Assalamualaikum,
Dua tiga hari ni nampak macam dah mula nak panas, maksud Auntie cuaca la. Dah agak lama setiap hari kita mengalami hujan saja. Banjir sana sini. Alhamdulillah matahari dah tak malu malu lagi menunjukkan dirinya.
Aktiviti harian Auntie macam biasalah, pukul 8.00 pagi Auntie akan mula berjalan kaki keliling kawasan kejiranan. Kawasan kami ni agak best juga sebab jalan-jalannya ada naik bukit, ada turun bukit dan ada jalan lurus...jalan sekejap saja dah berpeluh. Selalunya Auntie tak lah ambil masa yang lama sangat, cukup le sekadar 30 ke 45 minit...kena ukur dengan tahap kemampuan dan usia jugak. Jalan jalan dan bila sampai round yang akhir tu Auntie terus saja tuju ke pasar, beli paper dan beli apa saja jika perlu....dan kadang-kadang tu....terrrrrr....masuk kedai makan dan termakan nasi lemak dan teh tarik. Lepas makan menyesal...sebab dah penat-penat berexcercise...pi makan le pulak...he, he.
Dua tiga hari lepas, masa macam penuh, ada saja kawan yang datang bertandang ke rumah, kawan baru dan kawan lama. Kadang-kadang tu masa tengah berexcercise tu pun disapa jiran dan diajak bersembang. Ada kala tu masa nak ke pasar pun boleh menyinggah ke rumah jiran...dia orang nak berkenalan dengan Auntie tak kan nak jual mahal pulak. Jadi sekarang Auntie dah ramai kawan.
Hari Khamis lalu Ros (kawan sekolah Auntie yang pernah Auntie ceritakan dulu) telefon dan suruh Auntie get ready dia nak datang jemput Auntie kerumahnya. Bukan dia yang datang, tapi dihantarnya anak bujang dia. Ros baru dapat cucu yang ke dua...excited bukan main dia. Kalau dah berjumpa, memang banyak yang kami bualkan. Terutamanya tentang anak-anak. Ros ada 3 orang anak perempuan dan seorang anak teruna. Yang dah kawinnya baru sorang anak sulung dia. Ros macam agak risau sebab dia ada 2 lagi anak gadis yang belum kawin....dan belum ada calon pun...Auntie pulak belum ada anak yang berkahwin..dan belum lagi rasa 'risau' tu, mungkin sebab anak lelaki...sembang punya sembang Ros cadangkan kami berbesan saja...ha!...ha!...itu sudah bagus....bagi Auntie, Ros kawan Auntie ni sangat le baik orangnya, low-profile, tidak moden sangat, tidak kolot juga...lebih kurang macam Auntie jugak...sederhana sangat orangnya begitu jugak suaminya. Yang jadi masalah teruna Auntie tu mahu ke dia?? Auntie langsung tak konfiden dengan siAnja ni....macam tak matang lagi boleh ke dia nak jaga anak gadis orang...
Auntie pun berlapik le jugak dengan Ros ni...Auntie cakap kat dia anak Auntie ni pelajaran tak tinggi, gaji pun ala ala cukup makan...Ros kata tak masalah...rezeki dari Allah...dah kawin nanti adalah bahagian mereka......ha!!!...ha!!!...bagus sungguh offer ni!! Tu cerita hari Kamis masa Auntie ke rumah dia.
Semalam Ros datang rumah Auntie pulak kami sembang lagi pasal offer tu.....ha, ha,..... mak sama mak, anak tak tahu apa....Isy, kali jadi pun bagus jugak kan????
15 comments:
Hi, hi, biar rahsia antara mak dengan mak, cik yan.hati-hati bila berjalan tu ye.
kak yan
wah wah.. komplot nak mencari menantu ye.. hhe bagus jugak.. sllnya pilihan org tua tu barakah sampai ke syurga.. tapi bebudak skrg ni mau ke dia mak ayah yg pilih..?
sempat lagi kak yan brisk walk.. besnyer dha pencen... saya lagi 22 tahun nak pencen kak yan.. adoyai
Lama x menjenguk ke sini, Auntie yan dah ada calon menantu rupanya... Macam dlm drama plak pakat2 nak berbesan gitu... Kena check dulu kot tuan2 punya badan, mana tau derang pun dah ada pilihan hati sendiri sebenarnya... Nanti betul2 jadik macam dlm drama plak :).
Begitulah kalu mak mak ni berjumpa kengkawan, kan? Sembang pasal anak, pasal jodoh anak pastu melarat nak berbesan. heheeh biasa tu.
Tapi betul juga, kita yang lebih-lebih, anak ntah suka ntah protes.
Pendapat dan isi hati anak kena juga ambil kira, kan?
Salam Kak Hjh Nora,
Memang betul Kak, setakat ni kami baru cakap cakap kosong saja..tapi mana tahu satu hari jadi kenyataanpulak,he he..
Pasal saya dok berjalan pepagi tu,selalunya route saya adalah yang dekat rumah dan kawasan yang tak sunyilah...takut jugak kalau sunyi2, memacm oleh jadi.
Salam Zar,
Harap sentiasa sihat dan ceria...dan bertambah rajin bekerja.
Pasal komplot Kyan dengan si Ros ni, ha, ha...sajalah kami berangan2..Ros kata anak dia badan besar dan susah nak dapat partner...Kyan pulak kata kat dia Si Anja Kyan macam relax je tak ada makwe, dulu adalah sekejap...pas tu tah apa jadi, macam dah putus. Malas le nak tanya..dulu ada dia kata..'alah, mak cari je budak ofis mak' Tak berani le Kyan dengan bebudak ofis Kyan dulu....tengok macam semunya bertaste tinggi...dan...errr..gedik2 pun terlebih...I don't like laaa....nanti susah pulak anak Kyan nak menanggungnya.
Anyway semua cakap kosong saja...manalah boleh mak mak nak memandai mandai pulak..dia orang nak hidup, betul tak?
Zar....lamanyaaaa lagi Zar nak kerja.
Salam Nonie,
Terima kasih le sudi datang melawat Auntie ni.
Ha, ha, bukan le calon menantu,saja
pasang angan2.Auntie pun faham jugak dalam mencari jodoh ni bukan le boleh
dibuat sesuka hati, memang kena tanya dan dapat persetujuan yang empunya diri juga, mana boleh paksa-paksa,parah jadinya nanti.
Salam Azie,
Kebelakangan ni kerap le AY jumpa kenkawan yang meluahkan perasaan gusar yang anak memasing belum ada clon, terutama yang ada anak pompuan.Bila sebut AY pun ada anak bujang yang masih tiada calon ringan saja mulut dia orang kata bolehlah dijodohkan dengan anak diorang...he...he...offer tuhhhh...
AY saja yang rasa cuak....he hee
Saya pulak cukup takut kalau TER- berbesan dengan boypren-boypren lama ...hahaha...lagi haruuu...
Kak Yan buat2 lah makan2 ker pastu jemput kawan kak yan tu and then plan-plan la supaya budak dua orang tu berjumpa...pastu tgk la reaction memasing....hehe.
Salam MA,
Bila difikirkan balik, memang ada juga baiknyanya cadangan si Ros ni, tapi, Kak Yan ni langsung tak confident dengan sibujang sorang tu...nampak tak matang langsung, sekali sekala masih manja lagi..Anak Ros tu macam ok saja...ye lah budak pompuan, maknya asuh dengan baik.Ha, ha, si bujang Kak Yan masih dok ho ha, ho ha lagi....:-)
Betul jugak cadangan buat makan makan tu...ayo, kalau anak Kak Yan tahu perancangan mak dia ni, mampus dia takmo balik keh, keh!
Kak... kalau jadi alhamdulillah... manalah tau... lepas kahwin nanti dia tau tanggungjawab dia...
Komplot kak jgn tak komplot...hehehe
Salam Anie,
Kak Yan teringat jugak yang Anie dulu pun risau Si bujang macam dok relax saja...ha, ha, tahu tahu dah pun kawin....kata orang macam tulah, bila dah kawin pandailah dia orang melayari bahtera perkahwinan...macam kita dulu jugak...:-)
komplot akan tetap diteruskan secara senyap senyap...;-)
semoga apa yang diangankan , dapat dirialisasikan
Salam pB.
Ha,ha, angan angan tak kena bayar pun....:-)
I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.
Post a Comment