Monday, October 03, 2011

Majlis Perkahwinan Di Pekan Pahang.




Asalamualaikum,

Makan kenduri lagi! kali ini adik bongsu Cik Din pulak yang kawin. Majlis berlangsung di rumah mak Cik Din di Pekan Pahang pada 2/10/2011. Malas le nak cerita banyak, kita tengok gambo sajalah.

Sem (adik Cik Din) dengan pilihan hatinya Ema.
(bukan main senyum lagi Sem ni...)




Pemuda berbaju biru tu anak sulung Auntie, Si Anja bersama sepupu sepupu yang kecik-kecik.

Cik Din bersama adik beradik dia. 12 orang, seorang adik Cik Din meninggal 2 tahun lalu. Sebelah pengantin tu mak Cik Din...Mak Cik Leha.


Dua orang anak buah Cik Din yang manis. Susah betul nak pujuk dia orang utuk bergambar.

10 comments:

azieazah said...

Wahh tema kaler oren pinang masak, cantiknyaaaa...!

aNIe said...

Kak...besarnya anje berbanding sepupu yang lain... Cik Din anak sulong dalam keluarga ke?

TUN TIJAH said...

Salam AY,
Meriah majlis tu dan suka lihat tema warna oren. Tak ramai yg berani cuba. Lepas ni giliran AY pula terima menantu.
Saya ni baru nak buat majlis pertunangan anak pun dah pening. Tak boleh tidur memikirkannya walaupun nak buat majlis kecil sahaja.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam, Wah besar nya keluarga cik din, AY ramai ipar duai lah yea, yg paling beruntung, AY ada lagi mak mertua..Alhamdulillah..

AuntieYan said...

Salam Azie,

Ya, Auntie pun kagum dengan warna pilihan mereka, memang cantik sangat, oren pinang masak, choklat dan putih. Kebetulan salah seorang anak buah Cik Din adalah perunding perkahwinan. :-)

AuntieYan said...

Salam Anie,

Si Anja memang dah besar panjang, dah boleh kawin pun, ha!..ha!...tapi katanya duit tak cukup, takut nak bela anak orang. Sebenarnya sepupu dia yang baya dia pun ada, yang lebih tua pun ada. 4 orang sepupunya dah kawin dan dah pun beranak pinak.

AuntieYan said...

Salam Tun Tijah,

Memang meriah sangat majlis tu maklumlah Si Sem anak bongsu.
Tak tahu le bila pulak giliran AY ni....macam belum nampak bayangnya pun. Si Anja kata awek pun tarak, macam mana mau kawin???

Memang betul kalau dipikir majlis kawin ni naik seriau...banyak belanjanya, walau pun kecil kecilan.

Tahniah le anak dah nak bertunang, semoga semuanya berjalan lancar.

AuntieYan said...

Salam Kak,

Memang betul, keluarga Cik besarrrr...semuanya 13 beradik dan Cik Din anak sulung.Ipar duai saya pun ramaiiii...alhamdulillah. Mak mertua pun masih ada. :-)Mak kepada mak mertua pun masih ada.

Zakiah Hasan said...

cantikla warna tema..nak kate oren pon tak sgt, seakan2 gold pon ade.. Cantik.. :)

NEW ARRIVAL Updated! - NEW YEAR PROMOTIONS

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.