Thursday, August 04, 2011

Hari ke 4.


Assalamualaikum,

Pagi tadi, Cik Din tanya Auntie, hari ni Khamis ke? Auntie macam was was je, terus tengok kalender, sah! memang dah hari Khamis. hemmmm...kejap je dah Khamis, dah masuk hari ke 4 kita berpuasa. Habis minggu depan, masuk minggu ke 3 saja, dah sibuk dengan persiapan raya pulak.

Ramadhan tahun ni memang ada kelainannya buat Auntie. Auntie dah tak payah nak pergi kerja. Duduk di rumah sepanjang hari. Auntie ada banyak masa, apa lagi duduk bersendirian di rumah tiada siapa yang mengganggu. Alhamdullah, banyaklah dapat diisi dengan perkara bepekdah selain dari memasak dan tido. Yang paling best, tak de nak bercakap dengan sesapa, so, mulut tu tak ada le nak pot pet.

Alhamdulillah quran digital yang Auntie beli dulu menjadi teman setia.

Yang tak bestnya pulak, Auntie di serang gastrik yang agak teruk juga, sekali dia datang dalam 10 minit ke 20 minit tu rasa macam nak berbuka saja lah...tapi, Auntie ni dah tua, dah lali dah dengan puasa ni...tahan tahan, sapu minyak angin dan selawat-selawat untuk mengatasinya. Setakat ni masih bertahan. Time sahur Auntie makan ubat.

Apa menu hari ini?? tak tahu lagi. Sayur ada, ikan ada, udang ada, ayam ada...belum pikir lagi nak masak apa.

Hari pertama, Auntie buat mee sup untuk makan berbuka. Waktu sahur makan nasi dengan sayur goreng dan telur dadar je.
Hari ke dua, untuk berbuka Auntie buat puding sagu. Cik Din bawak balik laksa sorang sebungkus. Waktu sahur, nasi goreng saja.
Semalam, berbuka dengan cucur udang. Bersahur pulak dengan sambal sotong dan ayam goreng.

Boring betul la cerita menu berbuka dengan bersahur ni....[ kena cerita jugak lah, nanti tak berudate pulak blog ni]

Auntie nak iron baju pulak. Hari Khamis adalah hari mengiron, :-)

11 comments:

Anonymous said...

iron maiden ke auntie?

TJ

Pnut said...

kak yan... syiok no lepak-lepak fikir menu apa nak masak.. bestnya...

~adeQ~ said...

Salam Kak Yan, selamat berpuasa....Semoga kakyan sihat sejahtera melakukan ibadat puasa. =)

AuntieYan said...

Salam Anon,

Iron Maiden?? ha, ada lagike??? dulu femes betul kan? :-)

AuntieYan said...

Salam P-Nut,

Memang seronok, tapi, penin jugak nak pikiaq nak masak apa...nak makannya dua orang saja... tak berbaloi betui!

AuntieYan said...

Salam Syida...

Selamat berpuasa juga untuk Syidah dan famili...dan beli baju raya anak-anak?

Anonymous said...

ada lagi iron maiden tu, dorang umur dah nak masuk 50an kot tak pun dah terlebih, awal tahun ni dorang ada buat kosenrt kat singapore dan Bali, promosi album baru, dengar kata Metallica nak dtg Malaysia hujung tahun ni, ntah jadi ntah tidak, whitsnake kompem datang

TJ

Anonymous said...

Auntie,

kalau metallica jadi datang Disember ni kita pegi nak? .. saya leh amik auntie kat umah

TJ

AuntieYan said...

Salam TJ,

Wah! peminat Metallica rupanya...

Ha!..ha!..Auntie ni manalah minat benda-benda macam tu, panggung wayang pun dar berpuluh tahun tak pernah masuk...lagi le nak tengok konsert2 rock...tak de maknanya dahhh...;-)

Zareda Norman said...

bes kan kak yan, rileks aje kat rumah sambil beribadah dgn tenang.. kami kat opis surekengkadang kantoi mengumpat boss.. solat pun kdg terkejar kejar

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.