Friday, September 24, 2010

Bersama Mak

Salam untuk semua,

Membaca entry2 sambutan hari raya membuatkan Auntie rasa Auntie juga patut mengenang kembali sambutan hari raya tahun ini dan juga tahun-tahun yang telah berlalu.

Sejak usia semakin bertambah dari tahun ke tahun, rasanya sambutan hari raya tidak lagi menjadi sesuatu yang membuatkan Auntie excited. Tidak seperti dulu lagi. Kalau dulu masa arwah ayah masih ada, sehari sebelum raya adalah hari yang sangat happening. Pagi-pagi lagi ayah akan membawa balik dua keping lidah lembu untuk dibuat berbuka puasa. Maka menu pada berbuka terakhir adalah lidah lembu bakar cicah air asam. Dialah juga yang akan 'mengerjakan' lidah tersebut, dari mencuci hingga memotong setelah siap dibakar. Rasa lidah bakar ini memang 'heaven' .....tapi itu hanya tinggal kenangan. Tiada ayah, tiada lagi lidah bakar.

Auntie balik kampung beraya dengan mak Auntie yang semakin uzur. Dia tidak lagi sibuk di dapur macam dulu-dulu. Dia hanya terbaring atas katil. Bangun apabila nak ke bilik air dan sekali sekala keluar bilik untuk meraikan tetamu. Banyak masanya dihabiskan dalam biliknya, ada masa dia baring, ada masa duduk sekejap. Dia banyak berzikir. Bila penat dia membaca pulak. Baca kitab, baca quran, baca paper. Ada masa dia akan menulis catatan hariannya. Dia akan mencatat, keluar masuk duitnya. Dia juga akan mencatat nama-nama tetamu yang datang menzirah. Itulah mak Auntie.

Sejak kebelakangan ini, sakit sendinya menjadi-jadi. Masalah inilah yang membuatkan dia rasa sangat payah untuk bergerak. Ada masa nak pegang apa-apa pun dah tak mampu lagi.

Bercuti raya baru ni, Auntie banyak menghabiskan masa di biliknya bersembang dan melayan kehendaknya. Alhamdulillah, dia masih ok...ingatan masih kuat..walau pun jejarinya dah begitu stiff, tulisan dia masih cantik macam semasa dia masih menjadi guru, kalah le tulisan Auntie yang herot petot, sebab jarang menulis.....

Tiap kali kami adik beradik nak balik kampung, dia amat risau, tiap kali dia kata rumah dia tidak berkemas....banyak habuk, banyak sawang. Emak Auntie memang cerewet sangat pasal mengemas rumah ni. Yang jadi masalah, dia tak suka pulak kalau kita nak kemas rumah dia...semua tak boleh diusik. ' yang ni, almari ayah belikan emak...jangan ubah ke mana-mana, yang ni mak beli masa mak ngajar dulu, yang ni ada kenangan...'.....walau pun hakikatnya, almari-almari tu dah daif sangat, ada yang kakinya dah bertongkat dengan bata, ada yang pintu tinggal sebelah, maklumlah dah berpuluh tahun dah usianya.

Tapi, kali ini, kami nekad, kami kemas jugak rumah mak. Kami kemaskan bilik dia, buang apa yang patut, kami angkat segala almari buruk...kotak-kotak tah apa-apa.....yang di simpan zaman-berzaman. Kalau ikut dia, dia nak simpan lagi. Maka pada hari raya ke 3, 4 dan lima....Auntie dan adik-adik, bertungkus lumus mengemas rumah. Yang di buang, kami ganti dengan yang baru untuk mak. Setelah selesai mengemas, dia nampak happy dan ceria, tapi dia
masih juga bertanya, mana almari lamanya....

Mak dengan salah seorang cucunya (Solihin)

16 September lalu, alhamdulillah, emak Auntie mencapai usia 82 tahun! Semoga Allah memberi dia kesihatan yang baik dan terus dapat bersama kami.

Esok, insyaallah Auntie akan balik ke kampung Cik Din pulak. Mak Cik Din pun taklah macam dulu lagi, ada masa tidak sihat, ada masa ok.

8 comments:

Kaktiny said...

uish.. syok ooo gotong -royong kemas umah ni.. mesti kecoh kan.. apa yg nak buang, nak simpan.. yg tak buleh sentuh, yg dh buleh masuk muzium.. hahaha..

dpt bersama org yg tersayang adalah hari yg paling indah.. tak kira ler hari raya atau hari biasa.. kan auntie kan kan kan...

hihihi..
muahss..

Naz in Norway said...

Salam...
It's always beautiful to read about all our Mak-s :)

Take care ya.

Zareda Norman said...

gitulah kan.. zar pun rasanya belum cukup kuat untuk kehilangan.. biarlah dapat habiskan masa masa terbaik kami bersama mak dan abah.. selagi mereka ada, selagi tu cuba berikan yang terbaik..

Pnut said...

kira gagah lagi mak kak yan, mak mertua saya lagi muda, tapi lagi uzur,

mak kak yan tak banyak 'dugaan' tak per la.. macam adik beradik hubby Allah duga, dengan kerenah mak mertua yang peelnya memang mencabar..

tapi saya anggap itu ujian Allah untuk anak-anak mak mertua saya.. moga kami semua tabah...

AuntieYan said...

Salam Tiny,

Selalunya gitulah, bila balik rumah mak kami gotong royong membersih sana sini. Kalau adik yang dok jaga dia nak buat dia tak bagi...jadi kamilah yang kena buat.

Kalau boleh, AY lah yang nak jaga dia, tapi, apakan daya, dia lebih selesa dirumahnya sendiri. :-(

AuntieYan said...

Salam Naz,

Terima kasih sudi tinggalkan komen... :-)...mai, mai le selalu... (errrr...macam le blog ni selalu up to date....)

AuntieYan said...

Salam Zar,

Kak Yan dah tak ada ayah...walau pun semasa hidupnya dia garang dan kami takut kat dia, bila dia dah tak ada, Kak Yan tetap rindukan dia.....

AuntieYan said...

Salam P-Nut,

Dia memang kira masih ok, cuma dia susah nak jalan sebab sakit lutut...dia ni pun banyak kerenahnya....tapi nak buat lagu mana kena banyak sabo..... :-)