Wednesday, October 05, 2005

Auntie Yan Berkaraoke.

Betul ni, tak tipu. Memang Auntie berkaraoke dengan jayanya. Tak percaya?...lo, apasal pulak?.... ingat makcik tak boleh berkaraoke?….He..He…

Auntie sendiri terkejut dengan kebolehan Auntie tu…rupa-rupanya 'aku ni berbakat juga'.... :-)

Pada sessi berkaraoke malam akhir kami di Melaka tu, setiap kami di”paksa” oleh bos untuk nyanyi..Yang geng tak pernah pegang mikrofon ni gelabah habis…sejuk-sejuk tangan kami semua. Petang tu, lepas ceramah motivasi, bos dah bawak masuk satu buku’menu’ lagu-lagu karaoke. Itu le pertama kali Auntie tengok buku macam tu. Wah! lagu berbagai, lagu orang putih dan lagu Melayu. Bila Auntie tengok judul lagu Melayu, ahhh….tak banyak yang Auntie tahu…takkan Auntie nak nyanyi lagu “Janji Manis Mu”…kang pecah suara masa nada tinggi nanti buat malu je gelak dik bebudak ofis …belek punya belek, Auntie terjumpa lagu fevret Auntie….tak tahu pulak sapa nama penyanyi sebenarnya (…Mak Andeh tahu dak?) Judul lagu tu ialah “Yesterday”…lyrics pun Auntie tak ingat, ingat takat sebaris je tu…gagahkan diri buat macam berani and control diri buat cam confiden je..he…he….Auntie minta Pak We yang jaga lagu tu test tengok dulu betul tak lagu tu lagu yang akan Auntie nyanyikan…hemm…sah betul.

Betul kata Jubeiz, dah pegang saja mike tu,start dua tiga baris…dan perasan pulak tak terkeluar dari melodynya…eh?...ok …jugak…so bukan main sakan le Auntie nyanyi…”unconscious” sekejap….:-) Mujurlah pada malam tu ada pulak final Piala Malaysia kat TV, Cik Din tak lah stay untuk tengok Auntie nyanyi.Kalau ada dia tu segan le jugak.

Lepas nyanyi ada pulak juri bagi komen…not bad le. Antaranya:-

Juri No. 1 - “ Ada bakat, boleh jadi penyanyi popular satu hari nanti”……

Komen Auntie…..: oiii, dah terlambat, aku dah tua, elok berzikir je atau banyakkan membaca al-quraan.

Juri No.2 – “diction OK, mulut kena bukak besar sikit.”

Komen Auntie….yess…betul tu!...tapi mulut tak leh le bukak besar-besar sangat…takut nampak gusi je, gigi dah banyak patah….old age!

Juri No. 3 – “ Kalau boleh kena bangun berdiri….jangan melekap atas kerusi saja…goyang badan sikit”

Komen Auntie…Isyyy…budak ni akau sekeh kang!...mana boleh berdiri…aku sakit lutut la. Apa? Kena goyang badan?...badan comel tak pe le…ni badan aku macam badak…

Lepas nyanyi dapat hadiah…….hanger baju!!!
-hadiah sagu hati untuk penyanyi tak melebihi RM10/-

* Kang ada pulak orang press kata kami pi ngabis duit gomen/rakyat.

----------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, penat sungguh pi sessi Team Building ni. Masa sangat terhad, program pulak berbagai, ceramah itu ini, Ice-breaking la , skill itu skill ini, siang malam, siang malam sampai malam akhir tu baru rasa lega. Lepas dinner, berkaraoke.

Sebelum tu , disebelah petang kami ada suai kenal famili di Water World…lepas tu acara sukaria main air le. Anak-anak memang seronok sampai kecut tangan dan kecurt bu***g…Ada yang terpaksa ditarik anak memasing naik, baru naik, ada yang guling-guling takmo balik..
Orang pulak bukan main ramai. Bas-bas pelancongan pun banyak. Rombongan makcik-makcik ada, rombongan budak sokolah, pejabat swasta, rombongan pekerja kilang (…Aunty N tak nampak pulak….hemmm…bukan kilang dial ah tu…)
Mat-mat Bangla (Joe Bangla takdak, dia kat US) pun ramai jugak. Depa berpakaian smart macam orang nak pi ofis lagaknya.. Masing-masing dengan kamera di tangan sibuk dok klik, klik….rupanya depa dok klik kat amoi-amoi yang berbikini….hemm…bila lagi noooo…dah depan mata takkan nak dilepaskan begitu saja.

Hampir 3 jam bebudak berendam main air. Auntie tengok saja, sambil sembang-sembang dengan geng yang tak main air.
Hari Ahad selesai lah semua…setelah kumpulan yang menang dapat hadiah, cabutan bertuah etc.etc….Auntie dapat satu hamper…actually semua orang dapat, Cuma beza harganya….jadi semua orang pun happy.

Lepas lunch kami pun balik ke KL…Auntie sampai lebih kurang pukul 2.30 ptg. Dari dalam perjalanan lagi dah pasang niat, sampai saja sat lagi, aku solat zuhur, pas tu nak tidur…badan rasa letih sangat. Dalam kereta pun dah bantai tidur.
Sampai je kat rumah……adui!!! Malang sekali, kami tak dapat masuk rumah, si Anja telah kunci dari dalam dan meninggalkan kunci di lubang pintu tuh…..dah satu hal le pulak…bila kontek h/phone dia…dah jawapannya “tida dalam kawasan”….isy…budak bertuah ni rasa nak jerit-jerit kat dia. Kami pulak tak bawak kunci pintu dapur.Si Anja ada kunci pintu dapur, so, dia keluar masuk ikut dapur….Kami ambil keputusan pi ron Carrefour dulu, kebetulan Auntie ada boucer CarreFour….sambil tu kontek jugak Si Anja…..balik semula ke rumah dah pukul 4.00…pukul 4.30 baru dapat kontek Anja…bertuah punya budak cis!!!….@3@@@**&&@@@!!!!.....hujan dah mula turun, pulak,maka kami tiga beranak masuk le semula dalam kereta…nasib baik tak lama lepas tu, sampa le Si budak betuah tu dengan kuncinya..hisy…kalau di ikutkan hati…mau saja di balun si Anja ni…tapi, dia dengan senyum simpilnya…”sorry…ingat mak ada kunci belakang…” dan dia terus cabut naik kereta kawannya…tak sempat Cik Din nak belasah dia….ohhh..anak ku…..
Masuk rumah, rasa flat habis…..

p/s: P-Nut, Auntie tak larat dah nak tunggu Mawi. Acara dia pukul 2.30 ptg.
---------------------------------------------------------------

Hari Isnin, dah rasa macam….malasssssnya nak pi ofis ni…tapi terpaksa juga pergi sebab bos dah suruh attend satu Seminar pulak….dari pagi sampai petang….ayooo…tersengguk-sengguk jugaklah kat bilik seminar tu…….apa nak buat dah arahan.

----------------------------------------------------------------

Ha, dikesempatanm ini, Auntie ucapkan Selamat Berpuasa. Insyaallah kita semua dapat menjalankan ibadah ini dengan penuh kesabaran.

Yang nak kurangkan berat badan…apa macam???boleh…kita berbuka dengan kuma dan segelas oren jus….dan bersahur dengan segelas susu dan 3 bijik kurma juga,,,,
------------------------------------------------------------------

21 comments:

Anonymous said...

Terror lah auntie yan nyanyi ya!
selamat berpuasa untuk auntie sekeluarga, nanti sahur karang makan apa?, onde2 ingat nak masak sup tulang-lah pas tu makan ngan mee ke...


-onde2

Leyla Shuri said...

kak yan, yesterday yang dari Beatles ke?

Yesterday

Yesterday, all my troubles seemed so far away,
Now it looks as though they're here to stay,
Oh I believe in yesterday.
Suddenly, I'm not half the man I used to be,
There's a shadow hanging over me,
Oh yesterday came suddenly.....
Why she had to go I don't know, she wouldn't say.
I said something wrong, not I long for yesterday.
Yesterday, love was such an easy game to play,
Now I need a place to hide away,
Oh I believe in yesterday.....

Yang ini slow sikit, yang ini ke?

Jubeiz said...

Fuh Auntie.. power ah nyanyi lagu Yesterday (nyanyian The Beatles). Ni lagu favourite saya ni. Kadang-kadang saya dengar lagu ni dalam kereta masa pergi dan balik kerja.

MA said...

Caya lah Kak Yan. Yesterday lagu Beatles tu....

Tak gian pegang mikrofon lagi ? Heheh...sementara nak posa ni, kita pegang tasbih lah pulak yer....

Selamat berpuasa to Kak Yan and family.

AuntyN said...

Yesterday no.... Amboi, amboi....hehehe
Sedap lagu tu....
Kami tak pi lawat mana pun Kak Yan asyik dok teperok kat kilang saja ni...

Awat tak tunggu MAWI.....

Selamat Berpuasa Untuk Kak Yan dan Keluarga.

AuntieYan said...

Onde : Selamat berpuasa juga dari Auntie. Tak tahu lagi nak masak apa untuk sahur nanti...kalau Auntie sahur sorang, minum air je lah. Tapi, kena masak jugak.....tu Cik Abang dan hero kecik ada tu...
---------------------
Lela : Wah! Lela ada senikata lagu tuh...he...he....memang tidak salah lagi...itulah lagunya.
Lagu tu memang slow sebenarnya....tapi versi karaoke ni laju sikit...tercungap lah jugak Akak ....:-)
-------------------------

Jubeiz :...he..he....Yesterday lagu Beatles rupanya! haram Auntie tak tahu selama ni...walau pun dok nyanyi sensorang....
Nampak gayanya lepas ni Auntie kena cari CD the Beatles yang ada lagu Yesterday pulak....bila dengar lagu tu, boleh le bayangkan Auntie noooo.....
--------------------------

Mak Andeh :...he..he...cam tak percaya je Akak boleh nyanyi....
Lain kali kalau ada karaoke lagi tak le panik sangat...
Buah tasbeh dah ready, kat ofis pun adaaa...
-------------------------

N : lain kali kita jumpa, kita buat karaoke pulak, baru hebat (ke...huru-hara)
Memang lagu tu sedap, senikata dia pun tak panjang.Tu, Lela dah bagi tu boleh le salin nyanyi sorang-sorang.
Selamat Berpuasa jugak untuk N, famili...
------------------------

anggerik merah said...

Auntieyan....memang best lagu yesterday tu...

Selamat berpuasa untuk Auntieyan & keluarga

AuntieYan said...

Anggerik Merah : wah! ramai yang suka lagu tu rupanya...:-)
---------------------

AdieJin:...Adui!!!...tang mana yang menggelikan hati sangat tu???...Rasanya entry kali ni tak banyak lawak jenaka....ni mesti you bayangkan Auntie tengah dok pegang mikrofon...Apa kata satu hari kita duet lagu"Cinta Yang Terlarang" - lagu Brory sama itu Dewi Yull....

Anonymous said...

auntie yan.. lepas raya jom kita gi dating.. nak tak? kat alamanda pun okla..

selamat berposa.

Traveler said...

Terjawab akhirnya misteri kehilangan Auntie Yan selama seminggu nih. Sayang tak dapat nengok Auntie berkaraoke dgn. lagu "yesterday".
Siap komen juri lagi tu. Esok-esok suruh juri tu nyanyi kat depan plak drpd asyik mengomplen orang aje.
Selamat Berpuasa Auntie Yan.

AuntieYan said...

Sarah : boleh saja, tapi, Sarah kena datang ambik Auntie nih...kalau tidak, tak sampai le Auntie kat Alamanda tuh...:-)
--------------------

anakdagang : ..isy...tak hilang! adaaaa...cuma kenkadang malas nak up-date.
He...he...! sebenarnya yang jadi juru pun kena nyanyi jugak...memang pun juri No.2 tu, langsung tak pandai nyanyi, dia langsung tak boleh ikut muzik....dia nyanyi macam baca buka saja...!!!so, antara komen yang dia dapat ialah..."elok takpayah nyanyi, baca sajak sajak lagi baik"...sakit perut kami gelak....Yang benonya, penyanyi dengan juri pun 2 x5 saja.Adalah beberapa orang yang boleh nyanyi (..ehemmm...termasuk Auntie..ehe..ehem...)....;-)

Pnut said...

nasib baik tak jumpa mawi..kalau tak jeles chekkk...

lps raya kita meround alamanda lagik yek....ngan itu kakak yang comel sorang lagi tu...

jeles betul hari tu mkn-mkn kat jhonny tu sedapppp je nampak...
tapi kita dah kenyang bebeno dah...

Anonymous said...

wah2... camnie kalau auntie yan buat open house raya ke, bolehla buat acara karaoke.. hehe

Selamat menjalani ibadah puasa auntie yan... kalau pi pasar ramadhan tu ingat2la kitaorg kat sini... huhuhuhu

Zareda Norman said...

kak yan
yesterday by the beatles ker, lagu tu sedih wooo.. biasa leleh air mata.. ada nostalgik sikit ngan lagu tu

Kak yan, zar ucapkan selamat menyambut ramadhan..

MA said...

hahaha...tgh bayangkan Kak Yan dgn Jin dok berguling2 turun bukit nyanyi lagu Bobby. Mahu mati rumput-rumput kena lenyek !

Jgn marah (nanti batal posa)

oren said...

huih..siap ada komen juri, bagai dalam Malaysia Idol..

So, selamat berpuasa jugak la utk AUntie sekeluarga..

Anonymous said...

auntie.. boleh aje.. nanti sarah amik auntie kat umah ke... weekend jela yg boleh.. hari isnin smapai sabtu sarah keje.


nantile lepas raya punya projek..

Ayah said...

Yesterday yang fofular cuma dinyanyikan oleh kumpulan the Beatles. Fofular bermaksud tersenarai dalam buku keroke.

Ada jugak yang dinyanyikan oleh kempulan Gun n Roses, ish bukan yang tu kot....

aNIe said...

Assalamualaikum..salam perkenalan Yan..blog hopping..tu lah yang AuntyN cakap..kak lady ni pun hop kat sini dari blog Adiejin ke AuntyN last2 landed here...
Dari tadi dok gelak2 kat blog Adiejin..ni kat Auntie Yan plak...adoiii..sakit perut dah!! Terbayangkan Yan berkaroke...ala-ala Malaysia Idol gitu..

Sri Diah said...

selamat berpuasa untuk sis yan sekeluarga.

AuntieYan said...

P-Nut :...hati tu ingin jugak nak jumpa Mawi...:-), tapi takut pulak hanya penat saja yang dapat almaklum le dia banyak peminat.Ya, lepas raya nanti kita ronda lagi.Memang OK le makan kat Johnny.
---------------------

AdieJin : he..he...tak sangka ada offer untuk berduet dengan orang muda.. kalau nyanyi sampai guling-guling, keliling pokok, bukit berbagai tu...maknanya lagu Hindustan le kan?....:-)
---------------------

Nonie : kalau open house buat karaoke...mau dari pagi sampai malam tetamu takmo balik...he..he..
----------------------

Zar : Tak sangka lagu 'Yesterday' tu jadi fevret orang muda jugak...ingatkan angkatan pop yeh-yeh je yg. minat.
----------------------

Mak Andeh :Kah!..kah..Kah...Akak pakai Sari, Si Jin pakai kurta dan siap ada 'pottu' kat dahi lagi!

---------------------
Orenmanis : komen juri for fun...juru dengan penyanyi pun 2 x 5 saja...
--------------------
Sarah : kalau ambik kat rumah tu berat sikit le...Auntie jarang keluar rumah masa weekends...kalau hari kerja selalu keluar hari Jumaat sebab time rehat panjang...tak pe kalau betul-betul nak dating nanti kita arrangge le OK?
---------------------
Ayah : kalau kumpulan Beetles tu Auntie tahu le...siap tahu nama anggota kumpulan tu. Gun N Roses...memang tak tahu, rasanya kumpulan jaman sekarang nih kan?
---------------------
Kak Lady :....hai Kak Lady salam perkenalan jugak dari Auntie...
Kak Lady, begitu le ceritanya first time berkaraoke!...gamat!!
--------------------

Sri :....selamat menyambut bulan puasa jugak dari K.Yan...
-------------------