Sudah sudahlah cerita pasal naik gaji ni…dah naik boring dah….
Ok…Auntie tak cerita dah pasal tuh.
Hari ni kita cerita pasal nak berjimat cermat pulak. Auntie bukan lah pakar bab ni, sekadar beri pendapat saja. Kalau rasa boleh ikut, ikutlah kalau tidak cari lah jalan sendiri. Apa yang nak Auntie sampaikan pun Auntie sendiri pun mungkin tak ikut…cakap senanglah kan?…atas kertas semua nampak senang……nak praktik tak semudah yang dijangkakan.
Kata seorang pakar kewangan ni, sebaiknya kita catat semua pengaliran keluar masuk duit kita, walau pun yang keluar tu setakat 10 sen..semua kena kira, semua kena catat…boleh ke kita buat cam tuh??...Auntie boleh buat….untuk mungkin sehari, dua hari, tiga hari, empat hari…..lepas tu…mula le malas, buku catatan hilang le, pen tak de le…malam karang le catat…last-last…tak catat langsung!
Kalaulah dapat mendisplinkan diri kita…insyaallah boleh buat. Dari catatan tu kita boleh tengok kemana perginya duit kita. Dari situ dapatlah kita mengenalpasti mana-mana perbelanjaan yang tak perlu dibuat.
Mengikut pakar tu lagi sekurangkurangnya 10% daripada pendapatan kita hendaklah masuk ke tabung simpanan.
Tapikan, kalau dah tak cukup apa nak ditabungkan …betul tak??.. Kais pagi, makan petang, kais petang makan malam…so…apa nak disimpan????
Bagi yang berpendapatan besar tak de masalah le kan…duit bersepah sana-sini…belanja sana, belanja sini…beli tu, beli ni, pantang dengar ada sale, sure tak lepas punya.
Mari kita tengok macam mana setiap bulan kita perabih duit gaji kita tu…:
Sewa rumah/potongan pinjaman perumahan ----- RM 500.00
Personal loan (sebab nak repair rumah) ----- RM 700.00
Bil air, api, telefon, Astro ----- RM 300.00
Belanja anak sekolah (RM 4.00/day) ------ RM 80.00
Tambang bas tak de, anak gi sekolah jalan kaki ------ RM 00.00
Anak kat Politeknik ------ RM 400.00
Belanja dapor ------ RM 300.00
Belanja pasar ------ RM 400.00
Hantar kat mak ------ RM 250.00
Bayar kereta ----- RM 600.00
Minyak kereta ------ RM 300.00
Kad kredit (nasib baik 1 kad saja) ----- RM 200.00
Makan kat ofis ------ RM 200.00
Dah mencecah lebih RM4,000.00….tu kira anak 2 orang yang nak ditanggung…kalau anak 4, kalau 5?????.... Tu, kereta ada sebijik je…kalau 2 bijik…??? Tu pun kereta Made In Malaysia…kalau kete import???....
He!..he!...itu kira paling minimum tuh…perasan tak??...tak de pun allocation untuk tabungan? Tak de pun untuk shopping bebagai…habis camno???..so, kalau naik gaji pun memang patutlah kan???...
10 comments:
1.Potong elaun politeknik ke RM300 ( ala, bebudak ni kalau duit sikit, depa tak buat beli rokok dah )
2.Potong Elaun Mak. ke RM200
3.Minyak kereta hadkan ke Rm150 ( Kalau turun bukit matikan enjin.)
4. Mkan kat ofis hadkan ker RM100 ( Pow nasi kawan kawan. Ada 30 orang kawan, satu hari satu orang akak pow. Silap silap akak tak yah belanja langsung )
Settle masaalah. Bulan depan boleh beli Jam tangan baru.
Adikku Jin: Bernas sekali saranan mu itu. Kita tunggu apa kata yang lain.
ppssttt...Akak jarang beli makanan kat ofis...dok bawak bekal sokmo...jimat tau!...tu yang dapat pergi bersukaria dengan Andeh tu...(errr...tu pun 10 kali keluar dengan dia 9 kali dia belanjaaaa...!!!!)
kak yaannnnnnnnnnnnnnnnnnn........ windunya.... sya dah makan jeruk mangga ites . Nyam nyam sedap sungguh sambil driving sambil mengunyah.. timakasih kak yan.. tima kasih bebanyak
hohoho...
saya pernah gak dengar saranan supaya menyimpan 10% dari duit gaji sebagai simpanan..alhamdulillah..setakat nih memang disiplin ler...
errr...10% tu campur duit simpanan utk anak2 sekalikan????
Sya: Terima kasih, dapat jugak rasa tart buatan Sya...memang sedap...tak cukup weh!!!... :-)
-----------------
Oren: kalau dah dapat displinkan diri untuk menabung, elok sangat dah tu...teruskan saja dan tambah dari masa ke masa..
-----------------
Kak Yan..
Tunggu ler Jim kerja dua-tiga tahun lagi. Yer ker nii ?
Masa tuu boleh ler claim balik,. kot.
Tuu pun kalau bbudak nii udah dapat duit, tak mengateii nak kawi*.
:-)
Jo: Lambat lagi Jim nak keja...dia baru form 3....he!..he!..
Tak pelah...tugas kita membesarkan anak-anak dan memberi pelajaran serta tunjuk ajo...insyaallah kalau dia ingat, adalah...kalau tidak pun...janji anak-anak bahgia..insyaallah pencen sendiri dah ada...cukup le nak beli sireh pinang tu...:-)
Jangan susah hati..hari tua pencen kan ada..orang pencen nih..yang berkerja dapat kenaikan ..dia pun ada bahagian, duit EPF kan ada..sebab tu beli rumah masa awal kerja, jangan pakai duit EPF..Belanja dapur tu agak tinggi untuk dua orang makan.Beli bahan mentah..masak..kalau beli processed food memang kos tinggi.Saya tak percaya dengan simpan duit, sebab tu saya tidak ada simpanan duit.Insyaallah..selagi hidup ..ada rezki kita..
En Ari...Saya dah perabih duit EPF saya. Orang keje gomen EPF tak banyak mana pun..dulu-dulu potongan di buat tak lama...macam saya kira lama jugak dipotong selama 10 tahun, kemudian masuk skim pencen.
Ya, saya rasa kena review balik perbelajaan tuh..kena reduce mana patut....Bagi saya, kena simpan jugak sesikit...untuk waktu-waktu kecemasan.Insyaallah tuhan dah sediakan rezeki untuk kita.
Post a Comment