Wednesday, February 02, 2011

Takmo dah...

47 hari lagi.......

Salam untuk semua,


Ramai yang tanya Auntie apa yang akan Auntie buat bila dah bersara nanti. Ada juga yang sangat konfiden yang Auntie akan rasa boring setelah dua tiga bulan berada kat rumah. Benarkah begitu ???

Auntie pernah berehat kat rumah selama hampir tujuh bulan kerana cuti sakit. Alhamdulillah tak pulak rasa boring, malah rasa nak terus duduk kat rumah, rasa bertambah berat nak kerja semula adalah.
Oleh itu, tak payah le nak risaukan Auntie, insyaallah Auntie akan gumbira dengan kehidupan baru Auntie. Banyak perkara yang boleh dibuat dan tak semestinya kena keluar rumah dan habiskan masa dengan bekerja semula...isyyy....takmo kerja dahhh...

18 comments:

Zareda Norman said...

kalau ada internet.. duduk rumah 10 tahun pun tak boring

Hjh Noralenna Abbas said...

Cik Yan,
Betul kata Zareda! Mana ada boring!

oren said...

hikhik..yalah..yalah..AY tak boring..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam puan,

itulah soalan yang ditanya kepada kak nab semasa saat hampir bersara pada mei 2009...alhamdulillah, tak pernah jemu duduk kat rumah :)) sangat BEST!

AuntieYan said...

Salam Zar,

Betul kata Zar. Kak Yan ni suka memang suka beno melayari internet, so, tak de masalah kan?. :-)

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Ya, harap-harap saya tak akan boring...:-)

AuntieYan said...

Salam Oren,

Ha, ha, Oren masih muda, masih jauh perjalanannya...Auntie dan Auntie-auntie yang lain dah letihhhh dah bekerja...tu yang tak sabo tu.

Untuk Oren, kerjalah bersungguh-sungguh..:-)

AuntieYan said...

Salam Kak Hjh. Nab,

Aisehman!...lagiiiiii leee saya tak sabo bila Kak Nab cakap cam tu ;-)

oren said...

AY,

yalah..yalah..saya akan bekerja bersungguh2, rajin2 sampai pencen nanti..hikhikhik..

ps: saya pon takle muda sgt..

TUN TIJAH said...

Salam AY,

Saya pun pening juga dgn soalan2 sebagitu...memang merisaukan tapi bila dah duduk di rumah ini, saya sangat bahagia dan fikiran pun tenang.
Tak payah fikir untuk nak jaga hati staf atau bos yg memang bos...sampai mengiggau malam2...
Saya doakan yang terbaik untuk AY...amin

aNIe said...

Kak Yan...betul tu... dok rumah memang tak boring...seronok...!!

azieazah said...

Jika sudah bersedia, dan sudah ada perancangan awal, insyaAllah tak boring.

Kalu agak2 rasa nak boring, jengah lah blog kengkawan, ya tak? :)

pB said...

boleh gie kelas di masjid masjid berdekatan dengan rumah

AuntieYan said...

Salam Oren,

Ha, semangat macam tu lah.....mana tahu insyaallah satu hari nanti Oren akan jadi KP ha...ha...:-)

AuntieYan said...

Salam TT,

Saya harap saya juga akan mendapat kebahgiaan macam TT, insyaallah.
Saya dah buat beberapa program saya sendiri....harap=harap saya akan patuh ha, ha....

AuntieYan said...

Salam aNie,

Kak Yan pun rasa kehidupan aNie seharian begitu sibuk sekali, tak sempat nak rasa boring. Kelebihan untuk aNie, aNie masih ada anak kecik yang nak dilayan.

AuntieYan said...

Salam Azie,

Setakat ni adalah setkan apa yang nak dibuat, tapi semuanya berkisar keperluan rumah tangga saja.
Ha, ha, selama ni rumah macam tak terurus, menyapu pun sekali dua aje dalam seminggu. Habuk sana sini....itu kena urus dulu.:-)

AuntieYan said...

Salam pB,

Cadangan pB tu memang dah ada dalam planningnya. Harap-harap semua berjalan lancar.