Thursday, October 27, 2005

Persiapan raya lagi...........

Isy, sabo jelah dengan PC Auntie ni. Tinggal nak klik OK saja PC ni tertutup dengan sendirinya maka hilang lah entry yang Auntie dah buat dengan panjang lebar.Isyy…rasa cam nak jerit je…
Nampak gayanya terpaksa kena type dalam words, kemudian copy paste kat blogger.

************************************************

Dah habis cerita persiapan nak raya? Tak, banyak lagi nak cerita.

Ada orang tu kan dia kata dah malas nak pergi melawat blog-blog yang dia selalu pergi, sebab asyik-asyik cerita nak raya. Tentulahkan kita nak raya ni seronok tau…tulah nikmat kita berpuasa. Bagi kita satu kemenangan gitu.

Budak-budak pulak sebab puasa akan berakhir. Raya datang pulak. Bagi mereka nih raya adalah sangat dinantikan. Apa tidaknya mak ayah semua sibuk buat berbagai persiapan untuk mereka. Baju raya,kasut raya, songkok raya.

Untuk diri sendiri, apa pun belum disiapkan. Ingat kot le Cik Din nak perezen baju ka bang sepasang, bila tanya dia, dia kata “ baju dah bertimbun, pakai saja lah yang paling terbaru, lagi pun nak balik kampong mana orang tau baju baru ke baju lama”…hemm…betul jugak kan. Nampak gayanya Auntie kena beli sendirilah.

Lepas raya ni Auntie dah banyak terima undangan (ceh! macam artis pulak)…bukan le untuk menyanyi, undangan makan-makan, beramah mesra dengan kenkawan. Ramai jugak yang nak buat open house nanti. Depa jemput Auntie awal-awal lagi sebab Auntie sorang terbuang kat Putrajaya ni. Auntie sendiri tak buat le kot open house ni….rasanya tak terdaya, walau pun kalau nak guna khidmat catering…sebagai tuan rumah takkan tak bergerak langsung…tentu kena kehulu kehilir jugak…..mau terus tercabut tempurung lutut nanti!

Macam biasa, Auntie pun siap jugak duit raya walau pun tak banyak mana. Ikut kemampuan. Oleh kerana tahun ni Auntie akan beraya di Pahang maka anak-anak sedara Cik Din lah yang akan dapat duit raya. Cik Din dia buat ‘dunno’ je. Dia hanya bagi duit raya kat mak dia saja.
Jim pun dah berkira-kira duit raya yang bakal dia terima nanti. Dia pun dah ada ‘wish list' nya.
Selalunya Auntie memang bagi duit raya untuk anak-anak. Hanya dua orang saja pun. Si Anja dah bergaji, so dia jugak kena beri untuk adik-adiknya….tak tahu le dia ni kedekut pait!.........
Jim pun dah kata yang dia rasa sedih lah mungkin tahun ini last dia dapat duit raya, selain dapat dari emak…sebab dah besar panjang, orang nak bagi RM1 tak berbalaoi, kalau ikut kawan beraya orang tak bagi kat budak besar yang tinggi macam dia. Betul jugak kata Jim. Jadi , bebudak remaja memang berharap sangat dapat duit raya drp. Mak sedara & bapak sedara je lah.

Masa Auntie kecik-kecik dulu pun memang tak dapat banyak duit raya, sebab tak ikut beraya, mak Auntie minta Auntie stand by kat rumah sebab anak- murid dia akan datang berduyun-duyun. Auntielah tolong mengidang kuih dan membasuh pinggan mangkok. Tak berpeluang nak meronda sana-sini. Kalau nasib baik ada kawan mak ayah datang rumah beraya dapat le duit raya. Kalau tidak harap duit raya yang mak bagi saja lah.

8 comments:

Anonymous said...

tahun ni beraya kat rumah MIL di Johor...alhamdulillah semua persiapan hampr 90% dah beres..
selamat hari raa]ya aidil fitri untuk auntie sekeluarga...

ibuVouge said...

auntyYan
selamat hari raya, moga selamat perjalanan Aunty, cepat baik sakit lutut tu,
aunty Doa saya mudah bersalin ye.

Leyla Shuri said...

Syawal di rantau sedih terasa,
Ingin bersama menunpang ria,
Tangan dihulur sempena raya,
Maaf dipinta terkasar bahasa.

Selamat hari raya eidil-fitri buat kak yan sekeluarga.

AuntieYan said...

Edryna : Semoga Hari Raya Tahun ini disambut dengan penuh ceria.

ibuvogue : Jaga diri, jangan terover makan dihari raya. Insyaallah selamat semuanya.

Rojek : Buah Selamat Hari Raya. Jangan lupa tunggu anak bini kat airport!

Halela :
Kek lapis berwarna-warna,
Dimakan bersama biskut halia,
Tangan disambut penuh makna,
Bersama bermaafan di hari mulia.
Selamat Hari Raya.

OOD said...

auntie Yan,
weekend ni le baru nak buat persiapan raya. Tak sempat, busy!
ingat anak2 je le beli baju baru. Saya dapat handphone baru je ke, jadiklah (hehe.... cita-cita tinggi!)

MA said...

Kak Yan : Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Saya macam biasa, tak de persiapan Raya pun. Baju kurung pakai pagi Raya buat syarat :-)

Semoga selamat di perjalanan untuk Kak Yan sekeluarga.

AuntieYan said...

Ood : Selamat Hari untukmu & keluarga. Auntie pun tak tahu nak siap apa...macam nak masak kuah kacang kot...he...he...risau jugak takut tak menjadi.
Lo...h/phone raya...cukup baik tu.
----------------
Mak Andeh: Selamat hari Raya.
Esok kot baru nak pi tinjau-tinjau baju raya...pun kalauberkenan, kalau tidak, baju lip-lap 4 tahun sudah pun masih ok :-)

HCI said...

Baju baru? Badan dah susut bila puasa, baju lama boleh jadi baju baru..Duit raya, budak2 kampung dah canggih, sama ler dengan tuan rumah, dia orang datang satu group, so tipsnya: tanya depa, nak makan?....ke nak duit raya jer?

Biasanya dia orang nak duit raya sebab nak cepat nak gi cari mangsa lain, takut raya ke2 tuan rumah dah tak beri duit...

Kurr semangat,,,kalau tak kena buat air dan basuh gelas dan piring ler.

ni terjatuh dalam blog ni, tumpang sekaki, selamat hari raya.