Wednesday, January 18, 2006

Mana Pegi duit ku???

Ingatkan bila masuk tahun baru tak banyak beban kerja, rupanya yang tahun lepas pun tak habis-habis lagi. Tiap tahun lagu tu lah jugak...last minute punya tugas...terutama bila berkaitan dengan pembayaran, tarikh tutup 15 hb., pagi 15hb semua sampai ke meja...kalau macam ni robot pun boleh pengsan....inikan pulak daku insan biasa!...(dah tua pulak tuh!). Hari ni, insyaallah dah lega sikit.....(dalam pada tu, dan lagi pi menebeng berchatting tu....:-)

Pejam celik kita dah pun masuk pertengahan bulan Januari...rasa letih jugak nak tunggu sampai bulan berakhir...gamaknya sebab Auntie dah pokai sangat nih...rasa macam lambat pulak nak ngabiskan minggu ni...Isyyyy....sabo je le....minggu depan dah dapat gaji....

Bulan ni duit keluar macam air sungai yang mengalir tanpa halangan...lajuuu je...Semua orang pun macam tu jugak rasanya almaklum akhir tahun dan masuk tahun baru.

Budak sekolah, macam-macam nak kena settle. Bab rumah lagi...cukai pintu, cukai tanah....bab kereta pulak...road-tax & insuran... Nasib baik kereta kecik kami tu segala yg. berkaitan kena settle bulan Ogos.Yang berpendapatan rendah & anak ramai cam mana le gamaknya....
Alhamdulillah...Auntie masih survive, hanya Jim saja yang sekolah. Ayah dia tanggung semua....:-) Auntie tolong reload h/p nya saja.

Eh...duit gaji Auntie mana peginya???...Entah le....kami orang pompuan selalunya keluar duit membeli benda-benda yang kaum lelaki tak perasan pun nak beli. Cuba tengok, sapa tukang beli towel untuk lap tangan...ala yg. lawa-lawa sikit tuh...sape beli kain nak tutup meja, chair back, sarung bantal dan kain cadar, sapu tangan, stokin anak & stokin laki jugak....pstttt!...kenkadang seluar kecik depa pun bini kena beli...sebab depa lupa nak beli...:-)

Bunga-bungan untuk hiasan rumah kita jugak yang beli...kan?...Kalau cakap kat depa, depa kata hemmm tak payah le buat sarang nyamuk je....(Tu...my Hero Tamil kata...)...mungkin hero you all tak macam tu....

Hemm...apa lagi yang orang pompuan suka beli, orang lelaki kata tak payah beli...macam-macam nooo.....
Satu lagi, bila balik kampung rumah MIL...kita jugak le yang kena beli buah tangan...kalau ikut my Hero Tamil....tak payah, mak I tak kisah
Auntie jugak le yang beli baju ka, tudung ka untuk mak dia. Kalau suruh dia, dia akan kata tak payah...baju mak dia dah berlambak.....:-)
Duit pun kita hulur jugak untuk MIL tu...alah...sekali sekala balik kampung. Tak dapat banyak, sikit pun jadi lah.

Auntie pun bukan le nak berkira sangat....terutama kalau membeli untuk MIL tu....kira sedekah le....sambil nak mengambil hati orang tua. MIL pun kalau Auntie beli apa-apa dia suka sangat. Kembang le rasa hati Auntie kalau orang appreciate.

32 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya sonot sgt baca jernel aunty yan..
best sgt..
kalu saya nk kenal aunty lagi close.. buleh ker?

youngmummy..

Queen Of The House said...

Apa lagi yang kaum ibu/isteri beli yang depa tu tak teringat nak beli ? Banyak tau ...... ubat gigi, berus gigi, shaver, bedak, 'ubat ketiak', plastik sampah, gula, sabun, dan segalanyalah. Kalau tak suruh depa beli, depa tak tau pun benda tu dah habis. Adoi .....

Eh, orang gomen tak dapat gaji awal ke bulan ni? Nak raya (Cina) kan?

Anonymous said...

hahahhaaa.....sib baik aku klik cepat otherwise QOTH dpt no SATU

tu la, kalau nak tau berapa berharganya 1 minit, tanya sama itu cL....kehkehkehkeh...

Anonymous said...

sabaq auntie, 4 hari je lagi...

Queen Of The House said...

cl ni ....... tak teringin nak berblog sendiri ke? Bagi can ler orang pergi main cop kat your blog. Kan Aunty Yan kan? Eh, cop cop, Kak Yan.

AuntyN said...

KakYan, bab bunga2 saya tak beli, Uncle Z yang beli, seluar kecik2 dan toileteries dia pun dia beli sendiri. Cuma saya nak kena maintain anak2 dara punya saja (read : underwares, toiletries/cosmetic, tudung, baju etc.) Yang tu pun dah senget poket mak dia ni. Nak buat camna nama pun anak2 dara. Tupun baru 3 je yg p*r**d tu. Tahun depat tambah dari 4 ke 5 org perempuan yg nak pakai P*d. Yg tu saja pun dah boleh kaya tokeh kedai tu hah:-)

AuntieYan said...

cl : Auntie rasa le....orang lain semua dah dapat bonus tu...you sorang je tak dapat...sah bos you dah tahu you asyik blog hopping!!!:-)
--------------------

QOTH :...banyak sungguh nooo yang depa lupa nak beli.........:-)nasib baik ada kita...:-)kita ni baik sungguh dah beli tak claim punnn...(Auntie le)
---------------------

Cl: suka nooo dok dapat no.1...hemm .....bebudak le katakan!;-)
Tak pe OOTH...kang tak bagi kat dia nangis le pulak. Suruh bukak blog takmo....;-(
---------------------

drb :...dok bersabo le ni...isyyy...;-)
---------------------

N : parah jugak le ngan anak-anak dara nih...hak pad saja dah berapa bungkus tuh...,hak pakaian dalam, aksessory...ubat jerawat, clenser, toner, make-up berbagai.....hemmm..Manager Kilang pun rabak gak....:-)
----------------------

Arena said...

AY,
towel, cadar, cutlery tu memang kena beli sendiri. Kalau mintak dgn Ed, sure dia kata, alaa yang dulu tu kan elok lagi. TOwel dah boleh buat lap kaki pon nak pakai lagi. Arena amek gunting towel tu buat kain buruk dan letak yang baru. Kalau tak memang dia sanggup jek.. Geram tol..

meandbaby said...

Auntie..bab-bab rumah nih memang le kena beli sendiri..diorang memang gerenti tak tau punya..kt mana murah..capx elok ke cap y yg elok..apalagi bab Tupperware mana yg cantik..correlle bunga mana design baru...betul tak puan-puan..he!he!

Sya said...

auntieyan.. kita ni geng le bulan ni, sya pun dah tahap sampai ke hidung keringnya. Itupun bertangguh beli buku sekolah anak sulong manakala si bongsu tak daftar sekolah agama lagik sebab sekolah agama swasta yg dia masuk tu mahalnya sgt initial payment (dia tak dapat penempatan di sekolah KAFA biasa).

Skrg ni semuanya di poket sya, tak der hero yg nak dikongsi. Sya pun sama ngan hero tamil auntie. Sya tak suka bunga2 sbb bagi sya tempat habuk dan nyamuk berhimpun.

Anonymous said...

AY, hero tamil AY ngan my hubby sama je. Kalau kita nak belikan something for MIL & FIL jawapannya sama je. "Tak payahlah beli, diaorang pun tak kisah". Ini je jawapan dia..kita sebagai menantu nak gak amik hati in law kita kan sesekali..bab2 beli barang2 lain tu mmg dia tak reti pun, mmg sendiri kena belilah sometimes saya beli claim kemudian ...bukan berkira kekdg tu terlebih spend duit sendiri tu yg claim tu... :-)

Anonymous said...

ehhh.....aku rasa pelik sungguh ler. camner anonymous (youngmummy) tiba2 leh menyelit between cL and QOTH??????? tadik takde pun?? ni mummy the return ka apa nih??? moskel moskel...

AY, tlg la doakan bonus kluo before Feb06 eh. saya nak belanja AY menebeng teh tarik nih...

AuntieYan said...

Anon/youngmummy : Oppss...sorry tertinggal pulak nama anda.
Hemm..Auntie ucapkan selamat datang dan selamat berkenalan...rasanya semua yang Auntie kenal melalui blog ni dah jadi close friend, malah ada tu Auntie dah rasa macam dah kenal bertahun-tahun...itu le magiknya berblog nih...feel free to come here and visit others too.
Macam-macam adaaa.....;-)
--------------------

Arena: species 'depa' ni gamaknya Allah jadikan sama saja..
--------------------

meandbaby : oh...see...your hero punnn sama gak...dah kata dahh;-)
-------------------

Sya :...sabo je le nak tunggu 23 hb. nih....ya, macam Sya sorang diri, lagi le terasanya...syyy....bekas Hero tu tak contribute ke untuk anak-anak nya???
--------------------

EdRyna: :-)....:-)....:-)
kan dah cakap...sama je...!!
--------------------

Bukan Sepet said...

errr.... saper saper yang tak cukup duit, leh mintak ngan saya ya. Saya kaya ngan duit-duit ni.

Saya bulan ni cukup banyak duit-duit. Kat btg pokok kelapa ada,
kat pokok asam ada,

macam macam ada.

Ambiklah. Jgn lupa taruk tanah dan baja.

sekian di maklumkan.

hai auntiyan.

Anonymous said...

Hah..kalu keluar beli dengan hubby dulu,alek-alek beli nak bayar aje.. ada aje benda terlupa..dia volunteer nak gi ambik.Sekarang dahtau trick dia..kita lari dulu..
diale bayar..he..he..

Jubeiz said...

betul la kata auntie. awal tahun memang byk habis duit. saya punya duit byk habis ke kereta. maklum je lah, kereta dah lama. byk benda nak tukar. nak jual sayang. nak ambik baru .. malas pulak berhutang.

MA said...

KY : Ada kawan-kawan I yang mengamalkan kata-kata :

"Duit macam janggut, hari ni cukur besok tumbuh balik ! "

Masalahnya, ada separuh dari kita yang berjanggut Rasputin, ada berjanggut kambing, ada gak yang bermisai sebab tak ada janggut !

Anonymous said...

AuntieY,

He he.

Bunga saya beli. Beras, ikan, sayor, barang2 dapor saya jugak. Bil Letrik, air, sewa, tonggas, keta.

Maam beli buku sekolah, ajar bbudak ngaji, hantar amik budak sekolah, sekali sekali makan ngan diaorang.

Kita nii kira pandai2 aejah laa.

He he he Keluarga Bahagia..

AuntieYan said...

Bukan sepet :...err..bagi no. telepon...ke, nak AY kasi no. bank account...;-)
-------------------

jubeiz:...hai Jubeiz :-)

Orang bujang memang cam tu..duit banyak habis kat kereta je. Sat tukar rim, sat tukar cat, sat tambah tu, sat tambah nih....Tak pe, jangan membazir duit tak tentu hala dah le....

pstttt...! bila nak akhiri jaman bujang????...isyyy..;-)

Ely said...

hai nasib baiklah suami i yang pergi grocery shopping dan benda2 rumah (berus gigi etc) itu pun sebab dia bekerja di rumah.

tapikan, aper org pompuan suka beli? aper saja yang on sale lah! heheheh

AuntieYan said...

Mak Andeh :...ya, ramai yg. kata duit macam janggut tu...sungguh le tu...kenkadang takut yg. tumbuh tu tak macam yang dah di cukur...tumbuh jarang-jarang...;-)

p/s:..Hero Tamil, misai lebat...janggut dok cukur sokmo...psttt...heroin dia tak suka janggut tu...!
---------------------

tj: Auntie tahu dahhh...tj memang suami yang mithali dan mempunyai keluarga bahagia.:-)..alhamdulillah...sama-sama menyumbang.

p/s:...psssttt!...seluar kecik demo sape beli weh?...!!!!!:-)

KLMari said...

Thanks for visiting, Auntieyan. Bab duit ni mmg betullah macam air, nak nak awal tahun. This year my girl masuk kindergarden, so expenses sudah naik daaaa...Bab barang barang rumah and gorceries ni, mostly hubby I yang beli. Sabun, plastik sampah, toiletries dia beli, barang anak anak and kekadang barang dapur. Since dia has more flexi working time, so dialah buat menda tu semua. I just placed the order...heheheh...

aNIe said...

Erm...hubby lady pun selalu jugak tanya...Kemana pegi duit yang dia bagi lady...

Selalunya lady belanja untuk keperluan rumah yang kecil2..tak nampak..tapi kalau di himpunkan jadi banyak...

Sama pulak dialog hero auntie tu dgn hubby lady bila part nak beli barang untuk MIL...tapi lady lah yang selalu berkeras suruh belikan...biar dia dah ade byk..tapi it's the thought that counts...

AuntieYan said...

easylady: Lain kali sediakan list awal-awal supaya tak terlupa...so, dia tak boleh nak buat trick lagi...;-)

---------------------

Ely :I guess, husband Mat Saleh ni lain le sikit kot fe'el dia orang berbanding orang Asia kan?
p/s: kalau sale toksah cakap le...most women know what to buy...but Ay tak le gila dengan sale...serebut le orang ramai...;-(
----------------------

Klmari :Ya, sebaiknya isteri2 sediakan list panjang dan pastikan tak tertinggal apa-apa. Masa bayar tu isteri gi 'main' jauh-jauh....selamat!
-----------------------

Onde-Onde : ...:-) tak kesaorangan AY nampaknya...tapi Bukan Sepet ada banyak duit lagi, siap suruh mintak kat dia...ingat nak bagi account no le...

------------------------

Kak_Lady : betul tu, barang kecik-kecik ni tak nampak...tahu-tahu duit kita dah reda....
Hero kita semua lebih kurang sama je...he..he... :-)
------------------------
-------------------------

Anonymous said...

eerr....blom update ya??!!!

next entry : DARI MANA DATANGNYA DUIT AKU??

yeeaaahh....sket jam lagi saya nak ngadap big bos hantar YE report, mintak2 berkat hari jumaat nih maka dptlah bonus 2 bulan & increment RM50 (ni stended kempeni!!). either keja rajin or 'blog hopping melampau'...insyaAllah increment tetap dpt RM50. lepas la belanja parking sebulan....

mana nak habiskan bonus 2 bulan?
a) 2/3 drpdnya utk setel hutang kad kredit, loan rumah & loan kereta yg dah tertangguh sebulan

b) 99% dr 1/3 tu...eerr...rasa mao terbang ke KL bulan 2 nanti

c) 1% dr 1/3 tu mao belanja AY menebeng teh tarik if jadik turun KL bulan 2 nanti...

oleh itu wahai makcikku...rajin2 la update blog kalu tidak maka dtglah para langau nih buat kacauu..

ngeh ngeh ngeh ngehh...

Anonymous said...

hi auntie,

fuuhhh. memang ye pun, kita pompuan ni la yang tukang membeli segala macam2la.. last week hubby tanya eh, takkan duit gaji u dah abiss ? kite pun controlla geram, pas tu listkan besor2 ape yang dah dibeli dan diadvancekan (sebab gaji dia ngam-ngam 30hb baru dapat, yang portion duit dia macam susu, pampers anak, kite beli dulu, pas tu claim la)..

pas tu, bila dia tengok list tu, tersengih-sengih macam kerang busukle.. geram kie dibuatnye..

tee..

Anonymous said...

btulla auntie sejak balik mesia nie terasa duit cam air, barula terasa memikul t/jawab sebenar... hehe

btw, thanx sbb sudi berkunjung kembali ke 'rumah' nonie, lama auntie tak menjenguk, ingatkan dah lupa... salam rindu jugak :)

AuntieYan said...

cl:...lo...dia datang lagi...:-)

----------------------

tee :..berkorban apa saja demi rumah-tangga.

----------------------

Nonie:...masakan Auntie lupa.Auntie tetap berkunjung ke tempat nonie...mungkin tak tinggal komen saja...:-)....jaga diri, jaga kesihatan.....jaga Ed!...:-)

sweet tooth said...

Hai AY,
Nice blog!
:)

Kak Teh said...

yan - nak tau duit kak teh pi ke mana? baru ni kak teh tunggu checque tak sampai. telefon office dia orangkata dah masuk bankm - dah clear pun. check statement - checque tak masuk account kak teh - jadi satu misteri..check dalam nama kak teh tu masuk ke mana?

Anonymous said...

makcik AY....

ketahuilah, saya dah dpt bonus 2 bulan dan increment stended RM50..

so, bila nak update blog nih???

AuntieYan said...

rojakbuah:...lain kali jangan tanya...duit tak ke mana habis untuk anak dan hal ehwal r/tangga.
------------------

ninaafida:...haiii....! thank you :-)

-------------------------

Kak Teh : isyy...kena check lagi tuh...ntah mana perginya duit kak Teh tu...:-)
--------------------------

cl:...orang dah habis bonus, you baru dapat,...so, bila nak datang KL?