Friday, June 22, 2007

Kursus

Setiap kakitangan kerajaan digalakkan menghadiri kursus selama 7 hari dalam setahun sekurang-kurangnya.

Tahun ni, dah nak habis bulan Jun, satu kursus pun Auntie belum pergi lagi. Sejak dari dulu lagi Auntie memang tak suka menghadiri kursus-kursus ni. Selalunya kursus dianjurkan oleh bahagian Latihan dan Kerjaya. Di awal tahun program kursus diedarkan
dan kami kena buat pilihan kursus apa nak attend.

Ada tiga pusat kursus yang khas untuk kami pergi, Ipoh, Kota Bharu dan KL. Ada juga kursus-kursus yang dibuat di lain-lain tempat seperti di hotel-hotel atau resort-resort yang terdapat di serata Malaysia.

Kursus pulak macam-macam lah. Yang berkaitan dengan kerja secara langsung atau tak langsung.

Yang berkaitan dengan kerja, kalau untuk Auntie ada berbagai topic le antaranya, Basic Course For Flood Mitigations, Geographical Information System(GIS), Erosion and Sediment Control Plan, Integrated Water Resources Management, Hydraulic & Catchment Modelling, Integrated Shoreline Management…..…dan banyak lagi.

Selain dari itu ada jugak kursus -kursus seperti..Basic Landscaping, Public Speaking, Kecergasan dan Gaya Hidup Sihat.. Pembentukan Modal Insan, Keutuhan Nilai dan Etika, Fotografi.

Kursus IT memang banyak le…PC Assembling And Trouble Shooting, Basic LAN & Wieless Networking, Auto Cad, Adobe Photoshop, Laman Web…..banyakkan?

Tahun ni rasanya Auntie nak ambil kursus yang dibuat di Kota Bharu Auntie nak pilih kursus yang tak memeningkan kepala, mungkin saja kursus motivasi. Dah tua-tua ni kena kasi sikit semangat untuk terus berkhidmat untuk Negara. Cewah!!!

Memang dah lama benar Auntie tak pergi kursus kat Kota Bharu…yelah, sejak sakit lutut ni . Nak pergi kena cari geng, boleh jugak minta tolong heret beg. Masa pergi tak pe le boleh heret sendiri, time balik, kot beg dah beranak pinak sapa pulak nak tolong?

Kota Bharu adalah tempat kursus yang menjadi pilihan ramai terutama orang pompuan lah kan, banyak agenda kami bila sampai ke sana tuh. Kursus tetap kursus. Lepas jam 5.00, acara bebas…hak ni le yang kami suka. Satu bandar kami pi sukat. Pasar Siti Khadijah lah menjadi tumpuan utama di samping lain-lain tempat untuk menjamu mata dan perabih duit! Bukan saja Kota Bharu, tentunya kami takkan lepas peluang ke Rantau Panjang juga.

Insya Alla, kalau tida aralmelintang, Auntie akan ke sana awal bulan nanti….yeszerrrr!
(tak padan dengan sakit lutut)
----------------------------------------------------------

14 comments:

Sya said...

Kak Yan

Kalau kursus kecantikan atau memasak leh kira tak... he he he

Anonymous said...

Aisehman, ngapa lambat sound nak pergi. Boleh ler saya - ahem! - buat *business* trip sekali.


Kerusus tu brapa hari ?

AuntieYan said...

Sya: kalau ada kursus-kursus tu memang akan mendapat sambutan hangat rasanya, tapi sayangnya tak ada pulak:-(
-----------

AuntieYan said...

Mak Andeh, kursus tu tak lama dalam 3 hari je....ni belum tahu confirm lagi...bos dah bising suruh pegi...:-)Nantilah, kalau ada peluang kita boleh arrange.
------------------

Anonymous said...

lama tak melawat..seronok juga membaca..yang cerita telipon tu..dulu saya selalu kena macam tu..kerana tak tahan..selalu saya jawap..'rumah mayat hospital PD', mau order kopi ker ?..memang la kena marah dengan boss selepas itu..tapi peduli apa saya..company nak cut cost..tak mau pakai telefonis..Talian kami memang ada orang 24 jam sehari..tapi plant atau process operator bukan telefon operator..! Sekarang dah ada telefonis semula..

Anonymous said...

auntie, saya kalau modul kursus after 5 tu memang amat digemari..lebih2 kalau buat kat langkawi.. syiok abis..

Lee said...

Hello Auntie Yan, wa, you ada chance pergi ke Kota Bahru, Rantau Panjang?
If got opportunity, go walk along Pantai Cinta Berahi at night tepi laut, take off your shoes, feel the soft golden sands.
This place one of my favourite beaches, I think it is very beautiful, more beautiful kalau ada holding hands with an SYT (sweet young thing), and bulan suda naik, ha ha.
I love Rantau Panjang too, also Tanjong Jara, Trengganu. Love the Minangkabau chalets. Used to stay there very often old days, then get my friend Din take me deep sea fishing off Pulau Kapas.
We catch ikan cincaru, he bungkus in banana leaves, bury in sand, build a fire over it, nanti stengah jam, then kita makan with sambal his isteri makes.
Auntie Yan, the smell of the burnt cincaru is just pure Heaven!!
I love East Coast! I sure miss it. And the ikan percik of course.
You have a nice weekend, Auntie Yan. UL.

AuntieYan said...

Cembang...module after 5???...memang ramai yang suka.
Siap duit saja.Langkawi?...ha best!!!
----------

Uncle Lee,

You better balik kampung...all the places you mentioned memang menarik.
Pantai Cinta Berahi is now named as Pantai Cahaya Bulan...pssttt...may be the Kerajaan Pas don't like the word 'Berahi' Whatever is the name , it is really anice place.
I've never been to Pulau Kapas.Only heard about it.

Have anice day Uncle.

AuntyN said...

Kak Yan : Lepas balik kursus boleh nak ngendeng nota tu. Selamat menambah ilmu dan mencuci mata ok?

Eddie Putera said...

kak oi..jgn luper belikan kami kropok ngan budu. sedozen

pB said...

Antie ...

kirim akok kedut sepuluh ringgit ...

jalo mah lima ringgit ..

bungo tanjung lima ringgit ...

AuntieYan said...

N...ntah dapat ntah tidak kursusnya..gegaq je dulu...he!..he!
-------------
Adikku Jin:...kopok boleh le...budu tu berat sikit, tapi depa kata budu hak beli di Kelante lagi sedap! anyway Akak tak make...dok cuba juga...abe suko...
---------------
pb : Kueh Akak memang AY suka sangat...jala mas tu...eeeee...manissssnyaaa...
bunga tanjong tu hok mane se??..dok kenal le...;-(

nyonyapenang said...

beg pun boleh beranak pinak...oooi...bahaya ni. hahahah..

AuntieYan said...

Nyonya..selalunya macam tulah...time pigi bawa 1 beg, bila balik, beg sudah beranak, jadi 3 atau empat beg...:-)
-------------