Showing posts with label Last day. Show all posts
Showing posts with label Last day. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

Detik-detik yang dinantikan..

Salam untuk semua,

Alhamdulillah, selamat dan selesailah Auntie bertugas selama 34 tahun. Masa dan ketikanya telah sampai berundurlah diri.

Semalam (Jumaat 18/3/2011) adalah hari terakhir....hari yang paling gumbira buat Auntie walau pun adalah juga rasa sebak dan terharu. Tak sangka juga, kawan-kawan Auntie memberi penghormatan terakhir untuk Auntie, walau pun sehari sebelumnya telah pun dibuat majlis bersama-sama pegawai-pegawai yang akan bertukar.
Auntie sibuk mengemas barang-barang, datang sorang kawan bawak sebijik kek, hadiah persaraan....dan juga harijadi in advance.



Ni lah rupa kek nya.

Terima kasih teramat sangat pada Nurlida



Bersama-sama Yatie, Nurlida (yang sponser kek) & Ros (immediate bos Auntie)
dan Hidayah yang berdiri kat belakang tu.


........dan klikan terakhir.........................(wajah gumbira seorang pesara).

Friday, March 18, 2011

Last Day


Last day!!!!

Salam untuk semua,

Syukur pada Allah, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun sampai jugak. Hari ini hari akhir Auntie berkhidmat untuk negara... (keh!...keh!...keh!)

Semalam majlis perpisahan telah pun dibuat. Selain daripada Auntie ada lebih kurang lapan orang lagi yang diraikan. Mereka semua ni adalah mereka yang bertukar ke ofis-ofis lain ada jugak yang tukar ke Sabah.

Majlisnya serba ringkas. Ucapan Dato' Pengarah, ucapan kami-kami yang diraikan....

Cer tengok tu, Auntie tengah bagi ucapan...skrip ucapan di sediakan oleh Cik Din. Auntie takmo cakap sendiri, takut ter sedih pulak, so, Auntie baca saja apa yang Cik karangkan...he!...he!





Selesai ucapan, depa sampaikan hadiah pulak, ni hadiah untuk Auntie. (ppppsssstttt..depa beli kat Jusco ) ;-)




Ni isi kat dalamnya......alhamdulillah, Auntie pun memang perlu sangat set periok ni, walau tak mahal mana, ianya sangat berguna. Terima kasih le.
( Jangan banyak-banyak komplen lagi.)



Lepas ni tak tahu le samada rajin atau tidak Auntie nak berblog....insyaallah...Auntie akan buat entry bila ada masa dan ada mood.

......dan, sekejap ni, ada pulak sorang kawan bagi Auntie ...ini....:-)....alhamdulillah, katanya untuk birthday nanti....jutaan terima kasih Yati...(semoga cepat dapat jodoh!)


Sekian kisah Auntie.