Thursday, February 17, 2011

Berkemas

32 hari saja lagi...tu pun belum tolak cuti hujung minggu....

Salam untuk semua,

Betapa rasa malassss sesangat nak datang ofis tiap pagi. Nasib baik bila sampai ofis rasa malas tu hilang jugak bila tengok banyak lagi kerja yang belum dibereskan.

Mulai minggu depan, Auntie dah kena mula berkemas barang-barang peribadi. Tah apalah harta karun yang penuh dalam laci dan kabinet, kotak-kotak tersorok bawah meja pun ada jugak. Kasut-kasut bersepah...tumit tinggi ada yang tak tinggi pun ada, selipar jepun, sandal 'croc' celup semua ada. Kena anggkut bawak balik. Nak sedekah pun sapa yang nak kan?...Auntie pakai kasut size 5, sekali sekala ada jugak size 6...size kaki comel, (size badan lagiiiiiiiii comel)

Masa nak pindah ke Putrajaya ni dulu dah 4 kotak Auntie bawak balik rumah, itu pun setelah di sort out, mana takmo buang. Dah nak masuk 6 tahun kat sini, dah kumpul semula sampah sarap. Rasanya kali ni nak humban masuk tong sampah saja benda-benda yang tak pekdah tu.
Mana tak banyak, ada nota kursus, seminar, bengkel, draf-draf surat... surat kabar, majalah...buku-buku, kitab-kitab.

Termenong sekejap, tak tahu nak mula yang mana dulu.

4 comments:

oren said...

oowwhh..

selipar tu boleh sedekah kat surau..AY pun tumpang dpt pahala, bila ada org guna selipar tu ke toilet utk amik wuduk..

kalo kertas2 plak, AY bleh juai..kalo belakangnya kosong, bleh sedekah kat kawan2 buat rough paper..

buku2 nota yg kosong, sedekah kat staf yg ada anak2 kecik (kalo dekat ngan AY, saya pi amik buku2 tu..hikhikhik..)

selamat mengemas..

cuba amik gambar sebelum n selepas..dan apakah harta karun yg ada..

pB said...

salam


itu baru hargta karun kat pejabat

harta karun kat umah , lagi banyakkkkkkkk

AuntieYan said...

Salam Oren,

Ya, betul selipar jepun tu takkan nak angkut bawak balik jugak, sure tinggai saja.
Banyak jugak harta yang nak disedekah/wakafkan saja kat ofis ni.
Kertas yang boleh juai tu Ay bagi saja kat Achi cleaner, biar dia juai..yang boleh buat rough paper pun tinggai saja.

Buku-Buku memang kena bawak balik, masih ada yang belum dibaca. AY beli & kumpul dengan tujuan nak baca bila dah ada kat rumah nanti...tak le asyik melangut depan TV saja ha! ha!
Kalau rajin nantin beleh le anbil gambaq. :-)

AuntieYan said...

Salam pB,

Harta karun kat rumah pun satu hal juga. Walau macam mana berkemas pun sentisa ada lagi, ini disebabkan, bila kita kemas rasa macam sayang pulak nak dibuang simpan balik, akhirnya 50% simpan balik, 50% saja yang dibuang.
Kat rumah tu kiranya memang banyak juga yang dah clear. Baru Sabtu lepas Cik Din clearkan dia punya barang-barang. (botol minyak hitam, tin cat, segala screw2 lama, tah apa-apa kotak, plastik kertas....dan baju-baju yang tak dipakai) :-)