Saturday, March 19, 2011

Detik-detik yang dinantikan..

Salam untuk semua,

Alhamdulillah, selamat dan selesailah Auntie bertugas selama 34 tahun. Masa dan ketikanya telah sampai berundurlah diri.

Semalam (Jumaat 18/3/2011) adalah hari terakhir....hari yang paling gumbira buat Auntie walau pun adalah juga rasa sebak dan terharu. Tak sangka juga, kawan-kawan Auntie memberi penghormatan terakhir untuk Auntie, walau pun sehari sebelumnya telah pun dibuat majlis bersama-sama pegawai-pegawai yang akan bertukar.
Auntie sibuk mengemas barang-barang, datang sorang kawan bawak sebijik kek, hadiah persaraan....dan juga harijadi in advance.



Ni lah rupa kek nya.

Terima kasih teramat sangat pada Nurlida



Bersama-sama Yatie, Nurlida (yang sponser kek) & Ros (immediate bos Auntie)
dan Hidayah yang berdiri kat belakang tu.


........dan klikan terakhir.........................(wajah gumbira seorang pesara).

14 comments:

Anonymous said...

ini maknanya birthday auntie gak kan? happy birthday !!

KSU

Hjh Noralenna Abbas said...

Cik Yan,
Barulah nampak wajah 'Aunty'dengan jelas. Sekali lagi selamat bersara dan selamat hari lahir. Gunakan hari-hari persaraan sebaik mungkin sambil menjaga kesihatan, ye Cik Yan.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam, Akak ucapkan selamat bersara..
Alhamdulillah..gunakan 'imbuhan' persaraan sebijak mungkin utk hari2 tua pula..

oren said...

waahh..nih kira dh besday AY gak kan? sbb ari tu kata, kalo birthday CheDin, bleh tayang gambar, nih besday AY pon, bleh tayang muka..hikhikhik...

kalo AY ada anak kecik, saya bagi jek clothdiaper tu sebagai hadiah..dh pencen nih, nak bagi apapun tak tau..

selamat bersara..

selamat berkebun di rumah..

rajin2 la update blog, eh..

MA said...

Kak Yan: HAPPY 56th BIRTHDAY !

Moga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berkekalan.

Ameen.

AuntieYan said...

Salam KSU,

Betul, birthday Auntie jugak....semalam tuh... :-) Terima kasih.

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

He!...he!...sebelum ni ada jugak saya boh gambo saya, mungkin Kak Nora terlupa masuk blog saya, tu yang tak nampak.
Bila dah bersara ni barulah saya rasa berani sikit nak letak gambo saya..... gambar tak semestinya sama dengan orang sebenar....

AuntieYan said...

Salam Kak Nani,

Terima kasih atas nasihat tu. Insyaallah saya akan menggunakan apa yang saya dapat sebaik mungkin.
Sebagai bekas pegawai kerajaan, saya akan dapat pencen bulanan. Lepas le menyara diri...takat nak beli "benda-benda" dalam tu, tak perlu le saya buat muka kesian kat Cik Din...ha!...ha!

AuntieYan said...

Salam Oren,

Ha!...ha!...gambo je tu...tak semestinya sama dengan kat luar, dah pencen ni baru lah Auntie berani nak boh gambo..

Tentang hadiah untuk Auntie , tak pelah....hadiah doa lagi bermakna :-)

AuntieYan said...

Salam MA,

Terima kasih...
Kak Yan baru nak 'adjust' dengan suasana baru ni...proram pertama adalah kena kemas rumah dulu.
Ada 4 kotak 'khazanah' yang dibawa balik dari ofis...pelan pelan kena kemaskan. :-)

pB said...

salam Kak Yan

happy belated besday

jangan delete nyer gambar2 nie

AuntieYan said...

Salam pB.

Ha!..ha! baru cadang nak delete...tak pe kot dah pencen tayang gambo.:-)

Zareda Norman said...

ambui seronok org tu berehat kat rumah...mai nak terjah rumah kak yanpulak.. hehehe. pakai je kak baju kurungs epasang tu kat rumah.. mak zarmmgpakai baju sepasang.. kain batik jarang jarang sangat berpakai

AuntieYan said...

Salam Zar,

Memang seronok dok kat rumah, tapi, idak le berehat...banyak kerja sebenarnya nak dibuat, kalau di ikutkan tak habis habis.yang bestnya boleh buat bila suka, takmo buat sapa pun tak marah!
Kak memang suka berkain batik kat rumah, dedulu tak berapa pandai, kini dah selesa lah jugak, nak pakai baju kurung kat rumah?? adui, rimas dan lemas jadinya.

Rumah Kak Yan tengah bersepah ni, dok upgrade dapur. :-)