Assalamualaikum,
Kalau tak silap Auntie, pagi Ahad baru ni, Auntie ada tertengok program Nasi Lemak Kopi O TV 9, segment masakan. Selalunya depa tunjuk masakan kampung yang unik-unik...yang kita jarang tahu atau pun langsung tak pernah tahu. Pagi tu depa tunjuk satu menu yang diberi nama "apam mayat"...Auntie tak berkenan betul dengan nama yang diberi tu, rasa semacam la, tapi, nak buat lagu mana dah itu nama yang diberi.
Menurut kata makcik yang nak tunjuk cara masakan tu, apam ni selalunya di buat bila ada kematian untuk dijamu kepada yang datang berziarah, sekarang ni dah macam tak dibuat lagi., kalau dibuat pun bukanlah time ada kematian. Kiranya apam ni kueh traditional yang dah nak pupus la. Tengok cara buat macam senang sangat le, bahannya tepung beras, dibancuh dengan santan, kemudian ambil sesenduk adunan masuk dalam kuali..dah nampak masak diangkat buh atas daun pisang. Apam ni boleh dimakan dengan kuah durian atau kari.
Nak di jadikan cerita, semalam, Auntie rasa mengantuk sangat, sebabnya malam tu Auntie tak lena tidur boleh dikatakan hampir nak pagi baru terlelap, lepas tu baru nak lelap dah nak bangun pulak untuk sediakan breakfast Cik Din. Sebaik saja Cik Din ke ofis, Auntie pun rebahkan badan atas sofa dan terus terlelap. Ada le dalam sejam lenanya, Auntie terjaga sebab ada call masuk...Datin Habsah kat row rumah Auntie call ajak temankan pergi ke satu rumah kawan ni. Auntie nak tolak pun tak ada alasan, lagi pun kesian pulak kat Datin ni....Rumah yang nak dituju tak le jauh...sepelaung saja dari rumah kami, jalan kaki saja dah sampai.
Rupanya, dah ada tiga orang kat rumah yang di tuju, Kak Yah, tuah rumah, Datin Kak Ton dan Zan (isteri Cik Bakar Landscape). Campur Auntie dah Datin Habsah, jadi lima orang...kira dah cukup korum la....he!...he!..
Auntie rasa teruja jugak..maklum le first time bergaul dengan makcik-makcik...alhamdulillah tidak le rasa kekok, sebab depa ni, semua jenis low profile...sembang pun bab-bab ceramah, bab kelas mengaji dan kelas masak...ha!...ha!..sembang-sembang orang tua lah katakan!
Rupa rupanya tujuan perjumpaan tu ialah, Datin Kak Ton nak tunjukkan cara nak masak kueh serabai....dan, rupanya, kueh serabai adalah nama sebenar kepada "apam mayat"...ha!...ha!...ada pun nama khasnya...
Setelah siap masak, kami pun pakat makan, Datin Kak Ton ada bawak kuah durian...sedap jugak rupanya kuah serabai ni. Datin Kak Ton buat kueh ni guna acuan, lebih kurang macam acuan kueh cara. Yang Auntie tengok kat TV tu dia buat guna kuali, jadi macam ala-ala lempeng saja.
Ha ha tak tahu le samaada Auntie ni rajin nak buat kueh tu...yang penting kena cari acuannya dulu. Kata Zan (isteri Cik Bakar Landscape), acuan tu dia beli di Kepala Batas...jauhhh tu. Tu pun susah nak dapat katanya. Datin Kak Ton dah pesan dengan Zan, kalau balik kampung nanti dia kena beli sepuluh biji acuan tu....
Mungkin Datin Kak To nak buka kelas masak keh serabai le tu...:-)
13 comments:
ala auntie, tak buh gambar ke? tingin gak tgk camna rupanya apam mayat/kuih serabai ni (nama pelik2 je ek) takpe saya try google...
Cik Yan,
Di melaka pun namanya 'apam serabai'. Yang akak tau kalau 'serabai' tu maknanya kusut masai. Apam serabai selalu dibuat waktu ada kenduri arwah. Sekarang ini tak kira masa, pasar ramadan nanti pasti ada.Akak suka sebagai pencuci mulut. Cik Yan tau tak 'biskut mayat'?
Salam AY,
Rasanya kueh tu bukan makanan orang Perak terutama di Ipoh sbb tak pernah dengar pun...
Bagusnya jiran AY. Paling tidak dapat berkongsi resepi.
Salam Nonie,
Tu lah...teringat jugak, kalau boh gambar tentu best.Memang Auntie tak bawak kamera pun, Jim bawak kamera tu ke Poli dia. Lainkali kalau ada aktiviti makcik-makcik macam ni Auntie pastikan ada gambo, tak payah susah-susah nak expalain.
Memang nama pelik-pelik....macam-macam lah orang tua tua ni kan? :-)
Salam Kak Hajah Nora,
Memang, kebetulan lah pulak, Datin Kak Ton yang baru saya kenali tu orang Melaka, dia puan ada kata yang kueh serabai ni memang banyak dijual kat Melaka bila bulan puasa.
Memula tu saya dok bayangkan yang kueh serabai ni "berserabai" lah rupa dia, ha!..ha!..tapi tidak, cantik gebu dan comel je...:-)
Biskut mayat tu cream-crakers kan??? dedulu orang hidang time ada kematian juga, sekarang dah tidak lagi, kan?
Salam TUn Tijah,
Rasanya mugkin ada juga...kat kampung-kampung, kita saja yang tak tahu. Kueh ni kiranya kueh lama, kueh orang dolu-dolu.Bahan-bahan pun bahan mudah didapati.
Jiran yang benar dekat rumah, hanya Datin Habsah saja, yang lain tu geng dialah...saya baru nak kenal-kenal. Alhamdulillah!dia orang nampak ok...saya kalau nak kenal orang, rasa cuak jugak...saya selalu rasa rendah diri...maklumlah rasa banyak sangat kekurangan saya.
Yoo AY salam,
Psstt jangan kita dok umah *serabai mabai* dah ler ek..ekkeke
Selamat menyambut ramadhan AY:)
hikhikhik..kelakar plak bila baca Datin Kak Ton..dah ada datin, tambah kak lagik..mmg low profile gayanya..
mak saya, dah 2-3 tahun dok join geng makcik2..pegi kelas agama, join kenduri, pegi ceramah..seronot jek dgr..
kalau tempat pB , serabai ni ada kuahnya. Kalau makan serabai saja, tawar
wah...
Auntie sejak pencen ni , berkawan dengan datin-datin
Salam Nek Rock...
Ahhhh...ingatkan dah lupa sama Kak Yan ni...
Ha! ha!...Kak Yan kalau ka rumah sorang sorang memang berserabai...dah siap kerja barulah drees up sikit...pakai wangian bagai...:-)
ppsstt...maju bisnis tu gayanya...:-)
Salam Oren,
Setakat ni Datin-datin yang di introduce kat Auntie semuanya yang style biasa-biasa saja, mungkin sebab dia orang ni dulunya housewife saja....tak adalah nak lebih-lebih.
Kalau agak-agak depa nak tunjung 'belang'...Auntie akan undur dirilah...
Auntie belum le lagi nak join aktiviti depa ni...kena buat 'survey' dulu..kang tak terikut pulak. :-)
Salam pB,
Rasanya kueh serabai Kelantan pun lebih kurang samalah tu. Memang, kalau makan dia saja, tawar lah...tu pasai kami makan dengan kuah durian, sedap weh!...nak makan dengan kari pun boleh katanya.
pB,
Area rumah Auntie ni memang ramai Datin-datin. Datin Habsah yang dekat rumah Auntie ni orang Kelantan...low profile sangat orangnya. Auntie panggil dia 'Kak' saja.
I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.
Post a Comment