Salam semua,
Macam mak-mak yang lain jugak, hati Auntie berdebuk-debab sejak dengar berita kata result SPM nak keluar. Auntie, tidaklah excited macam ibu-ibu yang anak-anak mereka "berprestasi tinggi". Bagi Auntie kalau Jim berjaya lulus semua subjeknya alhamdulillah....kalau dia berjaya lebih dari itu....berganda-ganda Auntie bersyukur pada Allah. Tidaklah nak harap sangat, maklulah dah masak benar dengan keupayaan akedemiknya. Walau bagaimana pun jauh di sudut hati tetap memanjatkan doa semoga dia dapat result yang memberansangkan untuknya.
Result keluar pagi semalam. Auntie pulak macam biasa pergi ofis. Kebiasaannya anak-anak memang tak mahu mak-ayah ada bersama masa depa ambil result. Puas le Auntie merayu nak ke sekolahnya, tapi, kata Jim takpe, dia boleh handle....kalau sedih, biar sedih sendiri katanya...(sebab atas angkara sendiri )
Puas le kita tunggu kabar berita....senyap sunyi saja. Cik Din call Auntie bagitahu Jim ada SMS dia, ...tapi haram diberitahu resultnya cuma sepatah perkata......>>>>>> "Rahsia".....adui! boleh gitu pulak.
Auntie pulak cuba nasib. Itu jugak jawapannya.
Dah agak petang barulah dia SMSkan resultnya. Alhamdulillah....tidaklah seteruk yang ditakuti....he...he....tidaklah "A" berderet-deret sampai penat nak membilang....alhamdulillah adalah "A" yang tersangkutnya. Yang penting semua subjek terasnya dia dapat B.....syukur pada Allah. At least terbayar penat lelah Auntie berleter dan berpot-pet kat dia. Dia sendiri pun macam tak percaya akan result yang di pegang itu adalah atas nama dia. :-)
Alhamdulillah sekali lagi. Harap-harap dapatlah dia sambung belajar pulak.
Pada semua anak-anak kita yang berjaya Auntie ucapkan tahniah!
14 comments:
alhamdulillah...
Tahniah buat JIM...
Info: 13-14 Mac ada Expo Selangkah ke UiTM di Dewan Belia Seksyen 7, Shah Alam..
jom, tinjau2 apa yang patut...
Tahniah untuk Jim, semoga berjaya seterusnya.
Tahniah! Tak tahu pulak anak aunty pun ambik SPM. Ingatkan anak MA sahaja.
Orang dapat A berderet2 tu dah tak heran dah. Yang penting, keputusan dia memuaskan dan memadai untuk dia meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
p/s Saya, kalau anak ambil results, mesti pegi punya. No way I'm gonna wait for it at home or at the office.
Salam Azie,
Terima kasih atas info tuh.
Kat sekolah dia pun semalam ada beberapa kolej buat 'roadshow'
Jim ni, kenkononnya berangan nak jadi chef...:-) tengoklah macam mana nanti.
Salam Kak Nora,
Terima kasih. Harapnya begitulah. sebagai ibu, kita ni cuma doakan kejayaan mereka lah.
Salam Mrs. N,
He...he!...ada, anak Auntie yang BONGSU tuh!....
Alhamdulillah, Auntie bersyukur sangat dengan result dia...almaklumlah ....dah prepare for the worst! (...knowing him lah kan...) :-)
Tahniah buat Jim.. emak yang lebih gelabah pada anak.
Kak Yan : Tahniah kat Jim. Lega lah Kak Yan, dah habis anak2 sekolah. Saya ni baru ler sorang...nak kena tunggu lagi dua orang..:P
tahniah pada Jim..
Salam En. Endiem.
Terima kasih bagi pihak Jim. :-)
Mak mana yang tak gelabah??...pulak tu, anak Auntie ni akedemiknya ala-ala saja. Tak dapat Auntie nak agakkan apa hasilnya. Alhamdulillah, usaha dia berjaya walau pun tanpa deretan A.
Salam MA,
Terima Kasih bagi pihak Jim.
Lega, dah tamat sekolah....tapi, dalam jangka masa 2,3 tahun ni...tak boleh nak lega lagi....tentunya Jim kena belajar lagi untuk memperbaiki dirinya.
Salam Oren,
Terima kasih. :-)
Salam ....
legaaaaaaaaaa
Salam pb,
Ya, satu perkara dah lega.
Nak uruskan pengajiannya pulak... :-)
Post a Comment