Cermin Mata
Salam untuk semua,
Adakah anda seorang yang memakai cermin mata?
Auntie telah memakai cermin mata seawal usia 12 tahun. Pada masa itu, kat sekolah Auntie memang tak ada sorang budak pun yang memakai cermin mata. Jadi, bila Auntie menjadi murid yang pertama bercermin mata, Auntie telah menjadi tumpuan ramai.Malah, bila Auntie kemana-mana pun, seakannya satu yang aneh pulak. Seorang budak bercermin mata.Bila ke kedai, tokey kedai menegur " haiya!...lagi kecik sudah pakai cermin???..tarak nampak ke??"
Ada masanya rasa rimas juga, ada masa rasa malu, maklumlah masih anak-anak. Kerabunan Auntie di kesan oleh cikgu di sekolah apabila Auntie kerap menyalin perkataan yang tak berkaitan. Auntie juga selalu terjengket-jengket ke arah papan hitam bila menyalin nota.
Akhirnya, cikgu memberi tahu ayah Auntie yang akhirnya membawa Auntie memeriksa mata kat kedai cermin mata.Nak periksa mata pun kena pergi ke Taiping, kat home-town Auntie masih tak ada kedai cermin mata. Auntie dah tak berapa ingat procedurenya. Yang Auntie ingat, cermin mata siap beberapa minggu kemudian dan Cina cermin mata tu poskan ke alamat rumah.
Betapa gumbiranya Auntie semasa bungkusan cermin mata tu sampai. Pertama kali dipakai...rasa begitu teruja sekali, rasa puas bila memandang rumput yang hijau, langit yang biru dan bunga-bunga berbagai warna. Rupanya, penglihatan Auntie dah teruk.
Cermin mata pertama tu berharga RM26/- saja, betapa jauuuuuhhh sangat bezanya dengan harga cermin yang dipakai pada ketika ini. Sejak itu, setiap dua atau tiga tahun, cermin mata perlu ditukar...."power" nya semakin naik..dah tak ingat berapa kali Auntie berganti cermin mata.
Zaman berubah, fesyen silih berganti begitu juga cermin mata. Kalau diperhatikan, fesyen cermin mata sekarang adalah kitaran semula fesyen dulu tapi diberi nafas baru dengan jenama berbagai. Dedulu, Auntie pun tak tahu, samada cermin mata ni dah berjenama. Yang Auntie tahu, bila masa dah patut ganti cermin mata baru, Auntie ikut sajalah apa pilihan mak. Cantik pada mak, lawalah pada Auntie.
Bila dah ada duit sendiri, barulah pandai pilih frame yang berkenan dihati dan sesuai dengan budget.
Auntie ada simpan beberapa cermin mata lama yang dah tak dipakai lagi.
Cuba tengok nih.....besar gedabak!....tapi, jaman tu, lagi besar, kiranya lagi 'vogue', lagi up-to-date...ha!..ha! (ni pilihan Auntie, memandai sendiri, sebab masa tu dah ada duit sendiri.)
Auntie pakai cermin mata ni pada tahun 1976 hingga 1980...lepas tu banyaklah yang bertukar ganti.
Cuba tengok yang ni pulak,
........rasanya yang ni Auntie pakai sekitar tahun 90 an....brand Bonia.
Kalau nak ikutkan, entah dah berapa banyak cermin mata Auntie, cuma ada beberapa pasang saja yang sempat Auntie simpan.
Ini saja yang sempat Auntie kumpul, yang lain-lain entah ke mana perginya...
Ha, yang ini, yang Auntie pakai sekarang, juga dari jenama Bonia jugak.
Tak mampulah nak pakai jenama lain macam Dior atau pun YSL atau yang seangkatan dengannya.
Sebenarnya Auntie ni bukan kisah sangat jenama apa...janji berkenan di hati, paling penting sesuai dengan budget. Yang atas ni nama saja Bonia, idak le mahal mana pun...beli pun masa ada discount.
Sekarang ni, bila nak tukar cermin mata, kena tengok budget, mahal bukan main. Mana tak mahal, berlapis lens yang digunakan. Kalau dulu hanya untuk nampak jauh, sekarang, jauh le, dekat la, untuk membaca la.....pendek kata bukan lagi bi-focal, tapi dah multi-focal.
Jadi, bila nak cut cost, kenalah pilih frame yang tak berjenama, tak pun jenama macam Bonia saja.....yang penting...all clear!
6 comments:
kak yan
cermin mata pun dah jadi fesyen sekarang ni..
Salam Yan,
Akak pakai cerminmata semasa std 6. Tak nampak tulisan kecik cg di papan hitam. Macam Yan jugalah, bertukarganti spec. Tak teringin pula nak pakai contact lens, leceh. Sekarang pun multifocal, mahal pula tu. Ada angan-angan nak tukar lens dan frame lagi.Mata dah season!
Salam Zar,
Sekarang ni dah jadi macam satu trend pulak...sana sini orang pakai spek..mungkin sebab ianya dah jadi macam assori pulak...
Salam Kak Nora,
Memang ya lah..sekali tukar spek adui!!!! naknya macam kita yang dah pakai multi-focal ni...belum kira frame dah nak cecah 1K....macam harga emas pulak!
kak yan...saya pakai spek on off, selalu pakai bila silau... tapi selalunya maleh nak pakai, tp skrng macam kelam-kelam je.. nak kena pakai gamaknya..ehehehe
Salam P-Nut,
He!...he!...kalau lagu tu power tak kuat lagi...apa kata pi pakai kontek lens saja, gerenti lawa!
Tak pun try le permata hijrah punya rawatan tu sebelum jadi teruk macam kami yang rabun siang malam ni.
Post a Comment