Baru-baru ni salah sorang kawan Auntie kat ofis ada tanya, " Kak bersara nanti Kak nak hadiah apa?"
Memang macam tulah bila ada yang bertukar atau bersara akan dibuat jamuan perpisahan dan sudah tentu ada juga hadiah sebagai kenangan. Bagi Auntie, tak kan le kita nak cakap apa kita nak kan????...walaupun kalau boleh nak je kita sebut apa kita nak.
Sebenarnya, dah lama Auntie berangan kalaulah ada orang kasi hadiah satu benda ni kat Auntie...ya Allah!...sukaaaaaaanyaaaaaa! TAPI!!! sape le nak hadiahkan????? nak sebutkan pun rasa malu le pulak. :-)
Dan hari ni, setelah sekian lama berangan akhirnya dapatlah juga benda yang Auntie idamkan.....
Bagi orang lain, apalah sangat benda alah ni....pagi ni nak, petang karang je boleh beli, tidak bagi Auntie. Buka mata luas-luas dan tengok...jangan jeles (perasan ada orang nak jeles)
tadaaaaaaaaaaaa....................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Solitaire diamond ring!!!!!!!!!!
yeyyyyyyy!!!!!! cun kan?? Risau jugak nak pakaikan, mana tahu kot tersalah letak...mahal ni...
Tak diberitahu pulak harganya.
Mesti ada yang tak percaya ni...tak kan Auntie Yan beli benda ni....
hehehehehe!!!!!!!!
Jangan percaya!!!! tipu je.....
Yang sebenarnya, Auntie telah berjaya beli benda ni.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kitab Suci Al-Quran (Mushaf) Al-Tasneem dengan Pen Digital
Yang putih dalam kotak tu pen digital dia...best sangat, bila kita halakan hujung pen tu kat ayat al-quran, kita dapat dengar suara yang mengalunkan ayat-ayat suci yang kita pointkan, jadi senang le kita nak baca. Dapat le kita belajar baca dengan betul berpandukan bacaa qarinya. Auntie harap dengan adanya al-quran ni, dapat le Auntie memperbaiki bacaan. Even kalau anak-anak nak belajar pun senang. Ayatnya boleh diulang-ulang. Ada tafsirannya lagi.
Selama ini, inilah quran yang Auntie guna. Banyak jasanya. Dah banyak kali khatam pun.
Kertas kuning tu Auntie catat tarikh dan juga berapa ayat yang dibaca setiap hari.
Sebelah ayat ada terjemahan dia dalam bahasa Indonesia...Harap tak le pulak yang bersangka apa-apa...Auntie gembira sangat dapat benda ni.
Siapa hadiahkan??????
ha, sendiri hadiah le...... ;-)
23 comments:
Al Quran tidak ternilai harga nya..
kak yan
wow solitaire diamond ring... idaman saya juga tu.. pak habib pun tgh sale sekarang.. cobaaannnnn
tapi bila tengok AlQuran digital t... SubhanaAllah... ada barang yang lebih bernilai daripada harta dunia ni kan kak yan
Salam Pn. Marina,
Betul tu, dah mengenjak 'senja' ni kenalah berjinak-jinak dengan Al-quran. :-)
Salam Zar,
Ha!...ha!...wanita mana tak ngidam cincin tuh??? sabo je lah kan....;-)
Zar, mula-mula tu sibuk dok survey hand-bag, last-last tergerak hati nak beli quran....maka, langsai le bonus Kak Yan tu.....:-)lupakan hand-bag!!!
Salam,
Semoga bertambah rajin Yan membaca AlQuran dengan adanya gajet pembelajaran baru itu.
salam kak Yan..teringin la jugak..bukan cincin..cincin tu..kena mimpi je.he he..Quran digital tu..
Kak Yan: Kalau depa tanya lagi, Kak Yan ckp lah nak iPad. Nanti dah pencen boleh terus berblog dari mana jua anda berada. Boleh download macam2 application kat situ...AlQuran etc...
salam pagi jumaat kak yan...
hadiah AlQuran itu mmg sesuatu yg berharga untuk kita... itulah yg jd bekalan kita di'sana' nanti...
ada rezeki.. saya pun nak beli satu. Terima kaseh berkongsi maklumat mengenai Al Quran digital yg mana kita boleh belajar baiki tajwid....
AY..nanti mintak iPad dari depa taw..
ooohhyer..ayah saya pesan, kalo baca quran, eloklah jugak kita cari guru yg live..mmglah teknologi tu boleh tunjukkan semuanya, all the idgham, all the mad's etc..tapi kalo ada guru live, lagi syiok..
Hubby saya cal tanya nak tak gelang diamond? saya jawab tak nak bila hubby balik rasa menyesal tak terkata.Bengonggg......
Salam Kak Nora,
Insyaallah...dah ada gadget ni, kena lebih tekun lagi membaca...:-)
Salam Kak Erna,
Sebagai wanita, tentunya kita sangat teruja dengan benda-benda gitu....Kak Yan selalu pujuk hati...'tak pe, tak dapat sekarang, mudah-mudahan di akhirat nanti dapat yang lebih baik'...he!...he!...boleh doa macam tuh??? :-)
Kak Erna, memang best sesangat quran tu, pagi dah mencuba...tak rugi membeli.
Salam Ibu dan Abah,
Belilah, jangan tunggu-tungu lagi. Best sangat tau! Kita dapat dengar bacaan qarinya sambil kita baca bersama perlahan-lahan. Kita juga boleh ulang semula kalau nak baca berulang kali sesuatu ayat tu. Lepas siap baca, kita boleh pulak dengar terjemahannya yang dibuat dalam bahasa Melayu atau English.
Memang Kak Yan syorkan sangatlah.
Salam MA,
Rasanya depa tak berani tanya dah....sekali lagi tanya, ha, kita tunjuk katalog pulak...
Kalau dapat ipad, rasanya berebut pulak nak guna dengan anak-anak, hehe!
Salam Oren,
Memang betullah apa yang ayah Oren cakap tu.
Tapi, kalau tak ada guru pun tak bermakna kita tak payah baca betul tak??
Quran yang Auntie beli ni, sangat le bestnya...kita baca bersama dengan aqri tu, dan bopleh ulang kalau kita tersilap baca, kemudian kita boleh pulak dengar terjemahannya.
Salam Zai,
Sesal kemudian tak berguna weh!!!
Lain kali jangan malu-malu, cakap je...NAAAAKKKKKKKKK!!! :-)
Salam Jumaat AY,
hmmm...jauh sangat jurangnya solitaire diamond ring dgn digital al Quran tuh.. dua2nya pun ada nilainya. Saya pun nak cuba digital al Quran mcm tuh lah.... yang biasa tuh dah ada....alhamdulillah.
Salam Tun Tijah,
Tak dinafikan, memang jauh bezanya dari segi rupa, harga, kegunaan dll.
Kalau di suruh pilih, nak juga dua-dua!!! ha! ha! :-)
Cubalah dapatkannya...mesti seronok..sesambil berehat tu, dapat juga manafaatnya.
Kak Yan.. best nya dpt Quran Digital tu kak...memang ada orang cakap aje ptg dah boleh beli tapi kita ni menyimpan angan2 je dulu...
yan, quran tu lebih mahal dari sebentuk cincin berlian.
kakpah nanti mungkin nak organise satu get-together bersama classmate dan beberapa geng stf kat bbb ni. U nak join tak. U kenal tak dengan mijot dan matun yang tinggal kat banglo 3/6 apetah kat ujung tu...
Salam Anie,
Dah lama ngidam quran tu... :-)
Lepas ni tak tahu le ngidam apa pulak...he!..he!
Salam Kak Pah,
Kalau nak diikutkan, al-quran tu tak ternilah lahhhhh..memang cincin bukan bandinganya. :-)
Kak Pah, terima kasih le atas pelawaan Kak Pah tu, rasanya Kak Yan belum lagi bersedia nak jumpa kenkawan Kak Pah tu...seram pulak le, surenya dia orang tak kenal dengan Kak Yan pun.
Arwah Nurimah Saleh tu kelas Kak Pah ke? Kak Yan sekelas dengan dia masa Form 1, 2 & 3.Kami terpisah bila naik Form 4. :-)
Kak yan....kalau x kisah...boleh tau tak brape regenya dan kat mana beli?
Post a Comment