camii said...

hmm iktibar utk kita semua ya kak yan...

ibundo said...

Yan, sudikan ambil award/ag di rumah kakpah

AuntieYan said...

Salam camii,

ya, untuk renungan kita bersama. Hati-hati jalani hidup.
------------

Salam kak Pah,


laaa...award apalak??..isyy...kecil tapak tangan, dulang Auntie tadahkan. :-)