Hari ni dah masuk hari ke 8 kita berpuasa, ada orang tulis kat entry dia, hari ni dah masuk hari ke 9. Tak pe lah, tersilap le tu.
Hari ni Auntie dah takmo tulis menu dah...kang boring pulak.
Dua hari ada kat rumah, ada saja yang nak di buat. Hari Sabtu sepanjang hari cuaca suram, matahari tak kelihatan.Auntie dah mesin kain berround-round, tak semua dapat disidai bawah shade.Alhamdulillah, hari Ahad, hari panas sikit, kering jugak lah kain-kain tu.
Semalam Auntie keluar survey-survey baju raya. Kalau untuk baju Auntie memang banyak le, rambang mata jadinya, tapi nasib baik le dah tak banyak fesyen dapat Auntie gayakan. Ye lah, dah berusia ni kena suluh-suluh diri juga bila membeli pakaian. Dah lama Auntie nak beli kain (skirt labuh) yang berwarna hitam, yang lama tu dah dipakai bertahun sampailah zipnya dah rosak, kainnya pun dah berbulu.Susah jugak nak cari yang berkenan dihati. Banyak yang berfesyen ala-ala orang muda. Banyak yang stail melekap kat badan dan berpotongan ala-ala ikan duyung....tak sesuai untuk Auntie. Sales girl yang melayan tu, bukan main lagi mengayat Auntie suruh ambik yg ikan duyung tu...akhirnya dapat le sehelai sebagai mana yang berkenan.Sesuai le dengan orang macam Auntie.
Rupanya, bila dah berusia ni nak beli pakaian pun agak susah, tak kena gaya kang macam badut je. mMngkin bagi sesetengah orang tak kisah sangat, tapi tak tahu kenapa Auntie selalu takut nampak 'terlebih'. Yang sahnya insyaallah Auntie akan datang lagi ke kedai tu nak beli baju kurung...memang lawa-lawa, harga pun boleh tahan juga.
Oleh kerana Auntie tak de anak pompuan, Auntie tak le risau sangat dengan pakaian anak-anak. Anja beli sendirilah, dia dah kerja. En. Amir dan Jim ayah depa akan belikan nanti. Langsir ke, perabot ke, yang sedia ada saja. Kueh-kueh dah order bebera jenis biskut kegemaran anak-anak.
Dalam orang mengeluh kata harga barang naik, semua naik, shopping kompleks tetap sesak dengan orang membeli belah....tunggulah lagi dua minggu lagi bila orang gomen dapat gaji+bonus...sesaknya akan berganda.
Hari ni nak masak apa???...ntah le, asam pedas semalam ada lagi. Mungkin beli saja kot.
Selamat berbuka.
17 comments:
Kak Yan.. org yg tulis hari ke 9 tu silap dengar... atau silap kira le tu. Bukan kak yan aje sensitif nak menggayakan apa.. sya pun sama.. nak beli tanya anak2 suai ke.. tak nampak terlebih ke.. buruk ke..
Selamat berpuasa, lutut o.k ker?
Hi AuntieYan,
Seronoknya bershopping untuk raya.
Since we moved to Dhaka, I stopped shopping for raya clothes for my family. Sekarang ni hanya belikan baju untuk keluarga driver dan keluarga security guards sahaja. I received the same joy as if I had shopped for my own family.
I hope one day we will be able to beraya once again in KL. Rindu nak salam tangan Mak pada pagi raya..
Sya...
Dah mula shopping raya ke...?
He!...he!...yang paling selamat, pakai je baju kurung. Tapikan,...asyik kurung je, boring jugak kan?...
Selamat berbuka.
------------------
Salam En. Ari,...alhamdulillah, saya ok saja.lutut yg.di bedah tu dah ok....mungkin yang satu lagi kena repair jugak kot??
Selamat berbuka.
------------------
Madam,
Auntie ni belum le lagi shoppingnya, cuma intai-intai dulu, mungkin dekat-dekat nak raya nanti baru beli, tu pun untuk anak-anak...dia orang pun dah remaja...mungkin bagi duit dah suruh beli sendiri saja.
Raya ni tak baklik ke??....isy!...tak pelah....panjang umur, tahun depan mungkin boleh beraya diM'sia pulak. :-)
Kak....hahahahah...anie le yang tulis 9 hari tu... :D...tersyasyul tu...nak raya cepat...hahahah
Memang pun...sana sini kita dengar orang mengeluh barang naik...tapi shopping...pasar ramadhan...orang bersesak2...camaner tu?
Anie...ha!...ha! memanglah Anie yang Kak Yan maksudkan tuh....tahu tak pe! :-)
Semalam, balik dari ofis, Akak lalu kat P.Ramadhan...huh, ramainyaa orang...aktiviti membeli dan membazir terus berlaku... :-)
kak yan
jubah jubah kat Jalan TAR tu cantik cantik gak.. jeling jeling aje dulu..
Tak dapat bonus/gaji pun org berpusu pusu.. banyak tol duit dorang ni
Ye lah auntieyan, say pun hairan, kata harga barang naik, tapi masih lagi belanja sakan, Kita yang pesara ni pakai apa yang ada je lah..tetap maintain.
Salam Zar, he!..he!..K.Yan pun hari tu, jeling-jeling je dulu. Cadanganya tahun ni nak beli jugak untuk diri sendiri, dah bertahun tak berbaju raya. :-)
Orang gomen tunggu bonus, orang swasta bonus tahun lalu belum habis lagi agaknye lah!...:-)...tu pasai ramai orang dok bershopping.
-----------------
Salam Alang,saya pun setiap tahun, pakai saja apa yang ada, tapi tahun ni rasamacam nak lah jugak baju baru... :-)
Kak Yan.
Saya dah start shopping for anak jantan yang dua tua. Anak2 pompuan semua ikot Mama diaorang.
Favourite Shopping Place for Baju Melayu.... Mydin!!.
Rule no satu, pegi awal, se awal pukol 9:30
Songkok ser, $8.90.
Samping ser $9.90.
Baju satu set 19.90 (for Ajim) 23.90 (for Arip)
Kopak juga lapan pulohh.. :-(
Seniri punya baju, pakai yang tahun lepas punya laa.
Puuun dari Mydin..
Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia...
Salam Jo,
Kat Mydin??...betul jugak tu...baju Melayu tak perlu beli hok mahal....bukan depa pakai pun, tapi kalau anak kenit-kenit macam anak jantan Jo, ok gak, lepas tu boleh buat pakai tido kan...
Songkok pun murah, kena ke Mydin le nampak gayanya lepas ni.
Selamat berbuka Jo.
Auntieyan,
Salam perkenalan. Ni 1st time ke blog auntie. Seronok membaca cerita-cerita shopping raya U hingga terpanggil nak say something.
Sememang nya lah ramai yang dah start shopping raya. Hari minggu lepas semacam ader riot di SOGO coz the place buat sales yg hebat (according to friends yg pergi lah).
Kalu nak tengok hebat tak hebat nya orang bershopping raya, wait till next week bila cuti Nuzul Quran. Penuh Jln TAR dgn org Selangor shopping. Orang KL...hai, nak cakap camne?? Terpaksa lah bersabar enduring the traffic jam.
Jika ader kelapangan sudi-sudikan ke http://sembangkay.blogspot.com/
~Kay~
I went to Ampang Park lunch tadi, saja jalan2. Rasanya, harga baju2 semua dah naik sikit. Tapi tak beli pun... tengok2 je...
Last year Ramadhan, we used to go to Pasar Malam Danau Kota sebab dia bukak sampai pagi. Bergasak2 orang membeli... Husband I, tiap kali pegi, mesti beli kain pelikat. Sampai dah tak muat almari! This year, sorry... tak mau pegi lagi!
Salam Kay,
Anak Auntie pun ada bagi tahu last Saturday SOGO packed gila, dia pergi sampai kat tempat minyak wangi, kemudian terus keluar tak tahan ramai sangat orang katanya.
Heran kan?...banyak betul duit dia orang ni dalam dok mengeluh segala-bala barang harga dah naik, shopping tetap shopping...tunggu le 25 haribulan ni...sure lagi havoc!
-----------------
Mrs.N,
Ampang Park tu, jaman dulu 80 an...tempat yang Akak suka window shopping...dulu mana ada mall-mall ni kan??...situ jelah..
Rasanya sekarang pun ok lagi...isyy...dah lama tak ke sana...
Salam Sis YAn, selamat menjalani ibadah di bulan Ramadan yang mulia ini semoga kita diberi keberkatan, kesihatan berkekalan.
Wah dah mula tinjau-tinjau keperluan raya ya... ha, tak lama lagi orang gomen dapat bonus. Swasta tak dapat bonus... tapi orang lain tak taulah saya...
Saya pun tak banyak yang berganti, yang penting untuk anak-anak sahaja. Kuih muih pun ala kadar... raya ni yang penting sembahyang raya dan zakat tu.. nak makan lemang, rendang, dodol, wajik, bahulu... hari-hari boleh dapat...
Btw, take care ya.
Hello Auntieyan, Da siap baju Raya? Auntie da buat sarong kebaya ....da lupa what its called now, ha ha.
Would love to balek kampong visit auntieyan makan ketupat, ha ha.
Happy Ramadan, Auntieyan, Lee.
Salam Sri,
Lama tak mai sini....sibuk mungkin... :-)...Akak kerap juga melawat blog Sri, cuma tak tinggl komen.
Sampai hari ni pun belum jugak beli baju rayanya....kueh raya dah order...ada le 2, 3 jenis...beli yang anak-anakmsuka makan saja. Persiapan tak ada le nampaknya.Kami raya di kampung, so, persiapan untuk rumah...biasa-biasa saja.
Kami orang gomen dapat bonus pun tak banyak mana...apa lagi macam Akak yang gaji ciput ni...anyway, bersyukur sesangat...at least budget nak bagi duit raya kat mak boleh di upkan sikit lagi...
-------------
U.Lee,
Saya dah tak pakai itu kebaya...sudah out of shape maa..!baju kurung fits me well. Have to hide all the spare tyres!!
Uncle, the next time you balik kampung (i.e balik Malaysia) make sure you balik during The Hari Raya...you can enjoy all the raya food to and can makan sampai pengsan!!
:-) ;-)
Post a Comment