Wednesday, November 18, 2009

SPM bermula.

Assalamualaikum,

He!...he!...dah rasa malu le pulak nak masuk blog sendiri. Lama tak buat entry....
Sejak kebelakangan ini, memang le teramat sibuk dengan tugas-tugas kat ofis ni. Nak update entry ni kena fokus, kalau fokus lari, terus entry tak menjadi. Walau bagaimana pun, aktiviti blog hopping tetap macam biasa. Bila rasa penat buat kerja, melencong sekejap.

Hari ini SPM bermula. Auntie macam biasa lah bangun pagi sokmo. Auntie jengok bilik Jim untuk perlahankan kipas. Sejuk-sejuk ni, kipas dia tetap full blast. Baru jengok, dia dah sapa Auntie.."hai makkk...laaa dah terjaga rupanya budak ni. " tak boleh tido la...risau..

Jim akan ambil SPM, sejak tiga bulan kebelakangan ini, adalah nampak dia buat persediaan. Pelajarannya sederhana saja. Auntie pun tidaklah mengharap apa-apa. Sungguh pun gitu Auntie tetap memanjatkan doa beribu-ribu untuk nya. Mudah-mudahan dia dapat kejayaan setakat kemampuannya. Amin.

Kepada anak-anak kita semua, kita doakanlah kejayaan mereka.

5 comments:

~adeQ~ said...

Chaiyok JIM!!!

AuntieYan said...

Salam Adeq....:-)

He!...he!...dia happy je! mak dia yang risau.

Love Says it All~ said...

hi semua! still ade kosong tuk KELAS MAKEUP 6TH DEC NI. rm150 shj! tempat terhad!0162128740!
http://www.eyrarizal.com

MA said...

Kak Yan :

Mudah2an semua berjaya.



p/s Ni apa kehe nya ada kelas memekap lak ni...haha...

AuntieYan said...

Salam Love Says It All... :-)

Ha!!...ha!!!!rasanya Auntie dah agak terlewat nak join kelas make-up tu...!

----------

Salam MA,

Dah selesai 2 subjects....Jim kata ok..(mana ada tak ok, kan??)

p/s:...pssstt...tersilap anto gamaknya tuh.. :-)