Thursday, October 13, 2005

Warkah Untuk AdieJin.

Menemui kembali Adindaku AdieJin.

Adinda,

Dikesempatan ini kekanda ingin melayangkan warkah yang diharapkan dapat memberi ketenangan jiwa kepada adinda yang sedang hiba dan gundah gulana dek kerana berasa bersalah yang amat sangat terhadap kekanda.

Adinda,

Bukankah kekanda telah pun memaafkan adinda lewat warkah terdahulu? Mungkin, adinda masih merasa sangsi yang kekanda sedia memaafkan adinda. Adinda sangat bernasib baik kerana telah terkutuk akan kekandamu ini di bulan Ramadhan yang mulia, jika tidak harus tidak kekanda memaafkannya samasekali. Memandangkan bulan ini penuh dengan keberkatannya, maka kekanda dengan rasa syahdunya memaafkan adinda.

Janganlah dikau bersedih, terharu atau hiba lagi. Janganlah dek perasaan yang gundah ini telah menyebabkan puasa mu tertinggal beberapa hari kerana asyik bermuram durja.Hapuskanlah air matamu.

Adapun, kekandamu ini, tersangatlah baik dan mulia hatinya apalagi terhadap adinda.

Adinda, lupakan saja ketelanjuran itu. ……

(Haaippp! Hari ni posa ke tidak?????? nak kena balun dia nih!!!!!)

Kalau hari ni tak posa juga…tak pe…Esok jangan lupa berpuasa Kemaafan telah diberi tiada lagi gundah di hati…marilah kita sama-sama berpuasa Esok lusa belum tahu lagi samada kita masih bernafas lagi….Allah Maha Pengampun lagi memaafkan hambaNya yang lemah.

Adinda,

Janganlah membawa diri, sedih pulak rasa hati kekanda.Adinda dah menjadi penghibur kepada kekanda dan jugak penghibur kepada sahabat handai kekanda. Sekiranya Adinda membawa diri, siapakah yang akan jadi penggantimu???....oh! tidak....!!!

Oh!…dimanakan ku cari gantimu??????…….

19 comments:

Anonymous said...

waduh waduh waduh...begitu sentimental sekali...itu.
Ayat lama lagi power.

AuntieYan said...

pb :...sambil mengayat, sambil berdakwah!...mudah-mudahan lembut hati dia tu....;-)

aNIe said...

hahahah...auntieyan...panjangnya warkah untuk memujuk Jin tu...bukan main lagi kata-kata dalam warkah tu...mendayu-dayu...heheh...moga-moga termakan lah dia kan pujukan auntieyan itu..heheh

MA said...

Caya lah Kak Yan !

Sure cair si Jin tu...

:-)

Anonymous said...

phewwwitt...sungguh klasik skali warkah makciknda Yan kepada pakciknda Jin...

Semoga hatinya terbuka untuk berpuasa..(nih rukun Islam nih, tak leh main2 la Enche Jien)

AuntyN said...

Kak Yan : Nak tergelak guling-guling baca warkah ni.

Jin, bertuah sungguhlah dapat kekanda yang begitu pemaaf. Jadi ambiklah iktibar sikit tu OK :-)

Kalau tenah tau dia mesti jeles ni, "asyik, asyik Jin, asik, asyik Jin!!!!"

Anonymous said...

Wah..wah..wah Kak Yan tulis letter khas utk Adiejin . Syahdu syahdan , kalau tak jalan jugak ... memang hati batu ...hehehehe

AuntieYan said...

Kak Lady : harap-harap begitu lah...sikit punya susah nak 'ayat'kan dia ni.....kena guna saikologi.....he..he...
----------------------

Mak Andeh : ...takut dia cair kejap je....kalau tak cair jugakk..."nanti dia,...aku balunnn je!!!"
----------------------
Oren : nak buat lagu mana? nak pujuk orang yang "kelasik" kena cara kelasik jugak...hemmm kalau tak menjadi jugak...siap dia....kita pakai bomoh pulak!
---------------------
N : tulah...Jin sekor ni bukan senang nak handle...kena cara kelasik tu....orangnya pun kelasik gitu.He...he...
-----------------------
mrs amd : insyaalah, Si Jin akan lembut hatinya...nengokkan gambonya orangnya lembut. Dalam Firasat Auntie pun macam tu jugak....Tak pe, di bulan yang mulia ni Auntie akan memohon kepada Allah akan segalanya berjalan dilandasan yang lurus dan betul.

Tang Tenah tu...tak pe...jangan jeles jeles...nanti kalau mau Auntie akan kirim Warkah kelasik untuk mu....hemmm pi baca buku.
---------------------

uDA said...

ekeke. dasat ayat auntie.Bagaimana agaknya tindak balas nya kepada Jin itew?

Sekarang barulah kami semua faham mengapa Jin itew gundah gulana dan tak boleh berlapar dahaga..

Tahniah auntie. good job. hehehe

anggerik merah said...

Waaaaa...auntieyan!!! memang syahdu betui baca warkah pada adinda...dah lama tak dengaq bahasa classic nie...

Mudah-mudahan naik semangat Jin menghadapi dugaannya..

Ely said...

adiejin dah baca nih ke belum eh?

ish tak baik si jin nih merajuk time posa!

OOD said...

oh ini jin islam ka? ok la tu... dia poso? eloklah..

AuntieYan said...

Uda : harap-harap ayat Auntie tu "cukup dasat" untuk menyedarkan Jin. Rasanya dia dah baca warkah tu....kita tunggu dia nak jawap apa...he..he..
-----------------
Anggerik : Syahdu??...gitu le kalau nak memujuk tuh...kalau dah terpaksa guna bahasa klasik, kita guaakan.......ye...mudah-mudahan semangatnya pulih kembali...
-----------------
Ely : rasanya dia dah baca...tu la nak merajuk dibulan posa.....dahhhh sampai tak posa pulak..;-)
-----------------
Ood : Jin Islam ni....tapi nampak gayanya nak kena di"selamkan" tuh...tak pe Ood, slow-slow, Auntie dakwah dia...insyaallah le tu...meh kita sama-sama dakwahkan dia...

MA said...

confirm fail si Jin kalau ambil SPM kertas BM bahagian surat menyurat.

Sri Diah said...

waduh...tak dapat bayangkan Sis Yan berdakapan, dipeluk, digomol oleh orang lain selain drp kekanda Cik Din ;-)

aNIe said...

hahaha...auntieyan!!!..Jin dah balas...berbaloi jugak kan...tulis warkah pepanjang ni...sampai meleleh air liur jin..tapi bab gomol2 tu kene tapis ngan Finas lah...bulan posa plak tu..hahahah

AuntieYan said...

Adinda AdieJin,
Syukur alhamdulillah, adinda sudi muncul semula...tentunya telah hilang segala resah dan gundah gulana.
Oh! adinda..jangan le sampai begitu sekali....ada pun kekanda mu ini telah dimakan zaman...telah tua kerepot...tidak pantas untuk dipeluk cium lagi...anyway...terasa besar hati kekanda kerna masih ada yang menyanyangi...cuma satu saja adindaku....merajuk pulak adinda Lily mu itu nanti dek kejelesan yang teramat sangat.
Habaq lah saja padanya yang kekanda ini hanyalah seorang wanita yang telah pun tiada 'keseksiannya' lagi...idak perlu dijelesi...;-)
Ya adindaku elok sangat cadangan adinda itu...ambil yang jernih buang yang keroh....Wasallm.

p/s:....posa ke tidak nih????nampak macam dok nyalakan api paip je...?
---------------------
Mak Andeh : Betul, BM klasik dia bertaburrrr!
---------------------
Sri :....tu yang meresahkan K.Yan nih!...dia belum jumpa lagi dengan makcik nih...dah jumpa nanti takut-takut nak salam pun dia tak berani...tangan & jari jemari dan berkerutu...

Selamat berbuka. Makan apa gamaknya?..:-)

AuntieYan said...

Kak Lady : tu la Auntie nak kena bagi warning sikit kat dia nih!...ada ke patut orang tua pun nak dipeluk-peluknya...hemmmbuang karan sajalah!...err anyway...dia tak posa kot hari ni...tu yang dia main bantai cakap je...:-)

Anonymous said...

mmg dok jeles, ngaku je lah. la ni si jin tu jejaka terhangat di pasaran