..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Tuesday, January 04, 2011
Jual jajan
76.......
kita buat countdown dulu, entry kemudian...
Salam untuk semua,
Ha, ha, belum buat entry dah ada geng yang memberi komen. Terima kasih, nanti Auntie balas ok. :-)
-----------------------------------
Hari Isnin lalu, ofis Auntie senyap sunyi. Yang tinggal orang yang senior-senior citizen macam Auntie je. Ramai yang ambil cuti sebab menguruskan persekolahan anak-anak. Ada jugak yang tak bercuti, tapi ambil juga masa ke sekolah untuk urusan yang sama.
Auntie dah bebas daripada segala urusan persekolahan anak-anak ni, bila tengok orang mengheret anak-anak kecik ni teringat pulak zaman anak-anak masih kecil. Bukan sedikit cabaran nak besarkan anak-anak, apa lagi 20, 30 tahun lalu, tadika atau nurseri tidak lah sebanyak sekarang. Time tu, bibik Indon pun belum lagi popular. Bagi Auntie semua tugas rumah tangga dibuat sendiri dengan bantuan Cik Din apa yang patut. Kami bagi-bagikan tugas. Melayan anak tugas Cik Din, Auntie pulak buat kerja rumah membasuh memasak.
Kemas rumah time weekend dan buat sama-sama. Cik Din iron uniform sekolah anak, Auntie pulak iron pakaian kami untuk ke ofis.
Kini semua dah berlalu. Jauh ditinggalkan dan Auntie akan masuk pula fasa-fasa penghujung hijrah manusia atas muka bumi ini. (ehemmmm!)
Tiga anak lelaki dan jadi anak bujang. Susah ke nak jaga anak lelaki?? Alhamdulillah, masa depa kecik-kecik dulu semuanya under control. Nakal dalam rumah saja sesama sendiri. Mungkin sebab jarak umur agak jauh membuatkan Auntie tak menghadapi masalah ditambah pulak Cik Din rajin melayan kerenah mereka.
Bila dia orang dah besar ni, barulah rasa "pening" nak mengawal gerak geri apa lagi yang besar dua orang dan bekerja. Nak larang sangat pun tak patutlah, tak kan nak memerap kat rumah saja. Jadi, "main tarik tali" sajalah. Apa yang patut nasihat, dinasihatkan. Apa yang patut disergah, disergah! ha!...ha!. Auntie lebih banyak pot petnya. Cik Din akan sergah bila perlu. :-)
Ada masa tu rasa rindu pulak dengan kerenah depa masa anak-anak dulu, senang diurus, mengikut kata.
Dah besar ni, sunyi saja rumah. Anja sendiri dengan kenkawan dia, Jim di asrama kolejnya.
En. Amir saja masih bersama kami, masih menunggu rezeki. Buat masa sekarang masih bekerja sementara nak dapat yang lebih baik alhamdulillah.
Sekarang ni tiap petang depan rumah Auntie akan sibuk penuh sesak dengan kereta dan bas sekolah, maklumlah sekolah depan rumah.
Ha, jangan terkejut kalau nanti, akan ternampak sorang makcik dok jual jajan kat budak sekolah depan rumah tiap petang............perati betul-betul, mungkin itu adalah Auntie :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Cik Yan,
:=D .....excitednya dia...
Hehehe... tak lama lagik tu kak... 2 bulan lebih sket je... nanti boleh lah kami jenjalan selalu umah akak ye...hehehe
kak yan
tak sabar menghitung hari tu
kak yan mekasih sbb call sya pagi tadi. nanti bila leh drive saya ke PUJ kita lunch k
Salam Kak Nora,
:-)...excited sebab memikirkan boleh relax-relax kat rumah, baring-baring depan TV ....:-)
Salam aNie,
Memang boleh kita beronggeng...Cik Din belum bersara lagi. Kak Yan sensorang kat rumah. :-)
Salam Zar...
Kena nyanyi nih....'menghitung hari....lalalalala :-)
Salam Sya,
Sama-sama. Dah lama nak call, tapi takut mengganggu pulak.Jaga diri tau.;-)
AY..
sayalah tu, masih mengelek anak2 kecik..kelamkabut toksah kata lah..masa dok kalut nih lah, tudung senget, nak kena iron..butang baju takleh kancing, ada yg nak pi berak (nk kena tunggu dan basuh)..yg sorang lagi meraung suh cepat..alahaii...
tp pagi td saya mmg terpikir..lps baca byk entry org, saya rasa saya akan rindui saat2 membesarkan anak2 kecik nih..bila sampai masa tu, rasanya saya mesti rajin baca entry yg lama2..hikhikhik..
ps: juai jajan yg berkhasiat saja tau..buah potong/keropok leko..
salam AY..he he..lucu pulak..sebab kita serupa..
saya selalu cakap dengan anak..nanti mak pencen nak jual jajan depan rumah..budak2 balik sekolah boleh beli..
Salam Oren,
Auntie kini hampir lupa saat-saat kalut masa lalu, bila tengok orang sibuk dengan anak kecil, Auntie tersenyum sendiri,masa Auntie dah berlalu....:-)
p/s: Cik Din kata, "toksah mengarut nak juai jajan ...kalau budak2 kena sakit perut ke, Cikgu sekolah mai serang Auntie"...hemmm baru nak pasang angan-angan!
Salam Kak Erna,
Tulah....Kak Yan memang dok fikir macam tu...Cik Din dah gelabah!Kadang-kadang bila tengok budak sekolah dok tunggu bas sekolah depan rumah tu rasa kesian...tentu depa lapar...kadang-kadang dah azan maghrib, bas tak sampai-sampai.
Post a Comment