77 hari...
Salam untuk semua,
Dah masuk tahun baru...setahun demi setahun berlalu begitu pantas hingga tak terasa oleh kita. Diam tak diam usia kita semakin bertambah suka atau pun tidak. Hakikat kehidupan tak dapat kita nak menafikan lagi.
Auntie mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua yang membaca blog Auntie ni. Semoga tahun ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik dan lebih sukses.
Tahun ini adalah tahun akhir Auntie sebagai penjawat awam, malah Auntie hanya ada lebih kurang 2 bulan saja lagi untuk menamatkan perkhimatan setelah 34 tahun bertugas dengan kerajaan. Perasaan bercampur aduk, gembira ada, sedih pun ada. Gembira, kerana tidak lagi nak fikir akan kesibukan tugas di pejabat dan kerenah berbagai. Sedih, nak meninggalkan kawan-kawan yang dah sebati dengan Auntie.
Tak tahu macam mana pulak routine kehidupan selepas ini, tapi, yang tentunya, Auntie tidak akan bersibuk-sibuk lagi setiap pagi mengejar masa. Auntie juga tidak merancang untuk bekerja lagi. Rasanya cukuplah 34 tahun tu. Letih dah rasanya. Nak rehat pulak. Harap-harap diberi Allah kesihatan yang baik. Insyaallah.
p/s : 77 hari kat atas tu adalah 'countdown' ke hari bersara....
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Showing posts with label Tahun Baru.. Show all posts

Monday, January 03, 2011
Wednesday, December 31, 2008
Tahun Baru
Assalamualaikum,
Dah lama benar rupanya blog ni tidak dipedulikan. Tuannya sibuk dengan tugas tugas akhir tahun. Dalam sibuk tu dapat juga menjenguk ke blog-blog lain untuk mengetahui perkembangan terkini tuan-tuan punya blog.
Hari ni dah hari akhir untuk tahun 2008. Harapnya bukanlah tahun akhir untuk kita semua bernafas. Semoga Allah panjangkan usia kita, menjadikan kita makhluk yang berguna dan lebih gigih menempuh cabaran yang akan datang. Selamat tinggal 2008, selamat datang 2009.
Auntie juga mengalu-alukan kedatang tahun baru Hijrah 1430. Hendaknya lebih banyak hijrah ke arah kebaikkan. (lebih rajin update blog juga)
Setiap kali menjelang tahun baru, maka azam baru pun akan dibuat. Auntie ni, bukan saja azam tahun lepas pun tak tercapai, azam tahun tahun sebelumnya pun terbengkalai begitu saja...... :-(
Tahun ni malaslah nak buat azam... he!...he!
Sejak balik dari Bukit Tinggi hari tu, Auntie ni sibuk yang amat. Letih rasa badan tua ni. Kat rumah, dengan hal rumah tangga, kat ofis dengan hal negara (ehemmm... konon!)
Tiap Sabtu dan Ahad, memenuhi undangan perkahwinan. Sana sini ada kenduri kawin. Tak tahu le, pergi makan saja, bila balik rumah letih!!...mungkin faktor usia.
Tak cukup dengan pergi rumah orang kawin, kat rumah pun ada orang kawin, tu, Si Mawi kawin sama Si Ekin....lintas langsungnya berjam-jam. Nasib le Si Ekin..bertuah badan, dapat Si Mawi yang kaya raya tu. Semoga jodoh depa panjang. Jangan bertaburan di tengah perjalanan.
Sekolah pun dah nak buka. Nama saja cuti panjang, pejam celek, dah nak sekolah semula.Auntie kat rumah dah cukup koromnya semula. Ada 5 beranak .
Anja, akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal semula dengan Auntie setelah tiga tahun hidup bujang bersama kawan-kawan. Senang hati Auntie dia ada di depan mata. Dah besar panjang pun ada perkara masih kena bagi tunjuk ajar juga.
En. Amir pulak sedang bercuti. Insyaallah 19/1 ni dia akan memulakan semester akhirnya.
Jim pulak akan naik ke tingkatan 5.
Ada tiga anak bujang kat rumah, memang memenatkan. Kejap-kejap depa lapar. Dapur kena berasap memanjang. Letih tau...makanan sentiasa kena ada, paling koman pun roti dengan sadin atau pun keropok. Agaknya bila depa kawin nanti, sunyi sepi lah rumah Auntie.
Ada sapa nak pergi celebrate malam ni?...Elok dok rumah saja, tengok TV lagi relax!
Selamat Tahun Baru!!

Subscribe to:
Posts (Atom)