Showing posts with label Persiapan.. Show all posts
Showing posts with label Persiapan.. Show all posts

Monday, September 08, 2008

Persiapan Raya

Hari ni dah masuk hari ke 8 kita berpuasa, ada orang tulis kat entry dia, hari ni dah masuk hari ke 9. Tak pe lah, tersilap le tu.

Hari ni Auntie dah takmo tulis menu dah...kang boring pulak.

Dua hari ada kat rumah, ada saja yang nak di buat. Hari Sabtu sepanjang hari cuaca suram, matahari tak kelihatan.Auntie dah mesin kain berround-round, tak semua dapat disidai bawah shade.Alhamdulillah, hari Ahad, hari panas sikit, kering jugak lah kain-kain tu.

Semalam Auntie keluar survey-survey baju raya. Kalau untuk baju Auntie memang banyak le, rambang mata jadinya, tapi nasib baik le dah tak banyak fesyen dapat Auntie gayakan. Ye lah, dah berusia ni kena suluh-suluh diri juga bila membeli pakaian. Dah lama Auntie nak beli kain (skirt labuh) yang berwarna hitam, yang lama tu dah dipakai bertahun sampailah zipnya dah rosak, kainnya pun dah berbulu.Susah jugak nak cari yang berkenan dihati. Banyak yang berfesyen ala-ala orang muda. Banyak yang stail melekap kat badan dan berpotongan ala-ala ikan duyung....tak sesuai untuk Auntie. Sales girl yang melayan tu, bukan main lagi mengayat Auntie suruh ambik yg ikan duyung tu...akhirnya dapat le sehelai sebagai mana yang berkenan.Sesuai le dengan orang macam Auntie.

Rupanya, bila dah berusia ni nak beli pakaian pun agak susah, tak kena gaya kang macam badut je. mMngkin bagi sesetengah orang tak kisah sangat, tapi tak tahu kenapa Auntie selalu takut nampak 'terlebih'. Yang sahnya insyaallah Auntie akan datang lagi ke kedai tu nak beli baju kurung...memang lawa-lawa, harga pun boleh tahan juga.

Oleh kerana Auntie tak de anak pompuan, Auntie tak le risau sangat dengan pakaian anak-anak. Anja beli sendirilah, dia dah kerja. En. Amir dan Jim ayah depa akan belikan nanti. Langsir ke, perabot ke, yang sedia ada saja. Kueh-kueh dah order bebera jenis biskut kegemaran anak-anak.

Dalam orang mengeluh kata harga barang naik, semua naik, shopping kompleks tetap sesak dengan orang membeli belah....tunggulah lagi dua minggu lagi bila orang gomen dapat gaji+bonus...sesaknya akan berganda.

Hari ni nak masak apa???...ntah le, asam pedas semalam ada lagi. Mungkin beli saja kot.

Selamat berbuka.