Friday, April 09, 2010

Forum Perdana.











Lisa Surihani. Manis wajah budak ni.








Assalamualaikum.

Drama Na-O-Mei dah habis. Kesimpulannya, cerita dan jalan ceritanya bagus, tapi lembab dan agak boring. Auntie tengok jugak sebab ada beberapa pelakon yang jadi kegemaran Auntie. Keciwa juga. Ending pun hampehhhhh....

Anyway, ada cerita baru yang bermula pada hari Selasa lalu, tajuknya "Adamaya" (Adam & Maya)Tak mahu ketinggalan, Auntie pun ikutlah. Nak tengok Lisa Surihani yang manis tu berlakon, sebelum ni tak pernah tengok dia berlakon. Lakonannya lebih kepada filem. Auntie pulak bukan kaki wayang. (Dah tua-tua ni rasa seriau pulak nak masuk panggung).Baru 3 episod...boleh tahan ceritanya, taklah lembab. Kelakar pun ada. So, sapa ada masa time petang lepas kerja tu boleh le ngadap. TV3, jam 6.30 sampai 7.30 ptg.Habis cerita terus solat maghrib. Time iklan boleh sesambil hiris bawang atau menumis. Iklan kat TV3 tu panjang...sempat kalau nak mandi pun(mandi kerbau)

Sekarang ni kalau ada masa, memang banyak drama bagus-bagus di beberapa channal. Yang mengarut dan merapu tak payahlah kita hadap, buang masa saja.


Malam Tadi Auntie nonton Forum Perdana di RTM 1. Program ni, adalah satu-satunya program Agama yang masih bertahan dan mendapat sambutan. Macam biasa, Auntie tengok dulu penceramahnya. Malam tadi tah tajuk apa...tapi lebih kurangnya...tajuk pasal didikan anak-anak dan rumah tangga.Bagus tajuk ni. Penceramah pun ok. Yang tak sedapnya ada pulak iklan menggangu...ahhh buang masa saja.
Kata ustaz, dalam r/tangga ada 3 situasi yang kita nak kena jaga.

Satu.....ketika marah
Dua......ketika letih
Tiga ....ketika lapar

Dalam situasi ketiga-tiga di atas tu, jikalau tidak di jaga, rumah tangga akan jadi kacau bilau. Katanya, talak terjatuh, semasa pasangan di dalam keadaan marah. Isteri kuat berleter semasa sedang keletihan, dan suami pulak muram dan tak bermaya semasa kelaparan.

Memang benar, mana ada talak dijatuhkan semasa dalam keadaan riang gumbira.
Isteri pulak akan tersenyum bila hilang rasa letih.
Suami jugak akan mempamirkan wajah ceria bila perut dah kenyang.

Satu lagi yang Auntie tertarik, Ustaz tu kata, suami-suami kena banyak bersabar kalau isteri-isteri ni kuat bercakap (i.e berleter)....sebabnya katanya lagi, orang pompuan ni kat tekak dia tak de "bumper" untuk memperlahankan dia bercakap, sedang orang lelaki ada "bumper" di tekak mereka."bBumper" yang dimaksudkan ustaz tu adalah buah khalkum.... :-) walallahualam.

11 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam yan,
Saya pun frust tengok ending "naomei". "Adamaya" romantik komedi. Tapi saya sukalah 'rumah'baru yan. Manis rasa cokelat!

fazemy said...

Saya Naomei tu tak layan. Yang admaya ni nak layan la. Sbb suka tgk lisa surihani ni..cantiknya dia..suka sgt!

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Betul Kak Nora....ending Na-O-Mei tu, tah apa-apa..sayang ye..jalan ceritanya dah ok. :-(

Mai kita pakat tengok Adamaya pulak.. suka saya tengok lakonan si Lisa...lagi pun budak ni sungguh comel!

Saya pun suka jugak dengan 'rumah baru' ni...hasil bantuan En. Endiem..cuma saya masih teraba-raba lagi nak buat bannernya...saya boh gambar, dah tittle blog saya terlindung...
nantilah...adalah bantuan dari kawan-kawan ... :-(

AuntieYan said...

Salam Fazemy,

Mai kita layan sama-sama. Memang budak Lisa ni sungguh manis...semalam masa majlis akad nikah tu...eeee..comelnya dia....!

Lee said...

Hello Auntie Ya, waaa, itu SYT chantek macham bunga Rose.
She an actress on RTM TV series?
Anyway, just dropped by say hello. Have a beautiful Sunday and simpan satu lagu dalam hati, Lee.

Anie said...

Kak Yan...anie tak dpt tengok episod akhir Na O Mei tu...

Kak...Blog dah cantik...suka tengok...

Terima kasih kerana berkongsi

Zareda Norman said...

zar pun suka tengok Lisa, dia sweet dan muka tak de gedik gedik.. hehehe

Sekarang ni suka juga layan senja permai

AuntieYan said...

Hello Uncle,

Yes, she is an actress TV & movie. A hot chic :-)

....she is still young. I was young too....once upon a time he!...he! :-)

AuntieYan said...

Salam Anie,

He!..he!.. tak dapat tengok episode akhit tu tak pe...buat frust je...tah apa-apa ending dia cis!!!

Blog cantik???...tu lah, tak rugi ramai kawan cyber ni..ramai yang bantu.Rasa macam nak hias lagi...tapi, he!...he!..belumpandai lagi, masih dok try, try.. :-)

AuntieYan said...

Salam Zar,

Budak Lisa ni memang sweet..lakonan dia pun ok. Macam Zar kata, so far, tak de le gedik-gedik..try le tengok cerita tu..best & kelakar.
Senja Permai pun tengok jugak, tapi kerap terlepas, sebab lupa...he!..he!..

Anonymous said...

apa ending na o mei Aunty N? saya tak tgk la...brief la sket...heheheh