Wednesday, July 21, 2010

Al-Fatihah.

Salam untuk semua,

Minggu ini bermula dengan berita sedih.

Hari Isnin pagi dikejutkan dengan berita Dalilah Tamrin a.k.a Raden Galoh pergi buat selama-lamanya menemui Penciptanya. Kita semua akan menyusul nanti.
Hanya kenal melalui tulisan-tulisannya. Bertegur sapa hanya di alam maya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu Dalilah.

Hari ini, Rabu, sekali lagi dikejutkan dengan pemergian saorang sahabat yang sama-sama bekerja di bawah satu bumbung, walau pun tak lama. Zulkefli a.k.a Romizul, pergi menemui Penciptanya setalah hampir 2 minggu dalam keadaan koma....
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu Romi.

Al-Fatihah.

8 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Begitu juga saya menerima berita sedih,pagi tadi, perginya seorang 'former staff' sama-sama mengajar di maktab perguruan satu ketika dahulu, pergi yang tak kembali lagi. Al Fatihah.

Zaitun said...

Al-Fathihah buat kedua2nya,semoga roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

ibundo said...

alfatihah.. kita juga akan ke sana.

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Satu satu kawan kita pergi, kita ni pun tunggu giliran jugak...
Semoga mereka lebih tenang di sisi Allah.

AuntieYan said...

Salam Zaiton,

Apa lagi yang dapat kita tolong...cuma doa yang dapat kita kirimkan buat mereka. Al-Fatihah.

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Janji Allah begitulah. Hidup ini sementara. Mati itu PASTI!

oren said...

takziah utk kedua2 nya..

pagi nih pun saya mcm sentap juga..cerita eksiden yg saya dgr dari pengasuh taska..pasal husband n wife eksiden, the wife meninggal..tapi masa g tgk kat spital, mukanya bersih saja...yg kesiannya, si suami masih dlm ICU dan dia tak tahu wife dia dh meninggal..depa eksiden time nak g keja..

saya selalu terbayang, camana lah anak2 kalo saya takde nanti :(

AuntieYan said...

Salam Oren,

Siannya suami isteri tuh..tah macam manalah anak depa..
Itulah yang di katakan ajal dah sampai.