Monday, December 13, 2010

Majlis Pak Hamid.

Salam semua,

Boleh dikatakan bulan Disember ini setiap minggu ada saja jemputan kenduri kawin.

Minggu lepas 4 Disember Auntie memenuhi jemputan seorang sahabat lama di Nilai Impian, Nilai. Ini kali kedua Auntie ke jemputannya. Kali pertama tahun lepas, dia kawinkan anak keduanya, anak lelaki. Minggu lepas tu, perkahwinan anak ke tiga, anak perempuan. Anak pertamanya lelaki, belum berkawin.

Kendurinya serba sederhana. Tiada MC majlis, tiada lagu-lagu, tiada kompang dan tiada goody bags. Tapi, kendurinya meriah, makanannya sedap, walaupun dalam cuaca suram hujan rintik-rintik.


Semalam, Auntie ke satu lagi jemputan kenduri kawin. Perkawinan anak Pak Hamid. Pak Hamid ni Auntie kenal semasa dia selalu datang membuat urusan tender/projek di pejabat Auntie beberapa tahun yang lalu, dah dia jemput dan telefon juga, Auntie pun pergi sajalah.

Majlisnya di buat di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh. Kalau tak kerana jemputan Pak Hamid ni, rasanya tak le Auntie sampai ke tempat tu...nasib baiklah tak susah sangat nak mencarinya berpandukan peta yang tertera di kad jemputannya....













( gambar hiasan saja)


Setelah hampir satu jam perjalanan dari rumah dalam cuaca yang panas terik, sampailah kami kemajlisnya. Wah! rupa-rupanya majlis di buat didalam taman kiranya konsep 'garden wedding' . Cantik je kanopi berwarna putih dipasang di kiri kanan tanggu menurun ke padang. Didepan tangga dipasang dengan pintu gerbang dihias bunga-bungaan. Yang menariknya, Pak Hamid dan keluarga bisannya sepakat membuat majlis serentak ditempat yang sama.Pengantin perempuan anak Pak Hamid.













(gambar hiasan saja)

Ramailah para tetamu yang terdiri daripada jemputan Pak Hamid dan jemputan bisannya. Walaupun dalam panas terik, kendurinya sungguh meriah.

Tengah sedap makan, pengantin pun sampai, dah namanya garden wedding, pengantin pun berpakaian barat siap dengan pengapitnya yang berpasangan berjalan mendahului pengantin dengan iringan musik...tah lagu apa Auntie pun tak tahu, yang pasti, lagunya syahdu syahdan...ala, lupa bawak kamera le..

Semoga Pengantin kekal bahgia ke akhirhayat. Amin

14 comments:

aNIe said...

Kak Yan... bestnya sepakat buat majlis... jimat... anie suka majlis yang sederhana... segala2nya jimat...

AuntieYan said...

Salam Anie,

Betul. setakat ni, inilah kali pertama Kak Yan pergi kenduri yang dibuat serentak....kan ke senang, yang penting boleh jimat. :-)

Anonymous said...

salam

zaman serba serbi mhl mcmni mmg patut berjimat cermat kan kak...

Zareda Norman said...

zar suka wedding garden, santai aje.. nanti kenduri Ika agak agak boleh kot buat kat padang frim.. ahhahah

AuntieYan said...

Salam Manje,

Mungkin bagi yang budget terhad, seboleh mungkin akan berjimat cermat, bagi yang memang ada budget tu selalunya akan 'berhabisan' maklumlah....tag linenya "sekali seumur hidup"

Bagi Auntie, rasanya kalau anak kawin nanti akan buat ikut kemampuan lahh.. :-)

AuntieYan said...

Salam Zar,

Ha!...ha!...Zar dah berangan wedding untuk Si Ika...entah, entah, time tu tah apalah konsepnya nanti. :-)
Garden wedding ni memang best, naknya dibuat pulak kat taman yang memang cantik...TAPIiiiiiii ya ampun! kalau hujan....habis laaa...!

Cik Melor said...

salam perkenalan ya nama ku melor. nice blog

oren said...

AY, saya mmg tak berkenan kalo gi kenduri, yg MC nya cakap ntah hapa2, perasan ala2 DJ radia, pdhal hampeh..pastu siap kalo panggil anak beranak berkaraoke..grrr..manalah rahmat nak ada? plak tu, ada yg tak reti hormat waktu solat, azan dok dengaq dari surau, tapi still dok huhahuha, pasang lagu kuat..

AuntieYan said...

Salam Melor,

Ya salam perkenalan, nama ku Auntie Yan, awas! aku seorang makcik, beberapa bulan je lagi dah nak pencen...so, don't play-play with makcik ok???....:-)

Tq kerana nak berkenalan.

AuntieYan said...

Salam Oren,

Memang betul, ada tu siap berkareoke...semua makcik pakcik tak hinggat! tapi, nak buat camne kan, depa punya majlis.... :-(

ibundo said...

tentu cantik buat garden wedding.. tapi kok ujan.. lintang pukang lari hehe..
ada kanopi ke takde yan.
bulan 12 ni memang bulan salam keruk.. tiap2 minggu ni ada jemputan. alhamdulillah.. kenyang perut. didoakan murah rezki orang yang menjemput. Yan bila lagi..

Zaitun said...

Kak Zai pun tak habis2 menghadiri majlis kahwin,jadi orang kuat segala hehehe....

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Memang betul, bulan ni bulam 'salam kerok' sib baik ada secotet bonus...dapat juga di hulur-hulurkan...ya rejeki harus di bagi-bagikan?..

Kak Yan??...tak tahu le, nampaknya anak sulung macam tak ado apo-apo lagi...ikut dia oranglah, bila dia kata nak kawin, kita usahakan lah.... :-)

AuntieYan said...

Salam Eton,

Kak Yan ada berbaki 3 majlis lagi untuk di penuhi, semua dari kawan-kawan seperjuangan!