..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Showing posts with label jual jajan. Show all posts
Showing posts with label jual jajan. Show all posts
Tuesday, January 04, 2011
Jual jajan
76.......
kita buat countdown dulu, entry kemudian...
Salam untuk semua,
Ha, ha, belum buat entry dah ada geng yang memberi komen. Terima kasih, nanti Auntie balas ok. :-)
-----------------------------------
Hari Isnin lalu, ofis Auntie senyap sunyi. Yang tinggal orang yang senior-senior citizen macam Auntie je. Ramai yang ambil cuti sebab menguruskan persekolahan anak-anak. Ada jugak yang tak bercuti, tapi ambil juga masa ke sekolah untuk urusan yang sama.
Auntie dah bebas daripada segala urusan persekolahan anak-anak ni, bila tengok orang mengheret anak-anak kecik ni teringat pulak zaman anak-anak masih kecil. Bukan sedikit cabaran nak besarkan anak-anak, apa lagi 20, 30 tahun lalu, tadika atau nurseri tidak lah sebanyak sekarang. Time tu, bibik Indon pun belum lagi popular. Bagi Auntie semua tugas rumah tangga dibuat sendiri dengan bantuan Cik Din apa yang patut. Kami bagi-bagikan tugas. Melayan anak tugas Cik Din, Auntie pulak buat kerja rumah membasuh memasak.
Kemas rumah time weekend dan buat sama-sama. Cik Din iron uniform sekolah anak, Auntie pulak iron pakaian kami untuk ke ofis.
Kini semua dah berlalu. Jauh ditinggalkan dan Auntie akan masuk pula fasa-fasa penghujung hijrah manusia atas muka bumi ini. (ehemmmm!)
Tiga anak lelaki dan jadi anak bujang. Susah ke nak jaga anak lelaki?? Alhamdulillah, masa depa kecik-kecik dulu semuanya under control. Nakal dalam rumah saja sesama sendiri. Mungkin sebab jarak umur agak jauh membuatkan Auntie tak menghadapi masalah ditambah pulak Cik Din rajin melayan kerenah mereka.
Bila dia orang dah besar ni, barulah rasa "pening" nak mengawal gerak geri apa lagi yang besar dua orang dan bekerja. Nak larang sangat pun tak patutlah, tak kan nak memerap kat rumah saja. Jadi, "main tarik tali" sajalah. Apa yang patut nasihat, dinasihatkan. Apa yang patut disergah, disergah! ha!...ha!. Auntie lebih banyak pot petnya. Cik Din akan sergah bila perlu. :-)
Ada masa tu rasa rindu pulak dengan kerenah depa masa anak-anak dulu, senang diurus, mengikut kata.
Dah besar ni, sunyi saja rumah. Anja sendiri dengan kenkawan dia, Jim di asrama kolejnya.
En. Amir saja masih bersama kami, masih menunggu rezeki. Buat masa sekarang masih bekerja sementara nak dapat yang lebih baik alhamdulillah.
Sekarang ni tiap petang depan rumah Auntie akan sibuk penuh sesak dengan kereta dan bas sekolah, maklumlah sekolah depan rumah.
Ha, jangan terkejut kalau nanti, akan ternampak sorang makcik dok jual jajan kat budak sekolah depan rumah tiap petang............perati betul-betul, mungkin itu adalah Auntie :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)