Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Wednesday, November 03, 2010

Makan kenduri.

Salam untuk semua,


Dia dah datang, dia dah datang!

Sape?

He!...he!.......


Mood malas nak update blog!

Lately, Auntie sibuk sikit dengan hal-hal peribadi. Weekends je penuh dengan jemputan kenduri kawin, jiran dekat rumah punya kenduri le, kawan-kawan kawinkan anak le, sedara kenduri le.....yang tak kenduri kenduri.....Auntie saja lah.

Sabtu lepas, ada satu jemputan kat Putrajaya. Macam biasa lah bila nak pergi kenduri Auntie kena masak lauk kenduri jugak kat rumah (....ayam masak merah je..) Anak- Anak manalah nak ikut, maklumlah depa pun dah besar panjang. Malu katanya mengekor mak & ayah. Auntie tidak lah nak paksa, lain lah kalau kenduri saudara mara tu.
Ada kawan Auntie tu, anak-anak dah besar-besar, tapi tiap kali dijemput, memang depa anak beranak pergilah, pendek kata, kalau meja bulat tu, orang lain tak boleh tumpang le.....he!...he!

Ni nak cerita pasal kenduri minggu lepas, dah merepek ke lain pulak dah...

Auntie bukan main konfidenlah nak tuju ke dewan kenduri tu....katanya dewan kat Precint 9 yang ada kolam renang tu...kacang je lah, dah dua tiga kali makan kenduri kat dewan tu....
Dalam pukul 12.30 kami gerak dari rumah, bila sampai kawasan dewan tu, kereta memang banyak parking, kolam tu pun meriah dengan anak-anak dan mak - bapak sekali.

Kami berjalan mencari pintu utama, tapi macam suspen je, tak nampak pun orang....jeng,jeng, jeng, bila sampai pintu utama.....senyap sunyi! ah! sudah!...tak de kenduri le.......
Auntie telepon le sorang kawan, dia pulak boleh kata " eh?...bukan hari ni le, minggu depan le ..." sudaaahhh....!, Auntie pulak tak bawak kad jemputan, tapi pastilah sanmgat yang kenduri memang hari tu. Nasib baik Auntie ada no. tel kawan yang buat kenduri tu.....rupanya, dewan lain!...patut le dewan tadi tak ada orang., he! he!...dua kali roung, akhirnya jumpa lah jugak dewannya...perut pun dah lapar, makanan pun dah terhidang, belasah sajalah.

Thursday, July 29, 2010

Potong Jambul

Salam untuk semua,

Baru-baru ni Auntie mendapat jemputan kenduri. Bukan kenduri kawin. Kenduri "potong jambul".

Ya lah, dah puas berkenduri kawin. Kawin, kawin, kawin, murah rezeki dapatlah anak pulak.

Dah dapat anak, buat kenduri kesyukuran dan "potong jambul" katanya.



















(Gambar hiasan saja. Terima kasih pada Oh Bulan . Tak ada kena mengena dengan kenduri potong jambul jiran Auntie tuh).

Auntie pun pelik jugak, mana datangnya jambul tu??...yang Auntie nampak, si baby tu, rambut pun tak berapa nak ada, kalau dipotong jambul bapaknya adalah makna jugak.

Apa-apa pun majlis berjalan lancar. Yang tak lancarnya, punyalah lama menunggu makcik-makcik kumpulan merhaban selesai mengalunkan suara mereka. Yang Auntie ngan Cik Din ni dah le petang tu tak makan apa-apa, berkeronconglah perut tua kami bernyanyi-nyanyi kelaparan. Rupanya bukan kami saja yang lapar, Makcik Datin sebelah rumah Auntie pun berbisik, dia pun kelaparan. Memanglah majlis tu bermula lepas maghrib tapi majlis merhabannyalah.

Yang kami ni ingatkan majlis makannya...padan le muka kami semua kelaparan. Kena ingatlah, lain kali, nak ke majlis makan ni, kena lah makan alas perut dulu kat rumah.

Auntie dan Makcik Datin, cepat-cepat je stand-by dekat dengan meja hidangan sebaik saja doa habis di bacakan.Kaum lelaki rupanya dah Bismillah dulu, dah tak tahan menunggu. Rasanya dah nak pukul sepuluh time tu.

Lauk sedap-sedap belaka...maklum perut lapar. Ayam masak lemak cili padi, Auntie tak berapa suka, tapi rasalah jugak. Kambing masak apa tah, macam rendang, tapi bukan rendang, sedappp...sayang tak berani nak ambil banyak....rasalah sikit-sikit jangan kempunan. Ada ayam goreng, ada juga acar buah. Kueh-kueh pun macam-macam.

Semeja dengan Auntie ni adalah satu wanita ni dengan tiga anak mengekor.(jiran Auntie jugak) Anak-anak kecik lah lagi 5 tahun, 4 tahun dan kecik sekali tu rasanya baru setahun atas riba maknya. Sian pulak tengok, masing-masing kelaparan apa lagi anak-anak dia. Dalam pinggan anak-anak dia dah penuh lauk. Pandai pulak anak dia makan. Yang kecik dia suap sambil suap ke mulut sendiri juga. Begitulah gigihnya seorang ibu melayan anak-anak. Kejap-kejap yang dua beradik tu nak airlah, nak lauk lagi lah....si mak sabar melayan.

Oppsss... grandma pada bebudak tu pun ada gak dok semeja, dia pun sesambil jugak melayan cucu penuh kesabaran.

Apa sebenar Auntie nak cerita nih???...Entahlah...tengah dok makan tu, si mak boleh bangun pergi ambik lagi semangkuk daging kambing untuk anak dia. (mangkuk kertas polistrin tuh)

Hati Auntie pun tak boleh le nak diam.."habis ke?".....habis rupanya budak dua beradik tu makan.. Tak lama lepas tu, sekali lagi dia pergi ambik semangkuk lagi. Auntie pandang sajalah. Mungkin dia faham, dia terus cakap..." hak ni nak makan kat rumah lah Kak, tak puas makan kat sini, saya memang suka kambing".......gitu rupanya. Terdiam lah Auntie. Ada jugak orang macam ni. Auntie ingat, kat kampung saja ada macam ni, rupanya kat tempat kita ni pun ada jugak......Dah selesai makan nasi, makanlah pulak dadih yang dibubuh dalam bekas plastik kecik tu....dah anak-anak dia ambik sampai 3, 4 bekas bubuh dalam poket baju Melayu. Yang makan ka situ, makan jugak lah......

Sekianlah telatah manusia adanya.

Moralnya...lu pikirlah sendiri...kata Nabil.

Monday, December 21, 2009

Akiqah ke Nikah??

Salam semua....salam 1 Malaysia!

Cuaca masih lagi tidak menentu. Tiga hari cuti hujung minggu dihabiskan dengan sidai kain, angkat kain. Bila yang disidai dah kering, ganti pulak dengan yang baru dibasuh. Pagi macam nak panas sampai petang, tapi hujang turun di tengahari membawa ke malam.

Asyik angkat kain sidai kain, boring jugak. Itu aktiviti hari Jumaat. Hari Sabtu pulak Auntie luangkan masa untuk memenuhi undangan. Dua majlis perkahwinan, satu majlis Aqiqah (yg. dah macam majlis Akad nikah...)

Majlis perkahwinan di Taman Lestari, Sri Kembangan. He!...he!....walau pun tak jauh mana dari BBB...sesat barat jugaklah mentara nak jumpa rumah pengantin. Sabo jelah...bapak penganti draw map ke rumah dia macam semua orang dah tahu.

Selesai bersantap, terus pulak berkejar ke Pinggiran Putera, jemputan P-Nut pulak. Yang ni kira tak lah penin...Mak P-Nut draw map ngalahkan pelukis pelan.
(....pppsssttt...eleh, kalau area Putrajaya, no hal lah kan....tempat Auntie dok pi mai, pi mai hari-hari.. :-)

Dari jauh kami dah nampak berderet kereta. "Ni kenduri kawin ke?" tanya Cik Din. " Ntah le...katanya, Aqiqah.....tak kan le menikah?...Najmi belum baligh....Tokey yg. menikah???

oooopppsss ya ampun...!

Anyway, tuan-tuan dan puan-puan sekalian., memang ramai tetamunya. Kat depan sekali kambing ke, kibas ke yang sedang dikipas. Juadah berbagai. Nasi dengan lauk pauk, bubur kacang, kueh-kueh, juling mata Auntie. Sayangnya perut dan separuh penuh.
Dalam ramai-ramai tu, Auntie ternampak kelibat wanita jelita....rasa macam Zar, tapi, Aduh! malu pulak nak tegur, kang silap orang pulak. Setelah diconfirmkan dengan P-Nut, memang si jelita itu adalah Zar... lain kali Kak janji akan tegur, ok.

Perut dah kenyang, hujan renyai-renyai, Auntie dan Cik Din minta diri. Ingat nak ke satu lagi majlis, tapi, dah tak sanggup dah...terus je balik rumah...letih rasa badan. Letih makan!!!