Monday, January 03, 2011

Tahun Baru

77 hari...

Salam untuk semua,

Dah masuk tahun baru...setahun demi setahun berlalu begitu pantas hingga tak terasa oleh kita. Diam tak diam usia kita semakin bertambah suka atau pun tidak. Hakikat kehidupan tak dapat kita nak menafikan lagi.

Auntie mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua yang membaca blog Auntie ni. Semoga tahun ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik dan lebih sukses.

Tahun ini adalah tahun akhir Auntie sebagai penjawat awam, malah Auntie hanya ada lebih kurang 2 bulan saja lagi untuk menamatkan perkhimatan setelah 34 tahun bertugas dengan kerajaan. Perasaan bercampur aduk, gembira ada, sedih pun ada. Gembira, kerana tidak lagi nak fikir akan kesibukan tugas di pejabat dan kerenah berbagai. Sedih, nak meninggalkan kawan-kawan yang dah sebati dengan Auntie.

Tak tahu macam mana pulak routine kehidupan selepas ini, tapi, yang tentunya, Auntie tidak akan bersibuk-sibuk lagi setiap pagi mengejar masa. Auntie juga tidak merancang untuk bekerja lagi. Rasanya cukuplah 34 tahun tu. Letih dah rasanya. Nak rehat pulak. Harap-harap diberi Allah kesihatan yang baik. Insyaallah.

p/s : 77 hari kat atas tu adalah 'countdown' ke hari bersara....

20 comments:

Kakcik Seroja said...

Semoga Kak Yan tetap gembira menjalani kehidupan sebagai seorang pesara nanti. :)

azieazah said...

Nampaknya UNTIE YAN sudah memasuki suatu fasa kehidupan yang baru. Selamat berehat dan semoga sejahtera selalu...

Hjh Noralenna Abbas said...

77 hari lagi Yan join the club 'POP' Persatuan Orang-Orang Pesara'.

MA said...

Waaaarghhh...Kak Yan, sapa nak geng menebeng dgn I kat PUJ nanti?? Ker...kena tukar port ke BBB? heheh...:P

endiem said...

selamat nak bersara, dua bulan lebih je yek.!!

Sya said...

Kak Yan pejam tuttu mata nanti kejap aje dah 77 hari kan? Best jugak bebas dr hal pejabat, dapat pencen lagik.

Sya dah operate, tak tulis dalam blog sbb sekarang dah banyak guna Facebook

Zareda Norman said...

dah nak pencen dah kak yan.. huhuhu...

ety said...

salam kak yan,
keep in touch k? bila nak jumpa lagi?

AuntieYan said...

Salam Kak Cik,

Ya, harap-harap, walaupun bersara tetap gembira ria. Kalau bersedih lagi cepat tuanya kan??....:-)

AuntieYan said...

Salam Azie,

Memang betul, satu fasa baru dalam kehidupan. :-)

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Ha! ha!..saya akan join Akak juga...kelab 'POP'

AuntieYan said...

Salam MA,

Jangan risau....lagi ligat kita ber 'conference' rasanya...:-)
Kak Yan akan ada banyak masa...tak payah pi mana-mana datang rumah je...lepas makan Kak Yan hulur bantal...:-)

AuntieYan said...

Salam En. Endiem,

Memang dah rasa tak sabo beno....dah mula kemas barang-barang kat ofis ni.. :-)

AuntieYan said...

Salam Sya,

Patut le tak ada story pasal operation kat blog....Kak Yan ada account Facebook, tapi, entah le, setakat ni, masih tak rasa enjoy dengan face book ni...he!!.he!!
Rehat elok-elok..jangan terjatuh pulak.

AuntieYan said...

Salam Zar,

Sendiri kena faham le...kalau dah nak pencen tu, dah tua lah Kak Yan ni...TAPIIIIIII...rasanya macam baru semalam Kak Yan berusia 22 tahun!!! (ceh! masih tak sedar tu!!!!)

AuntieYan said...

Salam Ety,

Jangan bimbang, pencen, pencen jugak...insyaallah, blogging akan diteruskan....

TUN TIJAH said...

Salam AY,
Nak komen jg walaupun dah terlambat..hihi...

Hmm...mengihtung hari jer.... kejap je 77 hari tu... haa, hari ni dah lagi 76 hari. Nanti x sedar je kena keluar dari ofis utk selamnya...bestnya cuma memang sangat sedih utk meninggalkan teman2. Harus banjir tu.
Untuk hari2 selepas bersara, jangan di fikirkan sangat. Janji kita teruskan kehidpuan ini dengan hati yang bersih dan ikhlas.
Nanti bleh kita jumpa yer....

aNIe said...

Kak... selamat tahun baru ye kak... wah... akak dah nak bersara dah? Macam tak caya je... atau akak ambil bersara awal?

AuntieYan said...

Salam Tun Tijah,

Memang dah tak sabo rasanya, tu pasal buat countdown....tak tau le nak sedih ke tidak. Kat ofis pun tak ramai yang seusia, ramai yang lebih muda...malah ramai yang pangkat anak2 je..
pssttt...la ni dah rasa malas nak buat kerja...ha, ha, :-)

AuntieYan said...

Salam aNie,

Gitulah putaran kehidupan. Alih alih dah nak bersara. Kak Yan bersara 2 tahun lebih awal drp bersara wajib.