Showing posts with label No komen.. Show all posts
Showing posts with label No komen.. Show all posts

Monday, July 27, 2009

No Komen lah!

Assalamualaikum,

Minggu lalu terkejut kita dengan kematian Allahyarham Yasmin Ahmad. Tak sangka cepat dia pergi. Jika kita renungkan betapa pendeknya penghidupan kita di dunia ini. Tengah segar-segar, tengah idea berkobar semangat membara, tiba saja masa, tak boleh ditahan, tak boleh dihalang lagi bernoktahlah satu kehidupan. Yang sakit menderita dah lama, masih diberi peluang untuk hidup, semua ini adalah rahsia Allah. Tak tercapai dek akal kita.

Al-Fatihah untuk mereka yang pergi semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

---------------------------------

Kawan Auntie telefon nak datang ofis, nak bagi kad kawin. Jam 12.30, dia dah ada kat bawah, takmo naik, tak tahu mana satu entrance dan parking pun dia tak jumpa. Auntie turun jumpa dia. Kami sembang dalam kereta je. Tengok le kad saya tu, tengok le gambo bakal menantu saya tu..hemmm ada gambo pengantin kat kad tu. Anak dia pompuan....errr.. tapi, maplenya nampak macam sikit berusia...memang le, dalam 40an...anak saya 20an...orang luar negara...asal dari Latin !Amerika, cakap Spanish ...wow!!....jodoh adalah juga ketentuan Allah.

No komen lah!
----------------------------------

Kat ofis pulak, kawan Auntie bercerita, mak dia pergi makan kenduri dengan berat hati, sebabnya......kenduri pada hari Ahad, tapi

.
.
.
.
.
.
.
.
.
pengantin pompuan
.
.
.
.
.
.
.
terbersalin pada hari Jumaat malam atas katil pengantin, dua hari sebelum majlis!
Sian keluarga pengantin....

Nak kena komen ke??

Tak payah le kot....sama-samalah kita pikir. Donia hari ini!