..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Wednesday, July 14, 2010
MA*PU
Dari minggu lepas ofis Auntie sibuk bakai nak rak. Bos-bos yang sibuk.
Auntie, buat-buat sibuk saja :-)
Sebabnya??...katanya ada pegawai MA*PU nak datang melawat, untuk star rating. Tak payah faham pun tak pe...tak ada kaitan dengan pembaca pun.
Macam biasalah, semua nak disempurnakan. Fail meja kena lengkap. (Auntie punya...separa lengkap) Janji ada atas meja. Matilah mak kalau orang MA*PU check....
Semua kena pakai tanda nama....Auntie memang dok pakai dah hari-hari.
Semua tidak dibenarkan keluar sebelum waktu rehat. Auntie....curi keluar jugak....habis dah lapar, camna...Auntie orang tua...kang kalau jatuh terjelepuk atas lantai kelaparan macam mana??...sapa pun tak berani nak tolong angkat...badan dah le macam badak air.
Pagi ni, nampaknya semakin sibuk, bos-bos semua dah segak berkot, bertie...kalau tidak tie tu depa sangkut kat dinding je.. :-)
He...he...ni dah pukul satu. Time rehat. Auntie nak rehat, nak tido jap. (Semalam, sekali lagi En. Amir balik lewat...pi tengok wayang pulak dah kawan belanja katanya.....
Sampai rumah, Auntie sekeh pala dia sedas dua......adui! mak ni....buat orang macam budak kecik la.....I'm 22 la mak! Banyak le dia punya 22...mak dia 55 dia tak perasan ke???
Harap-harap orang MA*PU tak sempatlah nak sampai ofis kami, tak pun depa sampai lepas 4.30....time tu Auntie dah nak balik dah.....
Monday, July 12, 2010
Mengantuk
Hari ini rasa mengantuk betul. Bukan pasal tengok bola. Tak kuasa lah Auntie berjaga malam hanya kerana nak tengok bola WC tu. Lagi pun, Si Paul dah kata Belanda tak menang...baik jangan buang masa. Burung Nuri kata lain pulak. Dua-dua pun tak boleh pakai.
En. Amir beritahu Auntie dia nak keluar jumpa kawan. Tak diberitahu dia akan lewat. Jam sebelas dia tak balik, jam dua belas pun masih tak muncul. Akhirnya Auntie SMS dia..
" balik le dah nak pagi ni"....Tak jawap.
Lima minit berlalu. Senyap sunyi. Bertuah punya anak.
Cik Din di sebelah dah berdengkur berbagai irama.
Tak jadi nih..kena call.
" Mir...dah nak pagi ni takmo balik, atau tak nampak jalan ke rumah??" ...marah ni.
"OK...kejap lagi Mir balik la, mak tidor le dulu, Mir ada kunci"
Tunggu lagi. Sepuluh minit berlalu, senyap dan sunyi. Bertuah punya anak.
Hantar SMS pulak.
" ye le....Mir dengan member ni, nak tengok bola....dekat maple je ni..."
Maple tak jauh mana dari rumah...sepelaung je.
"Bertuah punya anak. Bagilah tahu awal-awal, senang mak tak payah tunggu."
" la, kan orang dah kata tak payah tunggu...orang dah besar le mak!"
Jawapan standard dia.
Sapa kata anak besar senang nak jaga???...lagi besar, lagi susah! Pening pala mak.
Sapa kata anak lelaki senang nak jaga???...budak lelaki lagi banyak kelentong dan helahnya
Thursday, July 08, 2010
Sotong, oh sotong!!
Uwaaaaaaaaaaa!!!!! Germany kalah subuh tadi. Apa dah jadi ni????...adakah sebab bola itu bulat, atau pun depa ni fobia dengan tok bomoh sotong tu???...hemmmm tak sangka orang barat pun percaya benda merepek macam ni.

Tok Bomoh Sotong yang diberi nama Paul,
tengah dok "mendram"
Rasanyalah, tank yang siPaul ni pilih sebab depa bubuh makanan kegemaran dia.....mana aci??
Tak pe, Auntie akan beralih ke Belanda pulak...go, Belanda go!!!!
p/s: P-Nut, meh kita sokong Belanda pulak.
Monday, July 05, 2010
Piala Dunia.
Piala dunia dah menghampiri penghujungnya. Kali ini banyak result yang up-set. Yang patut menang, kalah, yang patut masuk senarai terbaik pun dah 'terbungkus' awal.
Ceh!...apa kes pulak Auntie ni nak berkisah tentang bola piala dunia ni??...Ha, jangan tak tahu, di jaman muda (jaman kegemilangan) Auntie dulu, Auntie adalah peminat bola sepak. Auntie sangat berminat dengan pasukan kita, pasukan Malaysia.
Masa tu ramai pemain yang berkaliber seperti arwah Mokhtar Dahari, mendiang Arumugam, Datuk Soh Chin Aun, Datuk Jamal Nasir... (sehingga Auntie abadikan namanya kepada anak sulung Auntie si Anja ), Shukor Saleh, M.Chandran, Santokh Singh, Abdah Alif, Yunus Alif, James Wong, Abdullah Ali, Sharuddin Abdullah, Namat Abdullah, Khalid Ali, Hasan Sani...sapa lagi???....banyak lagikan. Jaman tu mereka ni menjadi kebanggaan negera, di geruni di rantau Asia....Jepun dengan Korea pun depa boleh pukul....apa lagi Vietnam atau Laos. La, nih????...jangan harap le...stadium pun jarang penuh.

Allahyarham Mokhtar Dahari yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada Antarabangsa. Al-Fatihah untuk arwah.
Itu pasukan Malaysia, pasukan atau liga orang putih jaman dulu, idak le Auntie tahu walau pun ada beberapa nama yang masih terpahat diingatan. Nama seperti Kevin Keegan, George Best, Johann Cruff (tah betul ke tidak ejaannya) memang meletop masa Auntie di sekolah menengah dulu. Cuba tengok wajah depa ni.

Goerge Best (memang best muka dia!)

Kevin Keegen....boleh tahan juga...

Johann Cyruff.
Hensem-hensem belaka mamat-mamat ni. Kalau sekarang, depa ni bertaraf macam Rooney, Ronaldo, Kaka, Klose....bla...bla...bla....
So, you all rasa sapa akan jadi juara....Auntie pilih Germany! :-)
Friday, July 02, 2010
Motor
Anak Auntie Jim, masih lagi berkerja di Seven Elevan. Gigih himpun duit. Nak beli moto katanya. Auntie hangguk je...walaupun langsung tak setuju. Biarlah, biar dia gembira.
Apa?, dia ingat himpun duit takat lima puluh ringgit sebulan boleh dapat beli moto dalam masa terdekat....?....biar dia berangan dulu..
Jim gigih bekerja.
Semalam hari gajinya, kebetulan pulak dia 'off' ' Pagi lagi dah masuk massagenya..." sayang mak, Jim nak gi ambil gaji, lepas tu nak pergi T.Haji dan Bank....pas tu nak ke Alamanda"
Auntie jawab "ok"
Jim posing .
Sampai rumah, lepas pejabat, Jim tersengeh dimuka pintu.
" Jim dah beli beg untuk nak ke kelas bila masuk belajar nanti "
" Gaji sekali lagi, Jim nak beli kemeja pulak "
Lepas tu dengan bangga dia tunjukkan buku akaun T.Haji dia....Boleh tahan jugak simpanan dia.
" Ni, untuk belanja Jim masa belajar nanti ", katanya. Sudah bagus, dia dah buat persediaan.
Auntie, sekali lagi hangguk, tanda setuju.
Angan-angan dia nak menyimpan untuk beli moto mungkin dah dilupakan.... :-) harap-harap begitulah.
Mungkin Jim berangan nak beli moto macam ni. :-)


p/s : Jim dah dapat tempat belajar di salah satu pusat pengajian tinggi di Perak, pendaftarannaya pada November nanti, insyaallah.
Thursday, July 01, 2010
Perasaan
Auntie tak tahulah perasaan orang lain. Perasaan Auntie mungkin tak sama dengan perasaan orang lain.
Sejak berblog, Auntie rajin sangat keluar masuk blog, pantang ada ruang masa, tak kira lah blog sapa pun. Tiap hari mesti nak jengok juga blog terutama blog-blog yang tuannya telah menjadi kawan/sahabat Auntie. Boleh dikatakan setiap hari Auntie akan terjumpa dengan blog baru yang menarik. Kalau yang menarik Auntie akan baca dari entry yang pertama. Ada masa mengambil masa yang agak lama juga nak dihabiskan, apa lagi kalau tuan blog dah lama menjadi blogger. Tak jadi masalah pada Auntie, Auntie tetap baca sehingga tamat. Dengan berbuat begitu, barulah Auntie berani tinggalkan komen.
Tinggalkan komen ni kiranya seolah-olah kita menziarah/melawat ke rumah kawan/saudaramara kita. Esoknya, Auntie akan datang semula untuk melihat kalau-kalau komen Auntie telah mendapat respon atau tidak...jika tidak Auntie datang lagi dilain kalinya.
Buat diri Auntie pulak, Insyaallah, setiap komen yang ditinggalkan, sebolehnya Auntie akan jawap.
Pagi ni Auntie masuk satu blog....komen Auntie bukan saja tidak berjawap, malah komennya hilang......seolah-olah masih belum ada komen. Semalam komen Auntie adalah komen pertama diblognya untuk catatan terbarunya.
Satu lagi komen Auntie kat satu blog ni, yang mana komen akan diapprove oleh tuan punya blog dulu, kemudian barulah komen tu keluar...sayang komen Auntie tak de pun....Komen Auntie biasa-biasa saja...sekadar bertanya kabar kesihatannya....mungkin dia terlepas pandang kot... :-(
Bagi Auntie lah, kalau komen tak berjawap seolah-olah, tuan punya tak nak bertegur sapa dengan Auntie..sedih pulak rasanya.
Perlu ke rasa sedih???....oppsss..ter emo le pulak pepagi ni.
Tuesday, June 29, 2010
Balik Kampung
Dah lama Auntie tak balik kampung. Rindu pada mak tuhan saja yang tahu. Apalah lagi mak Auntie tidaklah secergas dulu. Jalan dah terbongkok. Kakinya bertambah lemah. Penglihatan semakin kabur, pendengaran juga semakin tidak jelas.
Alhamdulillah, ingatannya masih kuat, dia tak nyanyuk walau pun ada masa dia lupa jugak macam kita. Dia masih tak lupa berapa banyak duit dia ada dalam bank. Dia masih mencatat setiap duit yang keluar masuk. Mencatat segala perbelanjaan setiap hari.
Mulutnya masih rancak bercakap, berleter pun sama naik.
Hari Sabtu lalu, setelah lama rindu rinduan, akhirnya, Auntie balik kampung menemui mak. Auntie balik dengan adik lelaki Auntie. Tiga jam setengah perjalanan sampailah kami ke sana.
Mak berseorangan dalam rumah. Terbongkok-bongkok dengan kerusi plastiknya...dia nak check samada pintu & grill dikunci atau tidak setelah adik Auntie dan anak-anaknya keluar ke pekan.
Terkejut dia melihat kami. Macam biasa dia terkilan kami tak bagi tahu terlebih dulu nak balik.
Dia risau. Katanya lauk apa pun tak de.....he!..he!...
Kami tuju ke dapur...wah!...terhidang juadah tengahari yang telah pun disediakan oleh adik Auntie sebelum dia keluar ke pekan. Bagi mak, apa yang terhidang tu...macam tak sempurna. Kalau boleh dia nak sediakan macam-macam lauk lagi.
Mak Auntie yang terbongkok-bongkok berjalan menggunakan kerusi plastik.
Kami dah belikan dia walking frame, adalah seminggu dia guna, lepas tu macam-macam alasan dia, susah le, berat le....last-last kami give up., dia nak guna kerusi plastik tulah jugak...suka hati mak lah....
Mak Auntie dengan cucu kesayangannya, Solihin.
(Usia mak akan mencapai 82, September nanti, insyaallah, semoga Allah beri dia kesihatan yang baik lanjutkan usianya agar kami terus mendapat restunya).
Solihin dengan kakaknya Nadia.
Dua malam Auntie bersama mak. Semalam Auntie balik semula ke KL menaiki bas express. Adik Auntie pulak menuju ke Penang rumah mertuanya.
Agak boring jugak naik bas sensorang ni. Bas tak penuh pun. Auntie duduk sorang. Dalam melayan blues sempatlah Auntie capture scenary di sepanjang perjalanan.
Gambar tak le cantik, maklumlah Auntie guna kemera cikai saja.
Gambar kable pun nak ambik jugak.
Thursday, June 24, 2010
Jejaka ini...
Tuesday, June 22, 2010
Macam Siti.....
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. (APC). Sesiapa yang bekerja dengan Gomen dah tahu sangat apakebendanya ni.
Meh Auntie cerita sikit. APC ni diberi kepada pegawai/kakitangan yang telah dinilai prestasi mereka oleh bos-bos dan seterus oleh penal APC.
Bagi mendapat anugerah tersebut, adalah garis panduan atau ciri-ciri yang boleh melayakkan sesorang tu untuk dinilai dan dianugerahkan APC tersebut. Antaranya, markah mesti tinggi.....at least 97/100 atau 98/100. Ganjaran bagi yang dapat ialah duit seribu ringgit dan sijil...
Cuti?...tak tahu pulak dapat ke tidak.
Kalau dulu, agak lumayan juga, duit boleh dapat sebulan atau setengah bulan gaji. Gaji pulak naik ke beberapa anak tangga (tangga gaji, bukan tangga yang nak panjat-panjat tu), dapat cuti seminggu (tak sure, seminggu ke tiga hari dah lupa), duit dapat RM300 dalam bentuk barangan elektrik. Rasanya dah beberapa tahun (10 tahun kot) ganjaran sebegini diubah.
Kalau Auntie silap fasal info ni, mahap ye, tolong betulkan sape yang tahu.
Ok, dah faham gamaknya semua yang baca ni.
Semalam adalah hari penganugerahan APC ni. Macam biasalah setiap tahun bila result keluar, maka ramailah yang tak puas hati. Auntie pun join sekaki jugak bab-bab tak puas hati ni.
Untuk bahagian Auntie ni, penerima APC adalah seramai 5 orang.Memang sah le depa ni hebat...rajin buat kerja, dedikasi, bermotivasi, berwawasan (2020).............................................
Tapi,......... ada tapi ok? yang buat ramai tak puas hati, ramai yang dok bising (dari belakang saja) .
Antara 5 orang penerima APC tu, 2 orang saja yang belum pernah dapat APC. Yang 3 ekor lagi tu...baru saja setahun dua dapat. Tu yang membuatkan ramai tak puas hati. Apalah salahnya bagi pada orang lain......depa sajakah yang rajin dan hebat??...ohhh...bos...tak perasan ke??..kalau diikutkan, katanya at least selepas 3 tahun, baru boleh dapat lagi, walaupun prestasi sesorang tu hebat, atau dapat markah 100 ! (ada ke?)..mosykel betul!.....tambah mosykel, yang sorang tu, last year dia berMC hampir 3 bulan punnnnn boleh dapat.
Entahlah, yang dapat tu tak boleh nak disalahkan dah bos rekemen.......terima sajalah.......rejeki depalah, apa lagi nak katakan.
Semalam, majlis penganugerahan di adakan di dewan kebanggaan kami. Pak Menteri dijemput untuk menyampaikan sijil kepada penerima. Majlis bermula dalam pukul 3.00 ptg lebih kurang. Semua di jemput hadir. Annoucement di buat melalui PA sistem. He!...he!...memula tu kata, semua dijemput hadir...dua tiga kali buat panggilan. Mungkin dewan tak penuh-penuh juga....akhirnya announcement di buat mewajibkan semua untuk hadir...sah le dewan tak berapa nak penuh. Auntie sah le tak pergi, walau pun wajib. (tak buat berdosa) ada banyak lagi kerja nak diselesaikan.
Adaku kisah????...tahun depan dah nak pencen pun!!
Pagi ni Auntie dapat tahu, bukan saja dari bahagian Auntie yang tak puas hati, rupa-rupanya, bahagian lain pun sama juga. Balik-balik muka yang sama dapat anugerah...macam Siti Norhalizalah agaknya, tiap tahun dia saja yang dapat.
Auntie nasihatkan kawan-kawan Auntie, tak pelah, tak dapat anugerah pun, Allah sentiasa melihat apa yang kita buat walaupun mungkin bos tak berapa nak nampak kita. Kerjalah dengan ikhlas dan jujur kerana Allah. Insyaallah, ada banyak masa lagi.
Monday, June 21, 2010
Ole-ole
Tuesday, June 15, 2010
Cermin mata.
Salam untuk semua,
Monday, June 14, 2010
Jalan-jalan makan kenduri.
Maaf kepada yang datang ke sini tetapi masih dengan entri lama.
Hari ni ada entri baru.
Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada saja jemputan kenduri kawin. Tidak macam dulu, kenduri kawin bermusim. Sekarang semuanya dah tak bermusim lagi. Tengok saja buah durian. Masa Auntie kecik-kecik dulu, kalau musim durian, bukan main suka lagi maklumlah, bila musimnya tiba baru ada durian. Tidak sekarang...nak makan durian, sepanjang tahun ada...dah tak heran lagi.
Hari Sabtu lalu, setelah sekian lama dok pikir nak pergi ke tidak, nak pergi ke tidak, akhirnya Auntie dan Cik Din sepakat bersetuju menghadiri kenduri kawin anak si Maznah. Seorang kawan lama kami. Maznah ni, dulu sama-sama masuk kerja dengan Auntie. Auntie masuk awal sikit. Orangnya, putih, tinggi, manis dan kuat gelak...cakap sikit gelak, cakap sikit, gelak. Asalnya dia ni dah pun training nak jadi jururawat...tak habis training dia mengambil keputusan tak nak teruskan....sebabnya, jaman tu, uniform jururawat masih dengan bergown...dia tak sanggup nak bergown katanya.
Maznah dah lama bersara. Bersara awal masa usianya 40. La ni, kalau tak silap umur dia dalam 50 an...muda sikit dari Auntie. (Auntie dah tak berapa nak muda....)Dia ikut suaminya bekerja ke Johor. Jadi suri rumah sepenuh masa. Anak dia ada 5 ke 6...gitu lah...ada sepasang kembar. Yang bongsu pun dah 19 tahun...seorang anak istimewa. Yang kawin ni anak lelaki.
Maznah ni orang Melaka. Kampungnya nama Kg. Melangkan. Dia dan suami dah bina rumah kat kampungnya. Kenduri pun dibuat dikampung le.
(En. Amir dan Jim tak ikut. Dia orang kerja)
Dari rumah Auntie bertolak pukul 9.30 pagi...he...he..memang tak pernah sampai ke sana. Ingatkan jauh benau...dalam pukul 11.30 sampailah kami ke rumahnya...Besar rumah dia kalau dibandingkan dengan rumah Auntie. Maklumlah, rumah dibina atas tanah sendiri. Rumah dia, betul-betul di seberang jalan opposite dengan tanda nama kampung tu. Tak susuah nak cari.
Macam biasa, sampai je terus dijemput makan dulu. Lepas makan sempatlah Auntie dah Maznah sembang-sembang kejap. Nak sembang lama tak boleh le, Si Maznah sibuk melayan tetamu.
Dah salam-salam ( sesambil salam kokot) kami pun beredar. Terus menuju Bandar Melaka yang dah lama kami tak kunjungi. Mana lagi nak pergikan?...Banda Hilirlah. Cuaca bukan main panas lagi. Orang pun ramai, bas-bas banyak di tempat parking. Cuti sekolahlah katakan. Yang ramai, rombongan Cik Kiah dari Kedah, tak pun Penang...dengar loghat depa Auntie dah tahu depa mai dari mana.
Sempat jugalah Auntie membeli sesikit barang. Tak sah le kalau tak membeli.
Maaf le gambo tu gelap sikit...lupa nak onkan flash.
Tengok tu, ada sos cucur udang, cincalok, paste asam pedas, kueh sepit (dalam balang tu) dan jugak 2 bungkus dodol. Yang lapik barang-barang tu, pun di beli kat Melaka juga.
Selain daripada tu...baju tak kan tak beli kan?.. baju kelawar untuk Auntie, sebelahnya t-shirt untuk Auntie jugak, Cik Din belikan...dan dua helai T-shirt untuk Jim dan En. Amir.
Seronok jugak, sekali-sekala jalan-jalan ni. Jadilah, jalan-jalan ke Melaka saja pun. Janji happy...
Tuesday, May 18, 2010
Senyuman
Yang kita selalu dengar ustaz-ustaz, uztazah-ustazah dan jugak bijak pandai agama ada berkata " senyum itu sedekah" Jadi, marilah kita rajin-rajin senyum. Tapi jangan pulak dok senyum sorang-sorang atau senyum yang tak kena tempat, kang orang ingat kita ni 'sesuatu' pulak.
Sungguh pun senyum tu sedekah, kena jugak tengok tempat dan keadaannya. Jangan dok senyum tak tentu pasal, silap hari bulan kena maki hamun pulak.

Auntie ni boleh dikatakan murah dengan senyuman walau pun rasanya senyuman Auntie tidaklah semanis dan semenarik senyuman Fasha Sandha atau senyuman Lisa Surihani mau pun senyum Si Monalisa kat sebelah ni yang dikatakan senyum yang memberi berbagai pengertian yang menjadi misteri hingga ke hari ini.
Dah katanya senyum tu sedekah, jadi mudah sajalah nak dapat pahala ni...senyum saja. Ada masa senyum Auntie dibalas mesra, ada masa tu hampeh...
Kalau dah kenal mengenali, sah-sahlah kena beri senyuman bila bertemu. Tapi, ada kalanya senyum yang diberi tidak dibalas....tengah bad mood gamaknya orang tu. Tak pe....
Kerap juga Auntie melemparkan senyuman kepada orang-orang yang tak dikenali, umpamanya tetamu-tetamu yang datang bertamu di pejabat kami. Selalunya tetamu akan membalas senyuman dengan baik, maklumlah diaorang datang ke tempat kita.
Ada masanya dalam lift pun Auntie akan memberi senyuman kepada umat-umat yang sama-sama naik lift, walau pun mereka ini tidak Auntie kenali secara lebih dekat, hanya 'cam' muka saja.
Senyum ni pun ada berbagai macam, ada senyum mesra, senyuman ikhlas, senyum menggoda,senyum ada makna, senyum sinis,senyum terpaksa, bahkan ada jugak orang kata senyum kambing!...entahlah, kambing senyum ketidak??...ke muka kambing memang dah macam tersenyum saja.
Jadi, bila kita senyum, pastikanlah senyuman kita tu...hendaknya biarlah ikhlas dari hati.
Semalam, ramai jugak tetamu datang ke pejabat Auntie atas sebab urusan tender. Auntie yang dok lalu-lalang akan memberi senyuman pada depa ni, tanda kita hormat tetamu. Tapi, Auntie sungguh keciwa, bila Auntie memberi senyuman pada seorang gadis dia langsung tak membals senyuman Auntie tu. Nak kata dia tak perasan, tak kot, sebabnya hanya Auntie dan dia saja...mukanya Auntie tenong, dia pun merenung muka Auntie......sekali nak tahu apa Auntie cakap kat dia...." dek, saya ni senyum dengan awak...susah sangat ke nak balas senyuman saya ni? ".....dia boelh buat derkkk je...geramnyaaaa....hilang nak dapat pahala, dosa pulak yang Auntie dapat.
Nak tahu kat mana Auntie bertemu dia????...hemmmm...kat pintu nak masuk toilet!!
Monday, May 17, 2010
Kau pergi jua....
Hari Sabtu malam, Auntie terima berita Cik Nor yang bergelut dengan kanser usus sejak enam bulan lepas akhirnya pergi juga mengadap Illahi.
Auntie sempat melawat dia di HKL awal Februari lalu. Pada masa itu, kakak yang menjaganya telah pun maklum pada kami yang Cik Nor cuma ada hayat sehingga April saja. Alhamdulillah, Allah melanjutkan usianya hingga ke 15 Mei 2010.Hilanglah seorang kawan yang begitu disenangi oleh ramai yang mengenalinya. Dia masih belum berkahwin, insyaallah Allah menyediakan jodohnya di kehidupan yang lain nanti.
" Ida, permergian mu Kak Yan iringi dengan berjuta doa, selamatlah Ida di sana semoga Rohmu sentiasa dicucuri Rahmat Allah.
Ya Allah, Engkau terimalah hambaMu itu, Engkau lindungilah dia, terimalah segala amalan baiknya, dimata kami dia adalah seorang insan yang sangat baik jujur dan ikhlas.Selamat jalan Ida."
Al-Fatehah.
Tuesday, May 11, 2010
SMS
Auntie dengan Cik Din boleh dikatakan jarang sangat berbalas SMS. Selalunya Cik Din lebih selesa telefon saja, senang sikit boleh dengar suara dan terus je cakap apa yang nak dicakapkan. Auntie pun macam tu jugaklah.Nak berSMS ni, slow lah sikit, terkial-kial mencari huruf dan nombor....kadang-kadang tu belum habis taip perkataan, tertekan apa tah...dah tersend...akibatnya ayat-ayat jadi tergantung, maksud pun tak sampai. He!...he!...ada masa ejaan pun salah. :-)
Gitulah bila dah masuk kategori wargamas ni.
Baru-baru ni Cik Din anto SMSnya pada Auntie
.
.
.
.
.
.
.
Cik Din : I lewat sikit hari ni. Ada meeting.
Auntie : OK darling! (saja nak usik dia...tak pernah pun cakap cam ni)
Cik Din : Eeee...geligeleman la!! (hemmm... tak sporting langsung! terkejut gamaknya)
Auntie : Ciss!....
Cik Din : Apa ciss...cisss ??? baik kiss...kiss!!!!
Auntie :???????...LOL!!!
....jangan marah ye...gitulah gayanya warga emas bergurau senda...!:-) dah lepas 30 tahun kawin.....kekekekekekeke!
40 tahun....
Dah beberapa hari tak buka blog ni. Risau hati sebab lama tak buat entry. Entah apasal nak risau, sendiri jugak tidak tahu.
Rasa amat malas, rasa macam nak tutup saja blog ni. Tapi, rasa sayang le pulak. Lantak lah kalau lama tak up-date pun.Malas up-date, tapi rajin pulak meneroka blog-blog....dah banyak pulak yang Auntie jumpa blog-blog yang patut dibaca. Ada yang berunsur ilmiah, ada yang unsur politik....dan banyak yang sungguh santai yang dapat menenangkan jiwa.
Terbaru Auntie terjumpa satu blog yang tuan punyanya adalah senior Auntie masa kat sekolah dulu....melihatkan gambar-gambar dia diblognya, membuatkan Auntie teringat balik akan wajah seorang gadis yang Auntie selalu curi pandang setiap kali kami makan di dining hall sekolah. Meja dia tak jauh dari meja Auntie.Dia tinggi lampai,memakai mini skirt (feshion kegilaan ramai)almost setiap hari, bercerminmata besar (fashion terkini masa tu)...dalam hati, Auntie selalu berkata..."isyyy...cantik betul kakak senior ni"...kebetulan dia baru join sekolah kami, masuk lower six. Kalau tak silap Auntie, batch dia adalah batch pertama lower six, sebelum tu sekolah hanya ada setakat form five saja. That was 40 years ago!....
Dalam kunjungan Auntie ke blog dia, dia terperanjat yang Auntie masih kenal dan ingat wajah dia lagi. Kak..tak payahlah Kak nak pecah kepala cuba ingatkan saya....sah-sah Kak tak ingat langsung...sebabnya, saya langsung tak femes masa kat sekolah dulu....hanya femes kat kelas saya saja....ke...ke....ke...!
Kak Siti Roffini, kalau tak silap saya, antara yang sama-sama masuk lower six adalah, Ainon Mohamad, Maria (yang pandai nyanyi sambil main gitar tu)dan...ingat tak ada sorang tu nama dia Asmara....:-)
Itu kisah 40 tahun yang lalu.
----------------------------------------
p/s : Melihatkan ada "followers" kat sebelah tu semangat untuk berblog naik semula...terima kasih sudi jadi follower Auntie.... :-)
Tuesday, April 20, 2010
Tiga Puluh...
Dah tiga empat hari rumah Auntie dikampung dipenuhi sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga.Masing-masimg dengan wajah ceria, penuh gurau senda. Emak Auntie pun sama walau pun mungkin dalam hati dia amat risau. Ayah Auntie pun begitu.Dia yang terkenal dengan wajah serius dan garang, kini hanya mampu tersenyum panjang.
Persiapan dah hampir 100%.Malam tadi majlis akad nikah dah selesai. Lega satu bab.
Menjelang tengah malam, pakar masak @ tukang masak "the best in town" bersiap sedia untuk mula menumis rempah ratus yang telah disiapkan seharian secara gotong royong.
Khemah telah siap didirikan kerusi meja dah siap di susun atur.Bilik pengantin indah dihias. Pelamin tersergam indah.Pengantin pompuan hatinya berbunga-bunga. Kini telah menjadi milik suami sepenuhnya.
Menjelang subuh, aroma masakan menusuk hidung semerbak mewangi. Nasi minyak mula ditumis, kari daging di naikkan ke kuali. Ayam rancak di goreng.Tukang masak mula riuh mengarah sekelian pembantu untuk mula mengidang lauk pauk.
Pengantin pompuan disuruh siap sedia untuk disolek. Jam satu akan disandingkan. Pengantin lelaki akan tiba dari rumah persinggah pada jam dua belas setengah.
Songket merah hati berbunga raya pilihan pengantin.Lawa bukan main-main.
Berdebarnya....dup-dap-dup-dap!!
Tepat jam satu rombongan pengantin lelaki sampai. Riuh rendah sambutan di beri. Pengantin pompuan sedia menanti.
Akhirnya keduanya disandingkan.
Kata orang macam pinang dibelah dua...
Pengantin tak kira itu semua....
Hati dah terpaut...tak kiralah belah dua atau berbelah tiga
yang penting selamt semuanya....
Semuanya berlaku 30 tahun yang lalu.
Alhamdulillah...dah pun menjadi suami isteri.....dah pun 30 tahun!!!
Selamat Ulang Tahun Cik Din.....terima ksih telah menjadi suamiku selama 30 tahun yang penuh suka duka. :-) :-) :-)
Friday, April 09, 2010
Forum Perdana.

Lisa Surihani. Manis wajah budak ni.
Assalamualaikum.
Drama Na-O-Mei dah habis. Kesimpulannya, cerita dan jalan ceritanya bagus, tapi lembab dan agak boring. Auntie tengok jugak sebab ada beberapa pelakon yang jadi kegemaran Auntie. Keciwa juga. Ending pun hampehhhhh....
Anyway, ada cerita baru yang bermula pada hari Selasa lalu, tajuknya "Adamaya" (Adam & Maya)Tak mahu ketinggalan, Auntie pun ikutlah. Nak tengok Lisa Surihani yang manis tu berlakon, sebelum ni tak pernah tengok dia berlakon. Lakonannya lebih kepada filem. Auntie pulak bukan kaki wayang. (Dah tua-tua ni rasa seriau pulak nak masuk panggung).Baru 3 episod...boleh tahan ceritanya, taklah lembab. Kelakar pun ada. So, sapa ada masa time petang lepas kerja tu boleh le ngadap. TV3, jam 6.30 sampai 7.30 ptg.Habis cerita terus solat maghrib. Time iklan boleh sesambil hiris bawang atau menumis. Iklan kat TV3 tu panjang...sempat kalau nak mandi pun(mandi kerbau)
Sekarang ni kalau ada masa, memang banyak drama bagus-bagus di beberapa channal. Yang mengarut dan merapu tak payahlah kita hadap, buang masa saja.
Malam Tadi Auntie nonton Forum Perdana di RTM 1. Program ni, adalah satu-satunya program Agama yang masih bertahan dan mendapat sambutan. Macam biasa, Auntie tengok dulu penceramahnya. Malam tadi tah tajuk apa...tapi lebih kurangnya...tajuk pasal didikan anak-anak dan rumah tangga.Bagus tajuk ni. Penceramah pun ok. Yang tak sedapnya ada pulak iklan menggangu...ahhh buang masa saja.
Kata ustaz, dalam r/tangga ada 3 situasi yang kita nak kena jaga.
Satu.....ketika marah
Dua......ketika letih
Tiga ....ketika lapar
Dalam situasi ketiga-tiga di atas tu, jikalau tidak di jaga, rumah tangga akan jadi kacau bilau. Katanya, talak terjatuh, semasa pasangan di dalam keadaan marah. Isteri kuat berleter semasa sedang keletihan, dan suami pulak muram dan tak bermaya semasa kelaparan.
Memang benar, mana ada talak dijatuhkan semasa dalam keadaan riang gumbira.
Isteri pulak akan tersenyum bila hilang rasa letih.
Suami jugak akan mempamirkan wajah ceria bila perut dah kenyang.
Satu lagi yang Auntie tertarik, Ustaz tu kata, suami-suami kena banyak bersabar kalau isteri-isteri ni kuat bercakap (i.e berleter)....sebabnya katanya lagi, orang pompuan ni kat tekak dia tak de "bumper" untuk memperlahankan dia bercakap, sedang orang lelaki ada "bumper" di tekak mereka."bBumper" yang dimaksudkan ustaz tu adalah buah khalkum.... :-) walallahualam.
Tuesday, April 06, 2010
Monday, April 05, 2010
Template
Auntie ni yang benonya dah jemu betul dengan template blog ni. Berangan-angan nak buat template baru. Baru dok terhegeh-hegeh mencuba. Cuba buat banner...ada kal jadi, ada kali tak jadi...ayoooo! tengah sedap try sana, sini, bos panggil pulak...baru nak brouse gambar, tepon bunyi...adui! bila gamaknya nak siap nih...
Bila le gamaknya nak pandai buat template lawa-lawa nih...?? Ada sapa sapa boleh tunjuk ajar makcik??