Thursday, January 05, 2012

Cerita orang sakit.


Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat untuk mengucapakan Selamat Tahun Baru (Baharu, tak suka le dengan ejaan ni). Cepat sungguh masa berlalu, Mac ini genaplah setahun Auntie bersara, rasa macam baru sangat lagi, tapi dah makan tahun rupanya.

Ekoran daripada Auntie agak terkejut, ter stress, ter tekan (mungkin le) dengan berita Cik Mat (adik Auntie) yang sakit mengejut tu bacaan pressure Auntie telah naik mendadak pada hari Selasa lalu....181/105!!!...isy! gila tinggi tu..Kebetulan pada hari tu Auntie ada app0intment dengan doktor, memang terkejut juga, tapi nak buat macam manakan? ikut saja nasihat si pakar...kata dah berexcercise??...macam mana weh? nampak gayanya kena lebih serius jaga kesihatan terutamanya bab bab pemakanan.

Alhamdulillah, adik Auntie dah pun keluar hospital setelah berbagai test dijalankan. Tunggu nak buat satu lagi test kat HKL, tak tahu bila...belum confirm tarikhnya. Sebaik dapat berita hari tu, esoknya (Jumaat) Auntie terus saja ke Ipoh. Walau pun Auntie orang Perak dan pernah belajar kat Ipoh hampir 3 tahun, tapi bandaraya Ipoh, memang Auntie langsung tak mahir...apa lagi Cik Din lah, jadi pada hari tu kami main redah saja ikut sign board. Nasib le Ipoh ni agak 'cool ' sikit, jadi sampai lah jugak kami ke Hospital yang dituju.
Tak tahu le nak cerita macam mana penyakit Cik Mat ni. Katanya dia kerap pening kepala, pergi kelinik dapat ubat, makan, ok..pening lagi, ambil ubat, ok. Tapi pada hari kejadian, dia bangun subuh tu, dia kata semua dah berpinar-pinar, vision dah nampak double dan tripple...dia rasa macam ada urat dibelakang telinga menyentap ke kepala, sakit yang amat. Cik mat kata masa tu, dia dah rasa macam itulah hari terakhir dia, dia hanya mampu mengucap saja...kebetulan pulak dia tinggal berdua dengan anak sulungnya, isteri dia berkerusus. Dalam keadaan yang panik tu dia hanya mampu menarik nafas perlahan, turun, naik...nasib baiklah, tiba-tiba dia rasa berpeluh dan perlahan lahan sakit berkurangan. Dia terus mandi dan ke ofis, dari ofis barulah kawan-kawan dia hantar ke hospital.
Yang Auntie faham doktor kata ada urat dalam kepala bahagian kanan bengkak dan hampir 'burst' tapi dia bernasib baik, sebab seolah ada leaking pulak kat urat tu...lebih kurang macam tulah katanya. Jadi, sekarang kena tunggu rawatan susulan pulak yang akan dibuat di HKL....harap-harap semuanya dipermudahkan. Amin.

5 comments:

aNIe said...

Kak Yan... selamat Menyambut Tahun 2012...semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya...

Semoga kesihatan adik akak akan kembali seperti sedia kala...

TUN TIJAH said...

Salam AY,

Hmmm...bagitulah cepatnya masa berlalu. Selamat Tahun Baru juga untuk AY. Hari ni saya berada di Ipoh sejak kelmarin. Cadang nak buat majlis anak di sini tapi semua dewan penuh pada tarikh yang dicadangkan...pening2.

Alhamdulillah Cik Mat dah boleh discharge dan AY pula kenalah jaga kesihatan.

AuntieYan said...

Salam Anie,

Kak Yan pun nak ucap Selamat Tahun Baru jugak pada Anie....senang2 datang le ke rumah, kalau time pagi lagi cantik sebab Cik Din ke ofis...senang kita nak borak, boleh gelak kuat2...tapi kak Yan tahu Anie tu sibuk memenjanggggg je.

Insyaallah, nampaknya adik kak Yan beransur pulih. T.Kasih.

AuntieYan said...

Salam TT,

Wah! anak dah nak kawin ke??? alhamdulillah...sekarang ni dah tak ada musim kawin, boleh dikatakan setiap hujung minggu ada saja majlis kawin....isy....apa kata buat saja kat Putrajaya...boleh AY pergi...errrr kalau dijemput le...:-)

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.