Sudah sudahlah cerita pasal naik gaji ni…dah naik boring dah….
Ok…Auntie tak cerita dah pasal tuh.
Hari ni kita cerita pasal nak berjimat cermat pulak. Auntie bukan lah pakar bab ni, sekadar beri pendapat saja. Kalau rasa boleh ikut, ikutlah kalau tidak cari lah jalan sendiri. Apa yang nak Auntie sampaikan pun Auntie sendiri pun mungkin tak ikut…cakap senanglah kan?…atas kertas semua nampak senang……nak praktik tak semudah yang dijangkakan.
Kata seorang pakar kewangan ni, sebaiknya kita catat semua pengaliran keluar masuk duit kita, walau pun yang keluar tu setakat 10 sen..semua kena kira, semua kena catat…boleh ke kita buat cam tuh??...Auntie boleh buat….untuk mungkin sehari, dua hari, tiga hari, empat hari…..lepas tu…mula le malas, buku catatan hilang le, pen tak de le…malam karang le catat…last-last…tak catat langsung!
Kalaulah dapat mendisplinkan diri kita…insyaallah boleh buat. Dari catatan tu kita boleh tengok kemana perginya duit kita. Dari situ dapatlah kita mengenalpasti mana-mana perbelanjaan yang tak perlu dibuat.
Mengikut pakar tu lagi sekurangkurangnya 10% daripada pendapatan kita hendaklah masuk ke tabung simpanan.
Tapikan, kalau dah tak cukup apa nak ditabungkan …betul tak??.. Kais pagi, makan petang, kais petang makan malam…so…apa nak disimpan????
Bagi yang berpendapatan besar tak de masalah le kan…duit bersepah sana-sini…belanja sana, belanja sini…beli tu, beli ni, pantang dengar ada sale, sure tak lepas punya.
Mari kita tengok macam mana setiap bulan kita perabih duit gaji kita tu…:
Sewa rumah/potongan pinjaman perumahan ----- RM 500.00
Personal loan (sebab nak repair rumah) ----- RM 700.00
Bil air, api, telefon, Astro ----- RM 300.00
Belanja anak sekolah (RM 4.00/day) ------ RM 80.00
Tambang bas tak de, anak gi sekolah jalan kaki ------ RM 00.00
Anak kat Politeknik ------ RM 400.00
Belanja dapor ------ RM 300.00
Belanja pasar ------ RM 400.00
Hantar kat mak ------ RM 250.00
Bayar kereta ----- RM 600.00
Minyak kereta ------ RM 300.00
Kad kredit (nasib baik 1 kad saja) ----- RM 200.00
Makan kat ofis ------ RM 200.00
Dah mencecah lebih RM4,000.00….tu kira anak 2 orang yang nak ditanggung…kalau anak 4, kalau 5?????.... Tu, kereta ada sebijik je…kalau 2 bijik…??? Tu pun kereta Made In Malaysia…kalau kete import???....
He!..he!...itu kira paling minimum tuh…perasan tak??...tak de pun allocation untuk tabungan? Tak de pun untuk shopping bebagai…habis camno???..so, kalau naik gaji pun memang patutlah kan???...