Monday, December 21, 2009

Akiqah ke Nikah??

Salam semua....salam 1 Malaysia!

Cuaca masih lagi tidak menentu. Tiga hari cuti hujung minggu dihabiskan dengan sidai kain, angkat kain. Bila yang disidai dah kering, ganti pulak dengan yang baru dibasuh. Pagi macam nak panas sampai petang, tapi hujang turun di tengahari membawa ke malam.

Asyik angkat kain sidai kain, boring jugak. Itu aktiviti hari Jumaat. Hari Sabtu pulak Auntie luangkan masa untuk memenuhi undangan. Dua majlis perkahwinan, satu majlis Aqiqah (yg. dah macam majlis Akad nikah...)

Majlis perkahwinan di Taman Lestari, Sri Kembangan. He!...he!....walau pun tak jauh mana dari BBB...sesat barat jugaklah mentara nak jumpa rumah pengantin. Sabo jelah...bapak penganti draw map ke rumah dia macam semua orang dah tahu.

Selesai bersantap, terus pulak berkejar ke Pinggiran Putera, jemputan P-Nut pulak. Yang ni kira tak lah penin...Mak P-Nut draw map ngalahkan pelukis pelan.
(....pppsssttt...eleh, kalau area Putrajaya, no hal lah kan....tempat Auntie dok pi mai, pi mai hari-hari.. :-)

Dari jauh kami dah nampak berderet kereta. "Ni kenduri kawin ke?" tanya Cik Din. " Ntah le...katanya, Aqiqah.....tak kan le menikah?...Najmi belum baligh....Tokey yg. menikah???

oooopppsss ya ampun...!

Anyway, tuan-tuan dan puan-puan sekalian., memang ramai tetamunya. Kat depan sekali kambing ke, kibas ke yang sedang dikipas. Juadah berbagai. Nasi dengan lauk pauk, bubur kacang, kueh-kueh, juling mata Auntie. Sayangnya perut dan separuh penuh.
Dalam ramai-ramai tu, Auntie ternampak kelibat wanita jelita....rasa macam Zar, tapi, Aduh! malu pulak nak tegur, kang silap orang pulak. Setelah diconfirmkan dengan P-Nut, memang si jelita itu adalah Zar... lain kali Kak janji akan tegur, ok.

Perut dah kenyang, hujan renyai-renyai, Auntie dan Cik Din minta diri. Ingat nak ke satu lagi majlis, tapi, dah tak sanggup dah...terus je balik rumah...letih rasa badan. Letih makan!!!

15 comments:

Pnut said...

kak yan...tima kasih sudi datang...
eheheh sesekali berkenduri...biar org puas makan..

mamasita said...

Waah..Makan Fest yer??
Sampai seeh..haha

AuntieYan said...

Salam P-Nut,

He!...he!...sama-sama. Makan best semuanya...cuma terkilan tak dapat nak sembang..lain kali lah kot nooo...:-)

AuntieYan said...

Salam Datin Mamasita,

Macam tulah Si P-Nut ni, kalau ke rumah dia, makan, makan dan makan....tanpa segan. Tapi, hari tu cup cakes tak disajikan.... :-(

Hjh Noralenna Abbas said...

Tuan rumah gembira dapat menjamu tetamu, memberi makan pada bulan Muharram amat digalakkan.

azieazah said...

Salam kenal Untie YAN...

seronok baca... dan suka nengok pic hitam putih kat side tu... nostalgia betul lerrr...

AuntieYan said...

Kak Nora,

Tuan rumah tu memang suka sangat menjamu kenkawan walaupun dia ni sibuk memanjang...murahhhhh rezeki dia.

AuntieYan said...

Salam azieazah,

Salam kenal juga dari Auntie. :-)
Nanti Auntie akan baca entry AA untuk kenal lebih dekat lagi.

oren said...

hihihi..kak zar mmg jelita :)

seronot yer gi makan2..last weekend pun ada kenduri, sesat barat jugak sebab depa tutup jln, gara2 cup prix..adeehhh......

MA said...

Kak Yan : Dah hujung tahun dah ni, bila nak buat ronggeng penutup tahun ini? hehe..:P

AuntieYan said...

Salam Oren,

Lama tak masuk sini?.... :-(

This weekedn ada lagi satu kenduri...jauh le pulak, rasa macam malas nak pegi la, nak rehat pulak.

AuntieYan said...

Salam MA,

Bole, bole,....next week ada lagi..tapi, Isnin K.Yan cuti...nak lurus-luruskan pinggang. :-)

ibundo said...

salam yan. masih banyak lagi kenduri ni...
ala.. makan ala-ala kadar cukup le.

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Selamat kembali ke tanah air.

Kenduri-kenduri tu semua adalah yang penutup untuk 2009.
Ni, undangan untuk kenduri diawal tahun baru juga Auntie telah terima.

Nampak gayanya, majlis kenduri sekarang seolahnya dibuat sepanjang tahun.

zareda said...

kak yan

isshhh tak baik tau, tegurlah zar, zar nak kenal sangat dgn kak yan ni..

masa ofis depan depan tak sempat jumpa , dah pindah putrajaya ni lagilah payah nak jumpa.. hehheheh