Ini adalah kali kedua Malaysia dilanda jerebu dengan begitu teruk sekali. Kali pertama pada tahun 1996. mungkin diantara itu ada juga kejadian jerebu ini tetapi tidak begitu serius.
Alhamdulilah semasa Auntie sedang menaip ni, di Putrajaya ni boleh dikatakan penglihatan bertambah baik walau pun masih belum pulih sepenuhnya. Tengahari ni, sudah ada cahaya matahari. Tengahari semalam di kementerian kami telah diadakan solat hajat dan juga bacaan Yasin. Insyaallah berkat usaha dan doa mudah-mudahan fenomena ini berlalu cepat. Bagi kita yang bekerja di ofis ni tak jadi hal, tapi bagi mereka yang mencari makan ditempat terdedah dengan pencemaran tentulah menjadi satu masalah besar sekiranya tidak dapat keluar bekerja.
Mungkin juga bahana jerebu, Auntie juga kurang sihat dan terpaksa berehat di rumah pada hari Selasa dan Rabu. Auntie hanya duduk senyap-senyap di rumah ditemani Jim disebelah pagi, manakala petangnya Jim ke sekolah. Auntie langsung tak menjengok ke luar, bila tonton berita di TV, baru tahu jerebu semakin teruk.
Hari Rabu, Jim telefon suruh ambil dia disekolah. Kebetulan hujan turun petang tu. terperanjat jugak, ingatkan dia sakit ke sebab kena balik cepat, rupanya Cikgu bagi pelepasan kerana jerebu nih. Sampai dirumah sibuk le dia beritahu yang esoknya cikgu kata tak payah datang ke sekolah....suka dia tu...Malamnya pulak ada announcement kata semua sekolah kat KL diberi cuti....lagi le dia seronok.Hemmm....tak tahu le bebudak sekarang tak suka ke sekolah...tak macam Auntie dulu, kalau cuti tak seronok sebab tak de kawan.
Mak Auntie kat kampung pun ada telefon tanya sebab apa ada 'darurat' nih, ada orang bergaduh ke??...lo, mak Auntie sebenarnya bukannya dia tonton sangat berita tu, yang dia dengar ...." akan di istiharkan darurat"
dia pun mula panik, almaklum tiga orang anaknya ada kat KL nih....setelah diberitahu perkara sebenar barulah dia lega...hemm begitu orang tua yang dah banyak mengalami pengelaman pahit zaman silam.....zaman Jepun, zaman kominis...dan peristiwa berdarah 13 May....sebut je perkataan darurat dia dah panik!
Ni Auntie nak nasihat le, sesapa yang rajin buat aktiviti luar tu rehat saja le dulu kat rumah nanti dapat penyakit pulak. Kenkawan Auntie yg. rajin main golf tu, berenti dulu, yang suka mancing pun rehat dulu, yg. suka berjogging , boleh relex dulu.
Sekian adanya.
9 comments:
Patut la tak nampak kelibat pun, rupanya duduh rumah ka. Nampak memang teruk tu jerebu tu. Anyway, jaga kesihatan Kak Yan OK?
Kak Yan : bebudak kat rumah pun seronok kemain dapat cuti. Sayang depa kat Tok Hisham depa tu sbb bagi cuti.
Saya pon dapat cuti gak - MC sebab selsema !
anak-anak murid saya pun seronok jugak tak sekolah.. kalau datang sekolah pun dok terlembik2 jer..kejap2 pedih mata, kejap2 pening.. cemana cikgu nak mengajar.. takut plak ada yg pengsan nanti
saya pun suka kalau depa bagi cuti..masalahnya, tmpt keja saya nih tak tertakluk di bawah kuasa Tok Hisham..
ada ka patut lagi disuruh mai kerja kalau ishtihar darurat? alasannya, bebudak yg dok kat hostel tak dak tempat nak pi, so, depa suruh bukak library sampai malam?
management lebih sayang 'duit' students dari kebajikan staff..dah seminggu lebih, dok batuk dan selsema..tak baik2..
(tak sabar nak join gomen!!)
:)
kak yan, jerebu dah lari bawa diri, merajuk pi penang nun, tak apalah biar pi dia merajuk noooo
N, kami kat KL dah ok....awas! dia pi makan angin ke Penang pulak....get ready with your topeng....
Andeh, dah baik selsema ke?
illah, jadi cikgu ni semua nak kena jaga tentang murid, bukan saja bab pelajaran, bab kesihatan pun nak kena ambil tahu jugak.
adiejin, lo! dia ajak kita berpantun pulak dah....ha ni dia pantun Auntie :-
"Bahana Jerebu telah berlalu,
Asapnya pergi bersama bayu,
Auntie tidak secomel dulu,
sungguh pun gitu masih tetap ayu!!!!"
Oremanis, sabo je le...nak buat guano?...insyaallah satu hari nanti dapat le kerja ngan gomen tuh...
Zar, elok lah tu....dah naik rimas dengan jerebu ni....biaq orang Penang tau pulak ap itu jerebu!
auntie.. jerebu ari tuh memang teruk. kat shah alam ni kitaorg siap pakai topeng hari rabu & khamis ari tu (rasa mcm ninja je hehehe). tapi sempat jugak merayau rayau kompleks pkns bershopping. dlm2 org panik dgn jerebu, ramai jugak org merayau kat kompleks membeli belah ni rupanya.
amboi dapat MYVI terus tak update blog...
dah meronda ke mana dgn MAWI tu..ehhh..ehhh MYVI...
ckunang : Walaupun jerebu dah nampak macam ok, kena hati-hati jugak tu....ada tempat masih tak clear sepenuhnya. Kesihatan kena jaga.
Sarah : Ya, alhamdulillah...dah OK
p-nut :...he...he...bukan fasal MYVI...pasal MAWI kot??????..frust sebab dia dah tunang...;-(
Post a Comment