41 hari lagi.....wah! :-)
Salam untuk semua,
Semalam yang bekerja dah mula bekerja walau pun masih ada yang masih bercuti. Kat ofis Auntie ni ada jugak yang tak balik balik lagi, mengalahkan Cina. Hanya ada dua orang saja Cina. Seorang, orang Kuala Kangsar, seorang lagi orang Sarawak. Dua dua masih bercuti.
Seriously, Auntie dah malassssss sangat nak datang ofis, apa lagi dah bercuti 4 hari. Nama saja cuti, tapi bila kat rumah ada macam-macam nak buat. Memasak dan mengemas tu toksah cerita le memang dah kena buat. Memesin baju pulak tak habis habis, nasib baik le cuaca agak ceria, keringlah semua kain yang dijemur.
Planning awal, hari Sabtu 5 haribulan nak ke Melaka, meraikan majlis perkahwinan anak aNie (blogger). Hari Ahad ke Tg. Malim hantar Jim. Alih-alih, Jim kena balik awal sehari sebab dia nak menyudahkan beberapa tugasan dan juga latihan olahraga. Dia akan mewakili Polinya ke sukan antara Politeknik di Politeknik Muaadzam Shah Pahang. Nak tak nak terpaksa tukar jadual, terbantut le hajat nak makan kenduri kat Melaka tu. Beribu ampun aNie. Insyaallah, majlis aNie yang lain Kak Yan akan hadir juga. Memang terkilan sangat. :-(
Itulah yang dikatakan kita merancang, Allah yang menentukan nya.
Hari ini, suasana ofis kembali ceria. Auntie je yang rasa macam .....arghhhhhh....!!!!!! ingatkan nak mengemas apa yang patut, nak buat nota serah tugas, tapi .....kerja dah melambak...aduii!!!! nampaknya depa tak bagi peluang kat Auntie di saat saat penghujung perkhidmatan ni....isyyyyy... ke depa lupa yang Auntie akan bersara dalam masa terdekat ni?????
Nak kena stop dulu....meeting dah nak mula...hemmmm....bermeeting meetingan lagi????? sabo je le kan......
6 comments:
saja depa suh masuk meeting, takut nnti AY kecik ati lak..sangka baek sajalah...
saya pon amik cuti marin, basuh keta, basuh moto, cuci porch, lipat 5 bakul baju, cuci 4 kipas..huhuhu..tu pon byk lagi tak leh buat..nama ja cuti, tapi buat keja umah yg tak pernah2 nk abes..
Redha dan sabor jer lah Untie.... kata orang “last kopek”
heheheh
Kalu Dah Perangai Suka Mengecek...
Cik Yan,
Esok-esok dah tak ade meeting macam ni kecuali cik yan join persatuan NGO (WI, LKPI).
Salam Oren,
Kalau nak kecik hati dengan orang kat ofis ni, macam-macam kes dah....tapiiiiii macam kata Oren, bersangka baek sajalah. ;-)
Adui! letih sungguh dengan 'acara' Oren semasa bercuti...apa nak buat kan?...kalau tak buat sapa legi ?? :-(
Salam Azie,
Ha!..ha!...bukan apa tu...selama ni kita dok buat kerja, depa tak ambil kisah pun, ha, dah nak pencen ni baru nak tanya, ni macam mana, tu kat mana???...
Salam Kak Nora,
Harap-harap dah tak ada meeting2 ni, saya memang tak berapa suka... tapi tak tahu le kot meeting kat ofis lain caranya yang membuatkan saya rasa sungguh 'lemas'
Post a Comment